AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Islamkan Politik, Atau Politikkan Islam?

http://drmaza.com/home/?p=619

Saya sering bercakap tentang “Islamkan politik, jangan politikkan Islam”. Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua ini? Bezanya adalah jika kita berusaha mengislamkan politik kita memastikan tindak tanduk atau gerakerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya. Dalam ertikata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan.

Sementara mempolitikkan Islam adalah menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau ‘cop halal’ yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan.

Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerakerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri. Dalam ertikata lain mengislamkan politik bererti menjadikan Islam sebagai panduan. Sementara mempolitikkan Islam bererti menjadikan Islam sebagai alat atau alasan.

Maka sesiapa yang menjadikan Islam sebagai dasar atau panduan, maka dia akan bersedia menarik balik pandangan atau tindakan sekiranya dia dapati bercanggahan dengan ajaran Islam. Adapun yang menjadikan Islam sebagai alasan dan alat, dia menggunakan Islam bagi menghalalkan tindakan politiknya sekalipun ternyata salah.

Dia bukan hendak mendengar dalil atau hujah syarak yang kukuh untuk diamalkan, sebaliknya dia mencari orang agama atau pendapat yang sanggup menghalalkan tindakannya sekalipun dia tahu itu pendapat yang diberikan untuk menyokongnya itu lemah dan tidak kukuh. Ini sama dengan golongan taksub dan pengikut mazhab fekah secara membuta tuli dengan tidak memperdulikan alasan dan hujah yang kukuh.

Sehingga al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) mengkritik mereka ini dengan katanya:

“Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr).

Usaha atau sikap, samada mengislamkan politik atau mempolitikkan Islam bukan semestinya berkaitan parti atau kumpulan tetapi lebih kepada sikap individu dalam kebanyakan hal. Jika salah satu sikap itu menjadi aliran utama dalam sesebuah parti atau kumpulan, maka itu mencerminkan kecenderungan mereka yang sebenar. Untuk berpegang dan istiqamah dengan prinsip Islam dalam mengharungi politik hari ini bukanlah mudah.

Namun, itulah yang patut dihayati oleh setiap kita. Dalam sejarah pertembungan Nabi Musa a.s dengan Fira’un, Fir’aun pernah mempertikaikan tindakan Musa a.s. memukul seorang warga Qibti sebelum beliau lari ke Madyan. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya)

“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?” Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22).

Inilah rasul, dia mengajar kita prinsip. Dalam suasana yang sengit, Nabi Musa tetap mengakui bahawa tindakannya memukul warga qibti itu satu kesalahan dan bukan tindakan yang berdasarkan petunjuk yang betul. Nabi Musa tidak cuba menghalalkan tindakannya demi kepentingannya, tidak sama sekali! Yang salah tetap salah.

Nabi Musa a.s. menghadapi kuasa politik yang maha besar di zamannya bahkan paling bersejarah dalam tamadun manusia. Lebih besar dari segala perjuangan hari ini. Pun begitu, prinsip tetap prinsip. Baginda bertindak memastikan manusia menurut wahyu, bukan wahyu diputarbelitkan untuk kehendak manusia.

Dalam politik kita, amat sukar kita dapati seseorang mengakui kesilapan tindakan partinya, atau tindakannya. Berbagai alasan akan dicari demi membela dirinya atau puaknya, sekalipun dia sendiri sedar itu merupakan kesilapan atau kesalahan. Ada sanggup tergadai prinsip daripada tergadai kerusi atau jawatannya. Maka jadilah apa yang jadi. Maka kita lihat lahir suasana maki hamun, cerca mencerca dan berbagai tindakan yang kadang kala di luar dari batas kewarasan dan perbincangan yang matang.

Islam bukan terlalu mengongkong politik. Politik satu bidang yang luas yang membabitkan kemaslahatan umat dan rakyat. Politik bukan satu hobi seperti main golf atau bola sepak. Politik mempertaruhkan kemaslahatan manusia. Maka tindakan dalam politik hendaklah tindakan yang membawa kemaslahatan kepada umat dan rakyat. Bukan untuk kepentingan diri dan parti.

Kemudian, perlu kita ingat, bukan semua yang berada di medan jihad itu mesti masuk syurga. Walaupun mungkin tindakannya itu kadang kala menguntungkan umat Islam, namun empunya diri jika tidak betul niat atau tindakan, atau keduanya, maka dia mungkin tidak mendapat balasan yang baik di sisi Allah sekalipun berjuang menggunakan nama Islam. Bahkan dalam hadis ada individu yang kelihatan hebat berjuang, tetapi menjadi ahli neraka.

Kata Abu Hurairah r.a:

“Kami menyertai Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, “dia dalam kalangan ahli neraka”. Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah s.a.w: “Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati”. Jawab baginda: “Ke neraka”. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri. Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lantas baginda bersabda: “Allahu Akbar!, aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasulNya!”. Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengistiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan “jiwa yang muslim” dan Allah mungkin menguatkan agamaNya dengan lelaki yang jahat”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam masyarakat kita, agama memang menjadi faktor penarik bagi banyak pihak. Justeru, setiap yang berjuang agama atau memperkatakan agama sebagai bahan ucapan dan tindakannya hendak bertanya diri sendiri, apakah dia memang inginkan agama, atau inginkan kuasa dengan nama agama?. Jika dia telah betulkan niatnya, dia hendaklah memastikan tindakan selaras dengan kehendak Islam, bukan menafsirkan Islam agar kelihatan selaras dengan tindakannya. Maka islamkan politik kita, jangan politikkan Islam kita!

Ziarah orang sakit dikira kunjungan wajib, ganjaran berlipat ganda

MANUSIA sentiasa diuji, ada diberi kesenangan, ada dicabar keimanan dengan hidup miskin harta. Ada pula diberi kuasa sebagai ketua atau pemimpin, tidak kurang dianugerahkan kecantikan serta kepandaian.

Nikmat yang Allah beri tidak kekal pada kita kerana pada bila-bila masa ia boleh ditarik balik. Yang kaya mungkin jatuh miskin dan yang berkuasa, hilang kuasanya sementara si cantik akan pudar kecantikan apabila usia meningkat.

Semuanya boleh berlaku atas kehendak Allah kerana Allah Maha Berkuasa. Allah ingin menguji sejauh mana kita tabah dan sabar berdepan cabaran diberikan-Nya. Allah ingin melihat sejauh mana kuatnya iman kita kepada Allah.

Sakit juga adalah ujian Allah kerana itu ada kalanya, kawan yang dilihat sihat tubuh badannya tiba-tiba dikhabarkan menghidap penyakit. Nasib kita juga tidak tentu kerana esok lusa, mungkin kita juga diuji dengan penyakit.

Orang yang ditimpa sakit sudah tentu diuji Allah. Kita yang sihat ini juga sebenarnya sedang diuji. Allah menguji orang sihat sejauh mana hatinya tersentuh dan bersimpati kepada orang menderita sakit.

Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan.

Diriwayatkan Imam Ahmad: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga.”

Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun).”

Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga.”

Melawat orang sedang terlantar sakit di rumah atau di hospital bukan saja mengeratkan silaturahim sesama manusia, pada masa sama boleh meringankan beban perasaan pesakit. Pesakit berasakan dirinya tidak dilupakan saudara mara, kawan dan jiran terdekat.

Lawatan atau kunjungan itu boleh menguatkan semangat orang yang sakit untuk terus tabah, sabar dan reda dengan apa yang dialaminya. Kunjungan itu akan memberi kekuatan pada diri pesakit untuk melawan sakit ditanggungnya.

Salam..artikel ni khas utk semua shbt yg ingin melawat org saki..baru-baru ini ana mendapat khabar sahabat ana nabil Marwan berada dlm keadaan kritikal disyaki anemia atau chikunya.Separuh badannya lumpuh x dpt gerak.Moga semua doakan beliau.Semasa beliau sakit ana lihat ramai yg hulurkan simpati padanya maklumlah beliau seorang yg sangat baik orgnya serta disenangi org..inilah beza org baik dan org jahat bila mereka sakit..kalau org jahat bila mereka ditimpa sakit tiada orang akan hulurkan simpati malah mungkin ada yg senang dgr berita itu tapi org baik seperti Nabil semua org akan risau keadaanya.Inilah istimewa Nabil.Sedikit panduan utk kita melawat org akit


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain itu ada lima iaitu menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiring jenazah, memenuhi undangan dan menjawab doa orang bersin.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menyifatkan seorang Muslim yang pergi melawat atau menjenguk Muslim lain yang sedang sakit seakan-akan ia sentiasa berada dalam kebun syurga.

Kita sebenarnya tidak membuang masa melawat atau menjenguk orang sakit kerana pahala yang kita peroleh cukup besar. Selain mendapat pahala dan reda Allah, mereka yang menjenguk orang sakit mendapat rahmat sejak ia keluar rumahnya dengan niat menjenguk sampai ia kembali. Mereka juga membangun rumah di syurga.

Di sinilah wang dunia disorok

From http://www.malaysiakini.com/columns/104206

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.

Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika.

China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.

Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat.

Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak.

Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa.

Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka.

Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.

Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.

Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.

Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve.

Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.

Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.

Seperti tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun.

Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?

Sabar dahulu, biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar.

Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.

Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF.

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve).

Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank.

Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus.

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas.

Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia.

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.

Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.

Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik.

Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini.

Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.

Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini.

Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.

Menjelang Pemilihan – Apabila Husam Difitnah

Muktamar PAS lebih 2 minggu lagi dan sudah tentu yang menarik dan tertarik adalah pemilihan pucuk pimpinan PAS. Perkara yang tak pernah jadi isu akan jadi isu besar (politiklah katakan). Sebelum ini pena ini pernah merakamkan betapa Ulamak PAS tiba-tiba bersuara dan bernada seolah-olah kepimpinan ulamak yang menjadi nadi perjuangan PAS sudah terpinggir dan perlu pembelaan.

Ulamak PAS khususnya Dewan Ulamak PAS membisu dalam banyak isu tiba-tiba mengusulkan satu gagasan supaya Presiden dan Timbalan Presiden PAS adalah ulamak. Tetapi isu itu terhenti apabila TGNA menyatakan nak jadi ulamak tak perlu masuk pondok dengan sentiasa mengikuti pengajian dan mendampingi ulamak pun kita boleh jadi ulamak.

Tiada siapa yang mengikuti perkembangan ini dapat menafikan isu ini timbul apabila Haji Husam dicalonkan sebagai Timbalan Presiden walaupun Hj Muhamad Sabu juga turut dicalonkan tetapi tempiasnya hanya Haji Husam sahaja yang menerimanya. Yang lebih melucukan lagi Dato Haji Mustapha Ali yang pernah melawan ulamak untuk jawatan Timbalan Presiden pun lupa pada sejarah turut mengatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hanya sesuai untuk ulamak.

Ingatkan serangan pada Haji Husam dah berakhir apabila TGNA memberi pendapat tentang ulamak, sekali lagi Ketua Dewan Ulamak menyerang Haji Husam walaupun secara tidak langsung. Ustaz daud Iraqi berkata terdapat gejala rasuah seperti mengadakan jamuan dan membeli baju telah berlaku dalam PAS. Sekali lagi Ketua Dewan Ulamak memberi bahan berita yang cukup sensasi kepada media. Apa motif sebenarnya? Walaupun secara tidak jelas ditujukan kepada siapa tetapi isu ini telah lama dibawa oleh beberapa penulis blog dan pemimpin PAS. Ustaz Abu Bakar Chik (Dato) contohnya banyak bercakap bahawa Haji Husam banyak tabor duit kepada PAS kawasan untuk pastikan beliau terpilih. Dengar cerita Haji Husam mintak Dato’ ABC bersemuka dan memberikan bukti.

Begitu jugak bila dibangkitkan secara terbuka oleh Ust Daud Iraqi Haji Husam minta dibawa bukti jangan hanya pandai membuat tuduhan. Sekarang orang yang menuduh itu perlu membawa bukti. Haji Husam pernah dikatakan bermain dengan politik wang apabila beliau banyak menggunakan wang dalam pilihanraya kecil di Kelantan sedangkan wang itu digunakan untuk menggerakkan jentera bukan beli undi. Pilihanraya dimana-mana sekalipun memerlukan wang untuk jentera walaupun jentera sukarela tetapi makan minum perlu difikirkan.

Apa yang saya nak cerita sebenarnya apabila ada YB yang cemerlang macam Husam bukan setakat berkhidmat dalam kawasan diwakilinya atau negerinya sahaja bahkan merentasi sempadan tetapi berdepan dengan kononya memberi sogokan. Beliau dinista membelanjakan banyak wang untuk meningkatkan populariti dalam parti PAS walaupun tidak dinyatakan secara terus tetapi ramai yang mengatakan semuanya itu dituju kepada Datuk Paduka Husam Musa. Apabila Haji Husam minta Ustaz Daud Iraqi memberi bukti terhadap adanya tuduhan rasuah kepada segelintir orang PAS atas kapasiti beliau sebagai Naib Presiden PAS ada yang secara sinis menuduh Haji Husam melenting kerana terasa panas dengan tuduhan tersebut.

Sebenarnya susah jugak jadi orang yang bernama Husam, naik dalam barisan pimpinan secara mendadak atas kebolehanya sendiri bukan atas proksi mana-mana pihak. Haji Husam seorang yang bekerja kuat untuk PAS dan beliau akan berada dimana sahaja bila diperlukan. Beliau begitu peka dengan isu masyarakat. Saya sendiri pernah ikut beliau (secara kebetulan) masa dia turun ke Kedah atas urusan PAS di SRIDU, sebelum terbang balik ke KL beliau minta kami membawa beliau menziarahi keluarga Cikgu Cina yang jatuh dari tingkat atas akibat lantai kayu yang reput, pada masa itulah baru orang tahu bahawa SRJK© perlu dibantu. Haji Husam ziarah keluarga cikgu tersebut dan member sedikit sumbangan, katanya sumbangan dari kerajaan negeri Kelantan. Mana pemimpin PAS lain pada yang menziarahi keluarga mendiang?

Slogan memasyarakatkan PAS hanya seronok dibahaskan di markas atau hotel-hotel sahaja. Bila di lapangan terbang, pada masa itu kebetulan ramai pelajar nak ke Mesir, bila mereka Nampak Haji Husam masing-masing tak lepas peluang bersalam dengan Haji Husam tetapi sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan nak tunjuk pemurahnya pemimpin PAS, pelajar tersebut bukan bersalam dengan tangan kosong, Haji Husam selok poket bagi RM50 seorang katanya buat makan atas kapal terbang. Kalau orang UMNO ada pada masa tu mereka akan lihat betapa pemurahnya pemimpin PAS.

Kalau kita banyak berjalan dan mendengar, dikalangan pemimpin PAS, Haji Husamlah yang banyak memberi bantuan samada kepada sekolah agama mahupun PAS-PAS kawasan. Yang terbaru, Pondok Pak Ya (yang terpinggir dalam pemerintahan PAS di Kedah), apabila pihak pengurusan berjumpa Haji Husam, beliau tidak mengecewakan dan usahakan bantuan sehingga RM50,000.00. Malah Harakah sendiri apabila hendak mengadakan sisipan KHAS sempena PRU12 baru-baru ini tak cukup peruntukan, Sdr Lutfi sendiri turun jumpa Haji Husam dan Haji Husam tetap tidak mengecewakan pihak Harakah dengan memberi peruntukan.

Soalnya orang kata Haji Husam bolehlah dia pegang duit kerajaan tapi semasa PAS memerintah Terengganu yang kaya, apa pemimpin PAS Terengganu bagi sumbangan untuk PAS negeri lain? Cikgu Pa yang menjadi exco kanan dan dikatakan mempunyai kuasa pemutus melebihi kuasa MB pada masa itu, apa yang Cikgu Pa sumbang? Ada kawan dari PAS Tanjung Karang masa tu Dato’ Dr Hassan Ali orang kuat PAS Tanjung Karang tengah memprojekkan projek KOMPAS pergi jumpa Cikgu Pa di Pejabat Exco, kawan tersebut rasa macam peminta sedekah pulak dan tidak dilayan.

Soalnya sekarang, salahkan Haji Husam mencari dana bagi membantu perjuangan PAS? Salahkah Haji Husam membantu PAS kawasan yang hendak menjalankan aktiviti parti? Di sini kalau kita lihat orang lainlah duduk tempat Haji Husam sudah tentu kepentingan diri adalah agenda diutamakan. Berapa buah Bungalow yang telah haji Husam dirikan untuk dirinya, rumah asal yang didirikan pun tidak diperbesarkan, kereta pun pakai kereta rasmi Marcedes yang lama. Beliau dituduh memperkayakan kroninya di Kelantan, siapa?

Tetapi ramai yang memusuhi beliau di Kelantan kerana tidak mendapat balak. Bermusuh dengan Husam kerana balak. Kalaulah Husam nak bina pengaruh mengapa beliau perlu tolak permohonan balak oleh beberapa pemimpn PAS di Kelantan? Kalau dia nak bina pengaruh bagi sahaja balak tuh bukan milik dia pun tetapi disinilah amanah seorang pemimpin. Dia perlu pastikan hasil balak itu masuk ke kantung kerajaan dan akan digunakan untuk faedah rakyat.

Kadang kita hairan, kalau wakil rakyat yang gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing dan ada setengah tu jarang-jarang turun kawasan tetapi isu ini tidak diperkatakan malah ada wakil rakyat yang cukup kedekut. Balik kawasan jarang-jarang, tumpang kereta kawan dan balik kawasan tinggal kat rumah kawan. Musim cuti sekolah tak Nampak muka takut dijemput makan kenduri duit habis. Bila tumpang kereta orang, sampai dekat tol buat-buat tidur, berhenti stesen minyak pun buat tidur dan bila singgah makan sanggup tidur dalam kereta macamlah penat sangat jadi YB tetapi dah dasar kedekut. Tetapi YB macam ini tidak dipedulikan orang sebaliknya YB yang bertungkus lumus menaikkan bendera PAS ke seluruh Negara dihgeletek denagn isu rasuah pulak? Mana kewarasannya? Apakah khidmat dan tanggyungjawab itu rasuah? Jangan kita suka sangat bercakap sehingga kita tidakk sedar percakapan kita boleh mendatangkan fitnah pada jemaah? Ku buat salah, tak buat salah, jadi semua serba salah. – Kopi Janda

Ulasan GB
Cukuplah ayat-ayat Allah ini jadi sandaran:


Sesungguhnya mereka yang memfitnah orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api Yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). Al-Buruj : 10


Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat, sedang rancangan Yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang Yang merancangnya sendiri. Fathir :43


http://greenboc.blogspot.com

Tiada Hadiah Hari Guru Utkku

Salam buat pembaca yg sudi membaca coretan dari hamba yg hina lagi berdosa dan tak layak bergelar pencinta tarbiah ini.Buat pengetahuan semua hari ini sekolah kafa tempat aku mengajar membuat sambutan hari guru..hmm pertama kali aku menyambut sebagai seorang guru..menjadi guru memang sukar sebenar..mula bila aku star mengajar aku ingat kacang je ajar budak-budak ni tapi banyak juga kerenah yg aku kena lalui..

Seperti biasa hari Isnin akan buat perhimpunan murid2 dahulu..hmm tapi hari ni lain skit sebab budak2 berkumpul dlm dewan utk menyambut hari guru..buat pengetahuan aku mengajar darjah 4,5 dan 6 serta pernah jd guru ganti pelajar pra...aku juga bertindak sbg guru kelas darjah 6 tapi budak darjah 6 faham jelah nak Upsr jrg dtg sekolah kafa ni..dorg dtg pun hari khamis dan jumaat je... hari lain ada kelas tambahan..tapi hari ini Isnin 18hb Mei mereka dtg sebab sekolah x da kelas tambahan..hmm adalah dlm 10 org dtg..

Agenda sambutan sederhana je..mula2 murid2 ni dari setiap kelas buat persembahan..majoriti nasyid..dlm duk tengok gelagat budak2 ni ku perhatikan ada yg membawa kuih utk jamuan dan ramai yg membawa hadiah utk guru mereka.Di sekolah ni utk sesi ptg ada 5 org ustazah dan 2 ustaz..2 ustaz tu akulah dgn sahabatku Bukhari..kat sekolah ni budak panggil aku Ust Wan je..hmm rasa mcm segan bila budak panggil gitu sebab gelaran ustaz tu payah nak pegang tu oii..nak banding diriku yg banyak kejahilan dan dosa ni x layak terima gelaran tu..

Mula2 setiap kelas buat persembahan..x banyak pun kelas,darjah 6,5 dan pra sekelas je..darjah 4 dan 1 2 kelas..hmm pastu setiap guru medeklasikan sajak lak..aku dgn bukhari buat persembahan on the spot je nyanyi nasyid Al-Amal..pas je persembahan setiap kelas buat jamuan sendiri tapi aku lain lak..budak kelas aku dark=jah 6 menumpang jamuan kelas lain lak..hehe dah dorg pun skit bawa makanan x dalah kelas lain dorg tempah mee goreng belaka dgn kuih2..

Hmm biasalah setiap murid pasti berebut nak bagi hadiah kat guru dorg even guru kafa je pun..aku lihat wah bukan main byk hadiah ustzh2 ni dpt dari murid dorg..wahhBukhari pun dpt gak tau maklumlah Ustaz paling popular kat kafa ni..aku??aku x da sorg pun murid bg hadiah kat aku..aku memang x harap hadiah pun sebab apa sgt aku berjasa kat sekolaah ni..aku x perlu dihargai sebenar..memang aku pasang niat awal dah masa dtg mengharapkan agar aku x dpt hadiah apa2 pun..

Time balik Bukhari menawarkan sedikit hadiah dia dapat kpdku..ehh org bagi ambiklah nak bg ke aku lak qorie ni..ish22 aku x sanggup terima woii..bgku aku x layak dpt sebarang apa2 pun la..aku teringat masa aku dpt gaji hari tu pun aku sbnr berat nak tima..yalah x pasal sekolah bg saguhati dlm 100lbh kat aku padahal aku x berjasa apa pun..aku cuma mengajar ngaji jawi serta perkara asas fardu ain lain mana mampu je..ishhh

Aku perasan rupanya aku sorg je guru yg x dpt hadiah tp aku x kisah pun..seumur hidup aku pun jrg dpt hadiah ni..aku x mahu sebarang hadiah sebab aku bukan berjasa sgt pun kat dorg,,bgku hadiah terbaik utkku kejayaan budak2 ni semua terutama kelas aku pegang darjah 6 ni utk berjaya dlm Upsr..palaing pnting dorg faham tntg Islam tu

Aku bukannya mahukan hadiah..
Bukan mahukan duit..
Aku cuma mengajar apa yg aku mampu..
Biarpun tiada hadiah utkku..
Biarpun aku diberi upah yg ciput..
Biarpun begitu aku tetap mahu..
Anak2 bangsaku berjaya
Berjaya menjadi org nerguna..Berjaya dunia akhirat..

Apakah aku layak menerima hadiah..
Sedangkan aku tak banyak berjasa pun..
Layakkah aku dipanggil ustaz oleh muridku
Sedangkan aku x layak memegang gelaran itu
Aku seorang ustaz yg x layak mendidik sebenar..

BUAT ANAK DIDIKKU YUSUF,AINUL,SHAFIQAH(sekadar menyebut berapa nama muridku) KETAHUILAH USTAZMU INI HANYA INSAN BIASA..TIADA APA ISTIMEWA DAN SEBENAR X LAYAK DIPANGGIL USTAZ OLEH KALIAN..MOGA KAMU SEMUA BERJAYA DUNIA AKHIRAT

Taubat Seorang Hamba

Salam.Kali ni penulis mahu menulis berkenaan lagutema blog ana ni..hehetajuknya taubat seorang hamba nyanyian hafiz hamidun dgn irsyadee

(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

"Bom Jangka"

Dalam perjuangan islam zaman moden ini kita perlu mengunakan segala jalkan yang betul dan halaliaitu yang allah redoi untuk mendapatkan kemenangan dan islam diterima sebagai panduan hidup manusia baiksebagai pembimbing dalam ibadat,mahupun meletakkannya sebagai dustur panduan hukum perundangan manusia.

Melihat kepada keadaan terkini cara pilihanraya adalah cara yang terbaik dalam mengembalikan semula keagungan islam kerana mengagungkan agama allah adalah wajib.Kaedah syariah menetapkan bahawa setiap perkara wajib yang tidak boleh diserpurnakan kecuali dengan melakukan perkara lain,maka huku melakukan perkara lain itu wajib ( ma la yatim alwajib illa bihi fah wa wajib).Jika satu sistem terbukti boleh merealisaikan matlamat-matlamat syariah,maka hukum melaksanakan sistem tersebut adalah wajib.

Begitulah caranya kita mengambil sistem demokrasi kita ambil kaedah-kaedah dan sarana-saranya,kemudaia kita ubah dan luruskan sehingga sesuai dengan ajaran agama,dan kita tinggalkan sebahagian falsafah yang mungkin boleh menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal.

Bagi pejuang Islam,dengan membawa Islam dan dasar-dasarnya sudah cukup untuk kita menang selesa melawan musuh-musuh yang bertopengkan "kebangsaan"mungkin juga Islam Hadhari....tapi Allah juga merancang dengan kadang-kadang Allah beri kemenangan diatas apa yang musuh kita lakukan iaitu mungkin melalui perancangan yang kurang rapi atau kemaksiatan mereka.

Contohnya yang berlaku di negara kita sekarang,banyak masalah-masalah yang dilakukan oleh pihak 'sana' yang perlu kita gembar gemburkan hingga ke akar umbi iaitu sehingga masyarakat muak dan jijik dengan janji mereka.Antara yang ingin bangkitkan disini ialah

1.Isu Murtad (Bom Jangka 1)

Ini patutnya isu utama kita dalam memperjuangkan Islam dan hak orang Islam.Kita patutnya perjuangkannya dari awal hingga akhirnya kita datang wujudkan undang-undang dalam perlembagaan Malaysia yang meng'haram'kan oarang yang beragama islam keluar dari agamanya jika berlaku sedemikian setelah di kauseling maka hukuman nya adalah bunuh.

Kita patut juarai isu ini dari awal,Isu ini bukan isu "Pisang Goreng",dah sejuk semua senyap!!!Bangkitkan sensitif umat Islam yang tengah lupa!!! Keluarkan firman-firman Allah,hadis-hadis Rasulullah tentang isu ini dalam semua ceramah hingga malam mengundi sehingga umat islam undi parti Islam bukan sebab 'Madhiah' tapi kerana mereka sayangkan Islam mereka.Jangan tunggu Tok-tok guru jer nak jawab.Bila dah habis mengundi baik kita menang atau kalah mainkan lagi isu ini,ajar rakyat cara yang terbaik dalam mempertahankan aqidah merekja dari sebarang anasir.

2.Isu Tol Dan Harga Minyak (Bom Jangka 2)

Ini isu bonus yang Allah campakkan pada kita yang memecahkan pekung mereka.Ialah dalam mereka bangga dengan bangunan-bangunan mewah dan projek-projek besar,mereka lupa dengan rakyat jelata kerana mereka hanya nak jaga 2 atau 3 orang-orang besar atau koprat.Patutnya di tanya 'Mana Duit Petronas?'Kaji Berapa Kos PLUS Sebenarnya setahun?Bongkar pada masyarakat!...Masuk mahkamah pon tak apa lawan tetap lawan.Kesian pada org miskin ,pekerja kilang,mereka tak ada suara,kita yang nampak ni lah patutnya terangkan pada mereka secara jelas.

3.Isu Robohkan Surau Dan Kampung (Bom Jangka 3)

Ini lagi satu isu baru,kerjalah dengan keras untuk juarai perkara ini.lawatilah mangsa ketika senang dan susah,letakkan wakil kita kalau boleh 24 jam untuk mereka mengadu nasib dan bergantung.

4.Isu Rasuah (Bom Jangka 4)

Perkara ni bom yang cukup ampuh pada tahun ini kerana ramai pimpinan yang didakwa dalam kes rasuah.Kumpulkan bukti-bukti atau jalan cerita,buat temubual dengan pendakwa raya dan juga badan pencegah rasuah kemuadia kita CD kan.

Setkan Bom-bom jangka ini pada pilihanraya 2007.Biar rakyat sedar dengan masalah sebenar dan kemudian minta Tuan Guru Presiden kupas secara terperinci masalah-masalah ini.Dirakam dan di CDkan kemudian diedarkan secara jualan murahyang penting semua rakyat dapat tapi kalau FREE lagi bagus.Sebab kita buat macam ni ialah kerana kita bukan ader peluang untuk masuk television.

DAN INILAH BOM NUKLEAR KITA!!!