AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

SEDIH SUNGGUH AKU KETIKA INI


Gambar di atas menggambarkan perasaan aku sekarang.Ketika aku sedang 'update' blog aku ini dengan menanbah 'widget' apa yang patut aku telah mendapat panggilan dari Admissions and Record Uia.Disebabkan aku mendapat cgpa yang rendah aku di'reject' dari mengambil kursus Pharmacy dan aku diminta untuk menganbil Bio Science.Betapa besar tamparan aku terima.Aku rasa sangat malu.Di matrik mengambil Pharmacy tetapi di Kuantan bakal mengambil Bio Science.Di mana aku mahu menyorok muka ini.Nanti tentu orang akan mengatakan "Itu dia budak kena reject dari Pharmacy,tula belajar malas elok Pharmacy dah kena turun"

Adakah aku malas belajar?Tidak aku setiap malam study untuk memahami pelajaranku.pada sem pertama aku berjaya mendapat pointer hampir 3.5 tetapi setiap sem pencapaiankua semakin merosot sampai kena 'reject' ni.Ketika di sem kedua aku sudah mula merasa sukar untuk belajar atau bahasa mudahnya aku tidak dapat 'catch up" pelajaranku.Aku ke kelas dan mendengar lecturer dan keluar sahaja aku merasa kosong sehingga aku terpaksa study balik apa aku belajar tadi.Begitulah yang terjadi padaku setiap hari.Orang lain cuma perlu 'revise' tapi aku perlu belajar balik.Sehinggalah aku repeat satu subjek iaitu Math 1.Sampailah ke sem akhir aku terus menjadi begitu.Setiap malam kena belajar balik apa aku belajar di kelas siang tadi dan aku repeat pula satu subjek lagi Physic 2.

Memang hairan walaupun tiap malam memerah otak tetapi pencapaian exam aku selalu rendah malah kena repeat pula.Setengah kawanku kata aku terlalu kuat berpesatuan sampai tiap malam asyik 'busy' je.Belum dicampur dengan gerakkerja jemaah lak.Adakah aku menyalahkan jemaah atas kemerosotan akademik aku ini?Tidak!Jemaah tidak pernah mengajar salahkan jemaah kalau merosot akademik.
'Jemaah no 1 tapi akademik bukan no 2'

Ya aku berpegang pada kata tersebut.Aku tidak akan menyalahkan jemaah sesekali.Mungkinkah dosa-dosa aku menjadi penghalang untuk aku mencapai kecemerlangan akademik.Ya hatiku sangat hitam dipenuhi dosa dan maksiat.Ilmu itu adalah Nur dan tidak akan masuk ke dalam hati yang dipenuhi maksiat.Mungkin dosa aku selama ini yang menjadi hijab padaku.Roomate aku Shahrul Fahmi begitu terang hatinya.Tidak hairanlah dia selalu 'score' setiap exam kerana begitu menjaga ibadahnya.Solat jemaah jangan cakaplah tak pernah 'miss' di masjid.Aku?Ah aku solat subuh selalu di bilik,zuhur dan asar pula hanya di surau..maghrib dan isyak baru ke masjid.Dahla tu qiamulail liat.Banyak kekurangan tarbiah aku ni.Kata 'pencinta tarbiah'.
Aku tidak tahu mana mahu letak air muka aku ini.Nanti tak pasal aku menjadi fitnah pada jemaah."Macam tulah budak jemaah,rendah pointer".Ah perlukah aku tutup telinga mendengar kata-kata itu.Nak kata aku bodoh SPM boleh dapat 10A.Orang yang dapat SPM 'A" tak banyak pun pointer lagi tinggi dariku.Ada seorang sahabat cakap aku perlu ubah cara aku study.Tak cukup sekadar study hard.Entahlah tapi aku rasa aku tak sanggup ke UIA dah.Aku malu!!!Aku malu!!!Aku malu sangat!!!!!!!!!!!!

Aku berhasrat mahu menyambung pengajian ke U lain tapi ayahku menentang keras.Ayahku mahu sangat aku ke medic.Pharmacy tak lepas inikan medic..Ah aku tak tahu mana mahu letak air mukaku ini.Aku mahu lari jauh dari teman-teman seUIA.Aku tak sanggup menghadapi mereka.Kalau sahabat perhatikan nampak aku macam orang yang sentiasa 'cool' tapi hakikatnya di hatiku sapa tahu. Ke mana harus aku letak air mukaku????Sahabat yang membaca nukilan ini bagilah semangat kepadaku.Aku sangat 'down' sekarang.Seumur hidup aku tak pernah gagal dalam akademik.Di sekolah Ihsan dulu akulah 'top student'malah antara 'pelajar top' SPM sekolahku tapi kini..... Aku perlu muhasabah diriku semula.Aku makin jauh dari Allah.Agaknya itulah punca aku merosot akademik.Aku perlu kembali padaNya."Ya Allah bagilah kekuatan pada hambamu ini.Ampunilah segala dosaku.Janganlah dosaku ini menjadi hijab untuk aku berjaya.aku tidak tahu lagi kepada sapa lagi patut ku rayu.Ya Allah bantulah hambamu ini

10 comments:

salam.
ssungguhnya Allah xkn turunkn ujian ke ats hamba2NYA klau Dia tw hambaNya X mmpu hadapi..
sy rse anda tntu lg fham kn.
x smestinya kggalan tu titik noktah dlm khidupan.
anda ahli jamaah,sy pcya lgi byak kkuatan yg anda ptut ada.
stiap yg krja & masa yg kite bwt utk tegakkan agama Allah,Allah akn gntikan blik.
tapi usaha tu kne ada.
xkanlah skadar duduk shj & bdoa shj,Allah nk bantu.
kite bley bandingkn diri kite dgn org lain,tp in positive way.
mungkin rezeki mreka skrng.
igtla,stiap yg blaku,psti ad hkmah.
anda ckp,anda seorang yg kuat usaha utk blajar,tp itu x ckup.
pd pndpt sy,klau kite blajar dlm keadaan pnat & stress ,ssah sikit nk msuk & trima sbb kite x fokus pd msa tu,
jmaah itu penting,no 1.
tp igt,amanah ibu bapa kita jgk.
mreka psti nk yg ank bjaya.
dan sy rsa dptla anda byangkn hati mreka,jika satu hari nnti anak yg dharapkn,terkandas.
teruskanlah b'usaha kerana Allah telah janjikn tiada pintu kegagalan buat muslim/muslimat cuma dlm perjalanan,kita akn dihidangkan dgn pelbagai ujian & dugaan bg mewarnai kehidupan kita.
sy hnya ckp b'dasarkn pdpt sy,mintak maaf klau ad yg t'slh.
wallahua'lm.

 

ada hikmah di sebalik kejadian..percayalah..Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita..

 

boleh jadi Allah sayang kat anta mis. mungkin dgn bio, nta boleh pgi lagi jauh, bukan dengan pharmacy sekalipun.

 

dah pernah rasa kekecewaan yg lebih teruk.(erk, in my view la)
tapi alhamdulillah, balik pada ayat al an'Am:162.
balik pd tujuan asal kita diciptakan.
ayat ni lah yg memujuk hati utk sentiasa redha dgn rezeki Allah.

 

laa..awat nak malu plak?? teruk sangat ke org yg amik bio science ni?? org amk biosc ni xpandai ke mcm org2 yg amk medic/pharmacy?? sume trpulang pada kita nak meletak kayu ukur kejayaan tu pada mana. hebatnya org pandang course yg kita ambil, or hebatnya kita dlm course yg kita ambil. saya lagi percaya org2 yg amk biosc ni hebat2. sebab dlm 10-20 thn yg akan dtg, org da tak suka nk g jumpa doktor/ pharmacist sbb drg hanya blh tlg bila org da sakit. tapi bioscientist blh bantu sblm org tu sakit. klu kat oversea, biosc/biomed/biotech lagi dipandang hebat drpd doktor/pharmacist sbb drg yg banyak buat medical/ scientific breakthrough.plus, drg xle amk medical degree selagi xda biomedical degree.kt m'sia je yg blh terus amk medical degree.


-mynn-
1st yr biomedicalsc
uiam kuantan

 

bismillahirrahmanirrahim...
salam ziarah. saya setuju dengan pendapat saudari Aminah. jangan enta terperangkap dalam jerat budaya orang kita yang melihat kerjaya sebagai seorang doktor ataupun ahli farmasi itu sahaja paling berprestij. Ana percaya enta mampu membuatkan bidang yang bakal enta ceburi ini sebagai satu bidang yang berprestij jugak. Segala terletak di tangan enta. di barat sekarang telah berlaku revolusi dalam bidang perubatan. terdapat sebilangan pengamal perubatan di sana telah menolak penggunaan ubat-ubatan kimia dan kembali kepada perubatan secara natural cure. di Israel setiap hospitalnya diwajibkan menggunakan madu sebagai ubat untuk mengubati pelbagai penyakit setelah 30 tahun mereka menjalankan kajian ke atasnya. Akhirul kalam,jadilah seperti benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau. di campak ke tanah menjadi bukit dan apabila di campak ke udara menjadi kejora. wallahu'alam.

 

salam alayk..

kadangkala kita lupa untuk bersyukur, hidup jangan terlalu memandang ke atas, sekali-sekala tunduklah ke bawah dan lihat betapa jauh sekali kita daripada layaknya mempersoalkan rezeki yang Allah kurniakan.

nta cuma x dpt ape yg nta/keluarga mahukan, bkn x dpt ape yg terbaik utk diri.

jangan terlalu mngikut perasaan dan berfikirlah dalam konteks yang lebih luas dan lebih matang.

maaf ana bknlah selayaknya menulis di sini, sekadar berkongsi pendapat.

wallahua'lam

 

assalamualaikum...
ape2 pon kita muhasabah balik...
biasalah adab org berjuang di jalan Allah...
kalau mujahid dulu diuji dgn seksaan...
maka kita juga xdpt lari dr 'keseksaan' yg lain caranya...
apa2 pon kita usaha n kembali pada Allah kan..
serah jela pd Dia kan nak wat mcm mn dgn kita... SEMOGA TABAH..itu adlh sifat seorg mujahid...
syukran=)

 

Salam sahabatku Wan Mohd Misuari bin Wan Abdullah Sani.

Usah bersedih atas musibah dan halangan yang mendatang, Allah itu kan ada. Dia bersama orang2 yang sabar.

Usah dilihat helang yang berterbangan di mega, jika diri hanya pipit kecil sahaja, sebaliknya pandangla rumput di dasar bumi.

Jangan pandang orang yang lebih tinggi darimu wahai sahabat, kelak kau tidak akan berpuas hati dengan apa yang ada dan sentiasa tamak, sebaliknya pandanglah manusia yang lebih buruk nasibnya darimu, nescaya kau akan sentiasa bersyukur dan cukup dengan apa yang ada.

Perjalanan hidup ini masih panjang. Kau masih muda dan gagah, usah mudah berputus asa. Kau bukan lagi budak yang mengejar pelangi.

regards,
Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri

 

Post a Comment