Sunday, November 22, 2009

Mclead Yang Sangat Mengkagumkan

Salam Aidiladha pada semua shbt seperjuangan.Alhamdulilah ditakdirkan Allah tidak semena-mena aku telah diminta mewakili Professional Huffaz Club(Profaz) kelab utk budak2 yg ambik tahfiz pakej ke program Management for Student Leaders(Mclead) yg berlangsung 3 hari dari jumaat 20-22hb November 2009.Di sini penulis tidak mahu menulis report penuh program tersebut tp cukuplah sekadar apa penulis dpt sepanjang 3 hari berprogram.

Pada mulanya penulis beranggapan S-Dev Uia mahu 'brain wash' semua yg pergi ni tapi ternyata penulis tersilap.Penulis pernah berpengalaman di'brain wash' ketika menyertai satu program leadership juga semasa di Uia Pj yg dianjurkan Leadership Department.Namun penulis mendapati tiada langsung agenda tersembunyi di belakang pogram seperti agemda politik kerajaan atau pihak pembangkang hingga abis program.Benar ia bersih dari sebarang agenda!

Nature program lebih kepada kuliah bagaimana mahu menjadi seorang leader dan menurut Mdm Martineli istilah yg sepatutnya ialah imam.Mdm martineli sentiasa menekankan Uia student shoud 3 more better to other student and as the elite group as student leader we must 4 more better than us!.Berbeza dgn Mclead sebelum ini kami begitu mewah dgn penginapan yg cukup mewah serta makanan yg sgt sedap.Penulis difahamkan nature Mclead sebelum ini adalah berbentuk kem serta diselitkan modul Btn tapi kali ni naturenya sgt berbeza.

Dua slot yg begitu menarik penulis adalah slot ptg jumaat di mana kami diajar bagaimana mahu influece people.Penyampainya Bro Rizal yg mengendalikan slot tersebut sgt menarik sehingga tiada sorg dari kami yg tertidur pun walaupun penulis difahamkan student Gombak qiamulail mlm sebelumnya.Mengenai jumlah peserta memang kami yg dtg daru Uia Kuantan sgt minoriti kerana hanya diwakili 11 org yg mewakili club dan society di Kuantan berbanding Gombak yg mempunya 90 club dan society.Slot lain yg menarik minat pemulis ialah slot khas Penghayatan Sains dlm Al-Quran atau dikenali sbg PASAK yg disampaikan oleh Dr.Arip Kasmo.Dua slot additional ni telah membantu penulis memahami bagaimana seorg leader boleh mempengaruhi followernya dgn kita menguasai mereka dan juga memnatapkan aqidah penulis.Apapun slot Bro Rizal itu segala ilmu yg dapat harus digunakan dgn baik dan tidak disalah gunakan,Ingat ia hanyalah tools semata dan paling pnting don't 'bangauwing'.Bangauwing istilah yg merujuk pada org yg menyalahkan org lain seperti lagu Bangau Oh bangau tu

Untuk slot lain kami didedahkan lebih detail tntg procedure and guideline program,event management and sponsorship,manage finance dan untuk praktikal kami diberi satu tugasan untuk disiapkan dlm masa x smpai setengah hari dan dikehendakai present pada mlmnya.Seramai 7 griup dibahagikan mengikut unit masing2 seperti badan berunoform,community service,socety dan sbgainya.Kaami Uia Kuantan membentuk satu group.Apa yg buat penulis sedikit kecewas kerana semasa kami group Kuantan sedang [present terdapat gangguan pada mic dan audio menyebabkan penulis yg sdg present rasa down skit dan depress dan x dpt present dgn baik(bangauwing pula huhu).Apapun kami group Uia Kuantan dptla no 5 dr 7 group semua.at least bukanlah no last kan.

Apapun penulis berterima kasih pada S Dev yg diterajui oleh Mdm Martineli,Sis Liza,Bro Wahid,Sarjan dan x lupa Kak Yat satu2 staf Kuantan yg banyak beri aspirasi pada group kami.X lupa member2 group yg gila2 seperti nini dan fizah(kdg tertukar 2 org ni),kak nad,aida,sarah dan lain2 serta paling pnting our hero in our group hakim,asyraf dan ridzuan.

Moga apa input yg penulis dpt akan diaply sebaiknya.

Monday, November 16, 2009

Exam abis,Cuti Sem Bermula

Salam.Lama x update blog krn musim exam,heheh.just ringkas dan padat je hehe.Apapun alhamdulilah tepat jam 11pg 17 Nov akhirnya abis sudah exam aku dgn paper paling last biochemistry 1 yg dianggap sukar tp sbnr examnya x dala susah sgt(confident nampak)

Ya Allah aku telah berusaha sedaya upayaku,kini hanya padamu aku serahkan samada kejayaan atau kegagalan

Wednesday, October 28, 2009

PAS adakan seminar ganti muktamar khas

PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.
Iklan

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi

Tuesday, October 27, 2009

Gelodak amarah, keliru pengikut Pas tak terbendung lagi

Mesyuarat khas malam ini dijangka cungkil punca Nik Aziz melenting terhadap barisan pemimpin dipilih akar umbi

"SUDAH tiba masanya (Majlis Syura) Pas secara serius menggantikan Mursyidul Amnya yang kian hari kian nanar dan semakin tua. Kewibawaan beliau juga semakin pudar. Kebijaksanaan mencerna masalah sudah semakin terhakis. Beliau hanya mendengar 'hasutan' satu pihak seakan-akan Pas hanya ada satu jalur. Beliau gagal menjadi bapa yang adil untuk semua anak-anaknya."

Selalunya umum akan menuduh kononnya media arus perdana sengaja membuat kenyataan seumpama itu dengan niat untuk sengaja melaga-lagakan kepemimpinan Pas demi 'keuntungan' parti pemerintah. Namun, kejadian kali ini tidak sedemikian.



Luahan kekecewaan, tidak puas hati dan kemarahan ini dilakukan sendiri ahli, pengikut dan penyokong kuat Pas yang masih mencari punca mengapa pemimpin dan ulama yang dikagumi mereka selama ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencetus ribut di kala suasana politik memihak kepada mereka.

Kenyataan di atas adalah yang paling lantang disuarakan Faisal Tehrani, penulis yang juga penyokong kuat Pas dan blognya. Ia turut dipetik seorang lagi penulis terkemuka Azizi Abdullah, yang turut berkata: "Tapi saya benar-benar pening dengan Tuan Guru Nik Aziz. Saya sampai sekarang tak mampu membaca apakah Tuan Guru seorang politikus atau agamawan zuhud atau seorang pentadbir yang cekap?"

Turut menyuarakan keresahan ialah seorang lagi pengikut kuat Pas, Mohd Sayuthi Omar, yang menulis dalam blognya: "Seperti mana dimaklumi ekoran cadangan itu menyebabkan Pas jadi kelam kabut dan ada ahli yang tidak tidur dan resah memikirkannya. Cadangan Nik Aziz itu memberi gambaran Pas kini sedang dalam gelora, dilanda krisis yang bakal membawa Pas terbelah dua. Pergaduhan antara Nik Aziz dengan Abdul Hadi seolah mereka berdua membelah dua kitab al-Quran!

"Kerisauan ini dirasai oleh setiap mereka yang sayangkan Pas. Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang mengakui sebagai ahli Pas mengambil keputusan memikir semula penyertaannya dalam Pas. Beliau adalah ahli Umno yang baru saja berhijrah kepada Pas."

Ramai yang keliru dengan suasana terkini yang berlaku dalam Pas, kerana tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba Menteri Besar Kelantan itu membuat kenyataan luar biasa meminta satu perhimpunan agung khas (EGM) untuk 'membersihkan' parti terbabit daripada kumpulan liberal yang didakwanya ingin bergabung dengan Umno.

Rentetan daripada desakan Nik Aziz, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang turut dipalit dakwaan sebagai pengkhianat parti memanggil satu mesyuarat khas malam ini untuk menimbangkan sama ada desakan Nik Aziz untuk mengadakan EGM perlu dihormati atau sebaliknya.

Namun, kenyataan terbaru Abdul Hadi bahawa Pas 'menutup semua pintu rundingan dan perbincangan dengan Umno berhubung pembentukan kerajaan perpaduan', membuatkan ramai sinis kerana agenda kumpulan tertentu untuk mengekang golongan liberal yang bergerak atas pentas agenda penyatuan Melayu berjaya dilaksanakan.

Jika yang menulis itu ialah penulis media perdana mungkin ramai yang akan berkata ia hanya rekaan cerita, namun petikan ini diambil daripada blog Mohd Sayuthi yang menceritakan perbualannya dengan seorang aktivis Pas:

"Aktivis ini memang seorang yang berani dan berterus-terang. Bila saya tanya dia siapakah yang menjadikan Tok Guru sebagai alat dan menyusahkan kehidupan Tok Guru, dia menjawab tanpa berselindung. (Biarlah saya tidak menyebut nama-nama itu demi menjaga nama baik orang berkenaan dan juga Tok Guru serta aktivis ini).

"Kenapa orang-orang ini, apa logiknya," soal saya. "Jika sekali tengok, ia tidak mungkin melakukan itu. Tetapi anta (anda) kena faham agenda ini sudah lama berjalan. Sejak muktamar lalu lagi. Yang menggerakkan ialah bukan orang yang takut kepada Tok Guru, tetapi orang yang takut kepada Pas?" katanya.

"Ana (saya) tidak berapa faham?" akui saya. "Anta tahukan cita-cita orang ini? Dia mahu jadi Perdana Menteri. Dalam perkiraannya, jika Pas tidak sokong dia tidak akan dapat jadi Perdana Menteri. Dan memang hakikatnya begitu. Baginya jika Abdul Hadi jadi presiden bermakna impian itu akan melayang begitu saja.." ceritanya lagi.

"Maksudnya?" soal saya. "Sebab dia kira Hadi dan the gengnya tidak akan bersamanya. Maknanya, dia mesti hapuskan Hadi untuk menyenangkan tugas-tugasnya. Hadi harus diganti dengan orang lain. Jadi apa yang Tok Guru lakukan ini adalah untuk memenuhi agenda itu. Sudah faham?" jelasnya sedikit memerli akan kedunguan saya.

"Ana tidak fikir begitu!" saya cuba menafikannya. "Anta kena baca sejarah hubungan mereka ini semua. Dari mana asal mereka. Apa pegangan politik mereka. Mereka ini semua bukan daripada kumpulan ulama tradisi yang menerima tarbiah awal Pas. Mereka ini adalah kumpulan moden yang datang bertenggek dengan gerakan Islam Pas. Latar belakang mereka sebegini menyebabkan mereka cemas tidak akan diterima Pas.

"Jadi sebelum apa-apa dan untuk selamatkan diri mereka, mereka kena berusaha selamatkan diri dan puak-puak mereka," khutbahnya panjang lebar. "Hatta menggunakan jasa baik Tok Guru?" "Ya hatta menggunakan nama baik dan wibawa Tok Guru itu," tegasnya sambil mengilai manja.

"Tok Guru sedar dia diperalatkan?" saya membalikkan persoalan yang dikemukakannya. "Ana rasa Tok Guru sedar," katanya meyakini kearifan Tok Guru dengan segala yang berlegar di sekelilingnya.

"Jadi EGM itu perlulah diadakan?" saya terus menduga. "Untuk apa? Tok Guru tiada masalah sehinggakan memerlukan EGM. Yang hendak EGM orang-orang itu! Orang bermasalah dalam Pas, Tok Guru tiada apa-apa masalah," katanya.

Itu antara petikan menarik yang ditulis Mohd Sayuthi dan luahan aktivis terbabit adalah antara teori yang bermain di kebanyakan ahli dan pemerhati politik – agenda seorang pemimpin politik yang sanggup melakukan apa saja asalkan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Tidak perlu dinyatakan siapa pemimpin itu dan siapa dalang utama dalam Pas yang mahu menyingkir barisan kepemimpinan diketuai Abdul Hadi. Apa yang nyata Nik Aziz merelakan diri dipergunakan bagi kepentingan segelintir anak buahnya yang berasa diri dipinggirkan golongan liberal ini, terutama selepas pemilihan barisan kepemimpinan parti yang lalu.

Mesyuarat khas Pas malam ini yang dijangka dihadiri semua 45 ahli jawatankuasanya sudah pasti akan memberi tumpuan kepada Nik Aziz yang hadir sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, kerana ramai ingin tahu mengapa secara tiba-tiba ulama yang dihormati ini melenting terhadap barisan pemimpin yang dipilih sendiri ahli akar umbi.

Nik Aziz perlu menjawab persoalan akar umbi seperti yang diluahkan Faisal: "Orang yang tidak patut dibela (contohnya) beriya-iya dipertahankan. Sebagai 'orang Pas' apabila Presiden yang dipilih secara demokratik mahu disingkirkan semata-mata kerana ingin mempertahankan parasit dari luar, maka saya rasa itu sudah melampau."
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template