AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

PM X Dengar Nasihat Mufti

Dipetik dari Utusan malaysia

KUALA LUMPUR 31 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara.

Terdahulu Cif Inspektor Mohamed Awang dan ASP Rose Baini Kassim mendeklamasi sajak bertajuk “Pahlawanku” sebaik sahaja tiupan “Last Post” bergema dan bendera Malaysia diturunkan.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.

Hari Pahlawan disambut bagi memperingati mereka yang terkorban demi mempertahankan negara dan majlis kali ini dimulakan malam tadi dengan kehadiran Perdana Menteri ke majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negara di sini.

Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai sejak tahun 1960-an memberi peluang kepada rakyat menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahankan dan menegakkan kedaulatan negara.

Ulasan:Nampaknya Majlis Fatwa kebangsaan sudah hilang fungsinya,walaupun Mufti telah mengeluarkan kenyataan bahawa meletak kalungan bunga adalah haram tapi najib still buat lg,memang dasar x ikut nasihat ulama,Sebelum ni byk kali Mufti telah mengeluarkan fatwa tntg beberapa isu tapi yg hairan kerajaan Bn di bawah teraju Umno still x nak ikut,kata Umno pejuang agama,ni cakap mufti dan majlis fatwa x nak dgr macam mana ni.Pastu media-media mereka asyik memutar belit kenyataan Tok Guru serta memanipulasi kenyataan pemimpin utama Pas,MEMANG DASAR UMNO DEGIL X NAK IKUT CAKAP ULAMA DAN MAJLIS FATWA,YA ALLAH KAU BUKALAH HATI MASYARAKAT MANA YG BENAR MANA YANG BATIN.

P/S:Al-Fatihah buat adun Permatang Pasir YB Mohd. Hamdan Abd, Rahman ,pilihanraya kecil yg ke 9 setelah kemenangan tipis di Manek Urai,PR telah menang semua pilihanraya kecil kecuali di batang Ai,diharap PR dapat menang pilihanraya kecil ini.

0 comments:

Post a Comment