AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Hari terakhir Sebagai Guru Kafa

Hari ini merupakan hari terakhir penulis sebagai guru kafa Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah Balok Pantai.Tanpa diduga 3 bulan aku mengajar begitu cepat berlalu.Terlalu banyak pengalaman menarik yang aku dapat.Ringkasan pengalaman aku mengajar:

Akhir Mac-Aku dan Bukhari pergi ke sekolah kafa dan diinterview oleh Guru Penolong kanan sekolah terbabit.org gelar dia sebagai 'Che Su'.apapun aku berterima kasih pada Kak Mawarni seniorku di Ihsan dulu yg recommend namaku kpd Che Su utk jd Guru sementara..hmm..hari tu pergi dah kena 'pukul' dgn che su dah..yala kami pergi dgn pakai baju melayu raihan je tanpa kopiah pastu che su ckp mengajar kena pakai kopiah semua.hmm..silap x pakai kopiah..ingat ok dah g pakai baju melayu raihan tu

1April-Hari pertama aku mengajar.Masa g sekolah tu rasa lain je.Yala budak2 pandang pelik je.sbnr kami x jumpa Guru besar lagi.Org gelar sbg Ayahlong.Mula2 ada ustazah tu minta masuk kelas darjah 5.Biasala awal2 mengajar x buat apa.Just taaruf dan main game..hmm..pastu jumpa ayahlong dan Che Su.secara rasmi kira aku mulakan tugas mengajarla kat sekolah kafa ni tapi..hmm kena lg dgn Che Su aku ni.Yala aku main 'goreng pisang' dgn budak2 ni.Jd Che Su ingatkan ajar lagu islamik kat budak2..Sesi pengajaran berjalan.aku ditugaskan mengajar darjah 6,bukhari pegang darjah 4..aku relaks skitla sebab darjah 6 dtg Khamis dgn jumaat je.tp hari2 lain aku mengajar Darjah 4 atau 5 samada Quran atau mata pelajaran arab mcm aqidah,ibadah semua tula.


Mei-Dah sebulan rupanya mengajar.pastu bulan ni juga sekolah buat sambutan hari guru.Yg bestnya aku ingat, sepatutnya guru kena wat persembahan tiap sorg tp aku dan Bukhari x tau pun,ada yg bersajak dan mcm lg.and then kami buat persembahan on the spot..nak tau apa..nyanyi lagu Al-Amal.hahahahha.pas nyanyi tu timbul idea dr Che Su nak suruh budak nyanyi lagu tu wajib time perhimpunan.pastu menurut che su dr situ dia tau fikrah kami.hahahaha.yala che su ckp perkara pertama dia tgok bila ada Ust baru ngajar ialah fikrah.kena hijau gakla..no budak umno..hahahhaha


Akhir Mei lak ada periksa pertengahan tahun.hmm.aku dtg kira jaga periksa jela.tp pas periksa tula perit,nak tanda kertas lg,kira markah la,buat kptsn budakla,tulis laporan buku rekodla..hmm..tp mujur darjah 6 sikit je.16 org je.jd sng kerja aku.mcm Bukhari budak kelas dia dkt 40.lh perit nak tanda kertas.pastu aku dan Bukhari pun siapkan liril lagu Al-Amal gak utk budak2 ni nyanyi setiap kali perhimpunan hari Isnin..

Jun-aku ingat lagi masa 25 jun guru2 buat majlis perpisahan dah dgn kitorg..mkn laksa..best...pastu dpt hadiah kain pelikat lak tu.hahahaha..sebelum nak kuar tu sempatla aku tgkap gmbar dgn budak2 ni..nak tgok gmbar mereka tgok facebook aku..pastu 30 jun kelas Bukhari buat majlis perpisahan.mknnya lg mewah..nasi lemak ada,bihun goreng,kuih2 semua dan air berkarbonat..and dpt juga hadiah ada sorg budak bg..dpt kain tuala and aku tima gaji terakhir..Rm200 je.cukupla..apapun memang menarik ngajar ni..dari sini baru aku tau menjadi guru bukan mudah..mana x, budak2 bukan main nakal sampai aku denda mcm kat dorg...kalo kat surau biasa aku dgn Bukhari gilir jd imam..dlm surau pun budak bising..nak kawal keadaan ajak budak berzikir..hmm.apapun aku akan merindui Kafa ni..peninggalan kami yg paling diingati ialah budak2 setiap Isnin akan nyanyi lagu al-amal.x angka dr persembahan spontan kami masa hari guru tu boleh buatkan lagu tu dinyanyikan setiap Isnin semasa perhimpunan..kurg mereka faham maksud lagu tu dan ada skit fikrah Islam...

HuKuM CoUpLe!!

> Banggakah anda mempunyai couple?
> Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-
> Utsaimin
> - beliau ditanya ttg hbgn cinta sblm
> nikah.
> Jawab beliau; Jika hbgn itu
> seblm nikah, baik sudah lamaran atau
> belum, maka hukumnya adlh HARAM, krn
> tidak boleh sesorg utk bersenang-
> senang dengan wanita asing (bukan
> mahramnya) baik melalui ucapan,
> memandang, atau berdua-duaan.
>
> Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
> Jgnlah seorang lelaki bedua-duaan dgn
> seorg wanita kecuali ada brsama2x
> mahramnya, dan jgnlah sesorg wanita
> berpergian kecuali brsama
> mahramnya...
>
> plz Forward this msg to
> all people u know..
>
> kte yg dh tahu ni
> kene mengingatkan mereka yg x tahu @
> sengaja bt x tahu..klu x..nnti diorg
> akan ungkit balik kte kat akhirat nnti
> sbb kte x beritahu...
>
> HARAM tetap HARAM..
> jgn buat main2 hukum ALLAH..
> ingatlah, semua yang kita buat di dunia,
> akan ditayangkan semula di akhirat..
>
> Bangga ada couple?
> astaghfirullah! jangan kita tergolong
> dalam orang yang bangga melanggar hukum
> ALLAH..
> menayang2 bahawa anda sudah bercouple..
> gambar berdua?
> atau gambar si dia?
> banggakah?
>
> dan jangan kita tergolong dalam golongan
> orang yang menggalakkan couple..
> bagaimana? komen dan testi anda?
> "waa..sweetnye korang berdua ni"
> (padahal belum kawen lagi, kan?)
> "jaga cik abang/cik adik awak tu elok2"
> (errr....)
>
>
> astaghfirullah..
> astaghfirullah..
> astaghfirullah..
>
> selemah2 iman adlh dgn mmbenci maksiat
> dlm ati kan..menurut ibnu taimiyyah,
> sape yg tak mmbenci sesuatu maksiat yg
> die nmpak dlm hati, takut2 trkeluar dari
> iman..nauzubillahi min zalik
>
> masih belum lewat untuk bertaubat!
>
> ayyuha assyabab, bgn dan l

Kerajaan Perpaduan Dan Persaudaraan Islam

Salam.ana bukanlah seorang yg menentang isu kerajaan perpaduan malah bukan juga seorang yg bersetuju dgn kerajaan perpaduan tetapi ana sgt suka kalo kita bersatu.secara jujur ana suka kalo Pas berbaik dgn Umno.Kita kena ingat kita jgn memandang Umno sebagai musuh tapi pandanglah mereka sebagai mad'u.Kekadang telinga ana panas bila ada segelintir org pas ni ckp org umno ni kafir.Mana x panas sebab walaupun ana sokong gerakan Islam ni tapi realitinya mak ayah ana adalah Umno.Bagi ana sikap begini sgt teruk.Mereka seoalah memandang Umno ni sebagai penjahat seteruk Yahudi!!.Ni ana petik dari tulisan bekas mufti Perlis yg kontroversi dr asri.ana bukanlah seorang Wahabi atau bersetuju dgn pandangan beliau tntg isu itu tetapi mengenai isu kerajaan perpaduan pendirian ana adalah seperti petikan dari blog beliau di bawah.Ana sgt setuju dgn pandangan beliau tntg ini tapi ana yakin pasti ada antara sahabat tidak sependapat dgn ana

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.

Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya)

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya. Nabi s.a.w bersabda:

“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda:

“Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).

Penyakit ‘asabiyyah bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya.

Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.

Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu’awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan. Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin `Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari). Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu`awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina `Ali. Mu`awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba`ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr). Di samping itu, Mu`awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:”Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)” (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu `tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).

Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan PAS dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut:

“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan PAS berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.

Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama muslim. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).

Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri.

Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya `Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak…(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.

Perginya Permata Dakwah Islam ; Dr Fathi Yakan...

Salam Perjuangan



"Al Fatihah. Ustaz Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah. Sebarkan."


Innalillahiwainnailaihirojiun.
Sms yang diterima lewat petang tadi.
Ustaz Fathi Yakan.
Siapa tak kenal beliau?
Besar jasanya pada Islam.
Allah.. Islam kehilangan satu lagi permata dakwah..
:( :(

Dr. Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.


Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.

IkhwanJo.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa -- pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Azawajalla pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit. Dr Fathi Yakan yang telah dilahirkan pada tahun 1933. Pernah datang ke Malaysia.

Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan grup-grup usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.






Apa Ertinya Saya Menganut Islam?

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama membentangkan sifat-sifat yang semestinya wujud pada setiap muslim supaya dengan kewujudan sifat-sifat ini beliau benar-benar Islam.
Bahagian pertama ini menerangkan sifat-sifat yang seharusnya terdapat pada setiap mereka yang menggabungkan dirinya ke dalam agama Islam. Kebanyakan orang menganut agama Islam kerana hobi atau kerana mereka dilahirkan oleh dua ibu bapa yang muslim. Pada hakikatnya mereka ini tidak memahami erti penggabungan diri mereka ke dalam agama Islam. Mereka juga tidak mengetahui tuntutan daripada penggabungan diri mereka ke dalam agama Islam. Oleh kerana itulah saudara lihat mereka berada di satu pihak, sedang Islam pula berada di pihak yang lain. Matlamat daripada bahagian pertama ini ialah untuk menjawab semua soalan ini. Juga untuk menjelaskan apa yang dituntut oleh Islam daripada seorang muslim supaya dengan itu, penggabungan dirinya ke dalam agama Islam merupakan penggabungan yang betul dan hakiki. Seterusnya supaya beliau benar-benar Islam. Bahagian kedua pula menjelaskan kewajipan beramal untuk Islam dan kewajipan menggabungkan diri ke dalam harakah Islamiah. Bahagian ini juga menerangkan sifat-sifat gerakan Islam, matlamat, wasilah, falsafah dan cara beramal bagi gerakan Islam dan sifat-sifat yang seharusnya ada pada mereka yang menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam.

Karya Sajak “Altantuya” Mat Sabu


Altantuya”

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga

Aku wanita Ajnabi merantau kemana-mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama

Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa

Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku

Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah

Adakah semua dari kerajaan salah??

Salam buat sahabat seperjuangan dan saudara seakidahku yg berminat membaca tulisan ini.Mungkin post ini agak kontroversi seolah-olah penulis seorang yang pro kepada kerajaan Barisan Nasional di mana Umno sebagai penerajunya.Tidak penulis bukan pro kpd kerajaan walaupun penulis lahir dari keluarga parti Nasionalis tersebut.Hakikatnya penulis merasakan Pakatan Rakyat hanya menang dalam pilihan raya lepas atas sebab kelemahan BN bukan atas sebab kekuatan PR itu sendiri.

Sahabat seperjuangan sekalian,sering dalam ceramah politik yang dianjurkan oleh PR samada Keadilan,Pas atau DAP antara agenda yang mesti diungkit dan mahu menarik audiens ialah kita lebih banyak mengutuk BN.Ya memang BN diakui sebuah kerajaan korup tetapi bila kita menyebarkan keburukan orang itu walaupun ia benar ia dinamakan mengumpat,yang tidak benar dinamakan fitnah.Mungkin ada yang tidak pernah ikuti ceramah BN kerana rasa fobia dgn Bn dan taksub kepada PR tapi penulis banyak kali ikut ceramah mereka sebab ikut family dan apa penulis melihat mereka banyak bercakap pasal pembangunan negara,projek dan sebagainya yang menunjukkan mereka mahu memajukan negara.

Seperti kata Ustaz Nasaruddin Mat Isa dalam Muktamar Pemuda tadi Pas diakui rakyat sebagai parti yang bersih dari korupsi dan rasuah tetapi rakyat masih tidak percaya kemampuan Pas untuk mentadbir negara.Sebabnya kita memang lemah dalam aspek pentadbiran,kewangan dan pembangunan berbanding BN.Selagi mana kita hanya bergantung pada tarbiiah semata-mata ia akan menarik golongan yang mahu pada agama sedangkan yang jahil akan terus lari dengan Pas.Contoh yang ingin penulis bawakan ialah kejayaan parti app yang dipimpin Rechip Erdogan yang mencapai kemenangan.Parti App diakui parti gerakan islam Turki sedangkan di negara tersebut betapa ramai yang masih menganut fahaman sekular tetapi mengapa mereka boleh menang?Sebabnya mudah mereka bukan sahaja membawa Islam tetapi mereka menjanjikan pentadbiran yang lebih baik serta pembangunan kepada negara.Inilah kekurangan Pas yang perlu kita akui berbanding pihak lawan.Kita perlu hebat melawan Bn juga dalam bab pembangunan,ekonomi dan pentadbiran.

Satu masalah yang paling penulis tidak selesa kita dalam PR melihat semua tindak tanduk kerajaan sebagai negatif semata-mata.Dalam bahasa mudah semua kerajaan buat semua salah.Contoh semasa Najib mengumumkan pembebasan tahanan Isa kita membuat reaksi yang Najib cuma bersandiwara dan ada motif politik buat demikian.Begitu juga baru-baru ini apabila Muhyiddin bercadang mengurangkan subjek yang boleh diambil pelajar kpd 10 subjek kita memandang negatif juga sebagai cubaan menjahanamkan sekolah agama.Jadi apa yg betul?Takkan semua tindakan kerajaan salah?Memang dalam politik kita sebagai pembangkang perlu melihat sesuatu dari kerajaan sebagai sebagai negatif untuk menjadi isu kita tetapi kita jangan menganggap yang kita juga betul semua.Bukankah elok jika kita lebih banyak bercerita tentang visi kita membangunkan negara fizikal dan rohani berbanding mencari isu untuk modal pilihanraya?

Contoh yang ingin penulis petik dari sirah sendiri di mana kita lihat Rasulluah sangat husnuzan terhadap manuzsia termasuk orang kafir sendiri.Malah kita lihat Rasulluah dalam dakwahnya tidak pernah memburukkan pihak kafir atau menghina mereka.Ini contoh mudah kita boleh rujuk.Hakikatnya penulis tidah bersetuju dgn pendekatan setengah dari kita yang hanya pandai mengkritik keburukan pihak lawan dari menguatkan diri masing-masing dan penulis tidak gemar kita melihat semua dari kerajaan adalah salah..

Mungkin tulisan ini agak kontroversi tapi penulis menerima segala kritikan.Diakui memang penulis agak liberal dalam politik ini mungkin kerana latar belakang penulis dari family 'biru" tapi menerima tarbiah dari 'hijau.'Tapi harus diingat penulis bukan menyokong Umno dan Barisan Nasional tetapi penulis juga bukan terlalu taksub pada Pas dan PR

Kenyataan TPM Ibarat Membunuh Anak Bangsa Sendiri

Keputusan menghadkan setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 mata pelajaran maksimum mulai tahun depan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipimpin oleh Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah amat keterlaluan kerana menghalang kecemerlangan pelajar untuk lebih maju dengan hanya disebabkan isu remeh yang dibangkitkan iaitu persoalan biasiswa, mengurangkan bebanan ibubapa dan berapa kerat sahaja pelajar yang mengambil lebih 10 mata pelajaran serta berapa kerat sahaja dapat semua A dalam setiap mata pelajaran

Sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat seperti membunuh anak bangsa sendiri kerana kebanyakan pelajar yang mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran adalah dari sekolah agama kerana mengambil mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Sebagai contoh seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur atau di Maahad Muhammadi atau mana-mana sekolah aliran agama sudah tentu akan menambah mata pelajaran agama terlebih dahulu kemudian barulah ditambah dengan mata pelajaran lain untuk membolehkan mereka meneroka peluang dalam bidang lain, antara contoh mata pelajaran yang di ambil oleh pelajar sekolah agama seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyyah, Tasawwur Islam, Bahasa Arab Tinggi / Komunikasi, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan Pendidikan Seni. Keseluruhannya berjumlah 14 mata pelajaran. Sudah terbukti, pelajar-pelajar keluaran sekolah agama berjaya mendapatkan keputusan yang baik walaupun mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.

Impak dari kenyataan Tan Sri Muhyidin Yassin, kebanyakan pelajar tidak akan menyedari kemampuan yang ada pada dirinya sendiri. Contoh lain, setiap pelajar yang ingin menyambung di Darul Quran JAKIM bagi mengikuti Program Persijilan Tahfiz al-Quran di Darul Quran JAKIM / UIAM diwajibkan mengambil mata pelajaran agama seperti Pendidikan Syariah Islamiyyah dan Bahasa Arab Tinggi / Komunikasi. Selain itu mereka juga wajib mengambil mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi untuk membolehkan mereka menceburi bidang profesional di UIAM. Adakah pada tahun 2011 program ini bakal dibatalkan kerana kenyataan bodoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanakah seorang Menteri Pelajaran boleh mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan Program Persijilan Tahfiz al-Quran di Darul Quran JAKIM / UIAM adalah usahasama JAKIM di bawah Jabatan Perdana Menteri dan UIAM di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Tindakan bodoh ini seperti mengkhianati agama dan bangsa sendiri dalam melahirkan profesional huffaz (profaz) seperti ilmuwan Islam terdahulu.

Jika persoalan biasiswa yang dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri, adakah semua mahasiswa mendapat biasiswa sama ada dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau mana-mana agensi kerajaan. Jawapannnya tidak, hanya segelintir sahaja mahasiswa mendapat biasiswa tersebut. Kebanyakan mahasiswa hanya di tanggung oleh ibu bapa mereka sendiri atau mereka sendiri bakal dibelenggu hutang sebaik sahaja tamat pengajian di dalam negara kerana meminjam dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Di sini tidak timbul soal biasiswa kerana kita amat mengetahui mengenai kepayahan untuk mendapatkan biasiswa dari Kerajaan lebih-lebih lagi bagi mahasiswa aliran agama.

Persoalan lain yang dibangkitkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk mengurangkan bebanan kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam mata pelajaran elektif tidak dibuat secara konsisten di sekolah. Kita amat mengetahui akan kesusahan hidup keluarga Nik Madihah, namun kejayaan Nik Madihah dalam SPM dengan memperoleh 20 A telah membuka mata semua orang bahawa orang susah boleh membuktikan kejayaan mereka. Jika tuisyen menjadi persoalan bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini adalah persoalan yang masih boleh dipertikaikan kerana berapa ramai pelajar yang masih boleh mendapat keputusan yang cemerlang tanpa mengambil tuisyen.

Satu lagi persoalan yang ditimbulkan oleh Menteri Pelajaran berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara. Tidak sampai 10 peratus dari jumlah sebenar yang menduduki SPM pada tahun lepas. Jika dikaji secara keseluruhan pelajar dari sekolah agamalah memonopoli 10 peratus tersebut. Di sini kita dapat lihat sikap kerajaan untuk menutup pintu pelajar sekolah agama dari terus bersaing dengan pelajar sekolah biasa. Di zaman dunia tanpa sempadan ini, budaya persaingan menjadi perkara biasa. Maka Menteri Pelajaran sepatutnya mengarahkan kepada setiap sekolah supaya memotivasikan pelajar mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran bukannya menghadkannya. Beliau juga sepatutnya menyuarakan perasaan bimbang kerana peratusan yang terlalu rendah iaitu tidak sampai 10 peratus daripada keseluruhan pelajar mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran bukannya menghadkannya kerana di zaman akan datang bangsa yang maju akan bertambah maju sedangkan rakyat Malaysia khususnya beragama Islam dan berbangsa Melayu akan lebih jauh ketinggalan di belakang.

Akhirnya, saya merayu kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membatalkan hasrat untuk menghadkan hanya 10 mata pelajaran maksimum dalam SPM yang bakal bermula pada tahun 2010 dan bukannya mengkaji semula. Jangan ditambah amarah rakyat, sudahlah kerajaan melanjutkan lagi 6 bulan sama ada akan meneruskan atau memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sekarang ini ingin menghadkan pula mata pelajaran yang boleh diambil oleh seorang pelajar dalam SPM. Kesabaran rakyat ada hadnya.

WaLlahu a’lam