AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Jundi Dakwah Hanya Tahu Kritik XPandai Bagi Solution

Salam kepada semua sahabat sekalian.Penulis sebenar tertarik dgn dua orang sahabiah yg sering menulis di blog pasal cinta sejati iaitu cintakan Allah.Penulis juga sebenar baru menghabiskan sebuah buku dari Saifulislam 'Bercinta sampai ke syurga' atau 'Aku Terima Nikahnya 2'. Bila disoal tentang cinta ni penulis sebenar no komen sgt sebab penulis sebagai manusia jahil pernah melalui zaman gelap dulu semasa di sekolah.Realitinya penulis di sekolah pernah terjebak dengan cinta sebelum kahwin ni atau istilahnya 'couple'.Malas buka pekung di dada ni sgt..

Hakikatnya penulis sering melihat yg jundi-jundi dakwah ni terlalu pandang negatif pada golongan ini.Sering dikritik malah dicemuh golongan ini.Untuk penulis sendiri yg pernah melalui detik hitam dalam hidup ini ana fahami apa perasaan golongan demikian.Ibarat pepatah yg ana reka sendiri 'Kalau tak pernah rasa mana tahu perasaannya".Penulis teringat semasa di sebuah pusat tahfiz dulu sekumpulan golongan yg mengaku jundi Allah ni buat sesi muhasabah..yg banyak ditekan dlm muhasabah tu tntg couple ni..tapi penulis cukup kesal dengan sahabat yg hanya banyak mengatakan 'ini salah itu salah,x boleh buat gini' tapi tak pernah bagi solution.dalam muhasabah tu ana tertunggu mana sahabat yg nak bagi solution tetapi hampeh semua hanya tahu ckp 'ini dosa,haram tu je'.

Ana melihat jundi dakwah ni hanya tahu ckp 'engkau buat ini salah itu salah'..tu je dorg tahu.agaknya kalau mereka diuji bagaimana agaknya.Penulis cakap begini sebab penulis sendiri pernah diuji dengan 'ujian perasaan ini'.Agaknya kalo jundi dakwah ini diuji baru mereka tahu hakikatnya bukan pandai mengatakan 'itu haram itu salah je'..mereka lupa firman Allah yg bermahsud
'Adakah Kamu Mengira kamu Org Beriman Sedangkan Kamu Belum diuji'.Ayat famous ni di kalangan jundi dakwah.

Bab tutup aurat pun satu sama juga..ada di kalangan shbt yg semangat dia lebih tegur bukan main direct..penulis pernah dgr dialog dari sorg jundi dakwah pada mad'unya..dialog dia bunyi macam ni.."ko ni tak tahu hukum ke,aurat lelaki kan lutut sampai pusat yg ko pakai short pasal,x takut api neraka"..wah bukan main straight dan pedas ayat jundi ni bg pada mad'unya.

Balik bab cinta tadi ada setengah jundi ni ingat jodoh tu just wait and see.Dorg ckp 'Jodoh tu Tgn Allah,biarlah dia tentukan".Ni satu hal gak..mereka ni fikir semua benda tu Allah bagi so x payah usaha..konsep usaha takda..ni terlebih iman sgt rasa ni..ingatlah shbt setiap benda tu mesti kena usaha..kalo kalian fikir gitu so kalo exam x yah studylah just tawakal je..agak-agak berjaya x?Penulis petik skit dari buku saifulislam ni.. dia ada kritik golongan-golongan jundi dakwah nilah sebab x berusaha utk cari jodoh just serah gitu je..Abu Saif menceritakan yg dia berusaha berjumpa dgn org tgh minta carikan seorg calon isteri utknya lalu dgn izin allah maka bertemulah beliau dgn Ummu Saif.Teorinya begini kalo kita nak cari duit kena cara yg betul..seorg pencuri kita kena sedarkan yg cara dia dpt duit dgn mencuri tu salah(kira curi tu kias dia mcm couple) dan perlu guna cara betul utk dapatkan duit dgn cari kerja halal(guna org tengah atau dlm setengah jemaah ada unit baitu muslim)..so faham x konsep dia..yg ni lebih ana tuju pada ikhwahla..tapi ada juga pndpt nak isteri solehah diri kena jd soleh dulu..tapi jgn lak jd soleh sebab hal tu lak..satu lagi Abu Saif petik tntg doa yg selalu kita mohon tu 'kurniakan kami isteri dan anak-anak sebagai penyejuk mata dan kami sbg imamnya..'

Dlm doa tu pun ada sebut tntg kita yg jadi imamnya.ibarat dlm solat jemaah imam adalah yg paling faqih serta baik bacaannya..begitu juga dlm hal memimpin keluarga..nak tahu lebih lanjut bacalah buku Aku Terima Nikahnya ni..ingat jugalah firman Allah yg bermaksud 'Perempuan baik itu untuk Lelaki yg baik dan Laki yg baik tu Untuk Perempaun Yg Baik'..tp ingat jgn jd soleh sebab nak isteri solehah lak..niat tu x betul tu..balik pada kisah asbab nuzul hadis famous amal dgn niat tu yg dilafazkan Rasulluah sebab ada shbt berhijrah krn prmpn..

Nak tambah skit lg..dalam sirah Saidina Ali pernah menyatakan pada Fatimah yg cintanya pada Allah dan Rasul tetap no 1 walaupun Fatimah isterinya tetapi Ali menangis juga bila mengetahui yg Fatimah pernah disunting byk kali oleh shbt lain..napa gitu sebab ali juga ada fitrah seperti manusia lain juga ingin mencintai dan dicintai,,kisah lain gak tentang kisah cinta Zulaikha pada Yusuf..yg kita dengar tentang Zulaikha pikat goda yusuf je kan tapi ada sambungan lagi sebenar..Dikisahkan yg Allah perkenankan doa Zulaikha maka Zulaikha diberi nikmat muda semula dan dinikahkan dgn Yusuf..Zulaikha telah menjadi seorg gadis yg sgt cantik dan Yusuf berapa kali mahu Zulaikha melayannya sampai terjadi kisah Yusuf pula yg menarik baju Zulaikha..tapi Zulaikha kini telah dlm hatinya dalam hatinya kini penuh dgn cinta pada Allah..

Moralnya penulis nak ckp pada jundi dakwah sekalian kita ni jgn pandai kritik shj..bglah solution..jgn pandai ckp 'itu haram ini x boleh je..'secara mudah nak tegur kena berhikmahla..ada shbt ckp kita kena direct tegur baru berkesan tp nak tanyalah nabi dulu tegur shbt cukup halus kan..byk kisah lg tntg betapa hikmah dakwah nabi..yg kita ni semangat lebih sgt..dan satu lagi point ingatlah kita belum diuji lg..kalo suatu hari cthnya ntum ditakdirkan jatuh hati pada sesorg gana..penulis cuma beri cth je buat jundi2 yg ana tengok kdg agak straight sgt konon mereka ni paling hebat..maaf kalo bahasa penulis macam kasar dan payah faham skit..penulis percaya mesti ada shbt yg x setuju dgn tulisan ana ni..maaf byk..kritikan ni sebenar dituju lebih pada ana yg lemah lg hina ni

Cerpen 1:Mengapa Masih Membujang?

Hari ini Suhaili menghadiri majlis perkahwinan sahabat perjuangannya semasa di universiti dulu.Umur Suhaili sekarang sudah 30 tahun,berkhidmat sebagai pembantu penyelidikan perubatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan.Dia sudah 5 tahun menamatkan pengajiannya dalam bidang biomedic.

"Memang padan ya Asrul dengan Rahimah tu kan,dulu di kampus mereka sama bekerja dan terlibat dengan gerakan dakwah kampus"Saiful cuba memulakan bicara dengan Suhaili

"No komen la akhi,"acuh tak acuh je Suhaili menjawab bicara yang cuba dibawa oleh Saiful yang juga naqibnya ketika di alam kampus dulu.

Memang diakui Suhaili dan berapa orang sahabat lain cukup aktif dalam gerakan dakwah kampus tapi bukan mudah untuk aktif dalam perjuangan ini.Ada sahabatnya yang gugur setelah menempuh alam pekerjaan dan berkahwin.Bagi Suhaili dia masih aktif dengan perjuangannya dan kini dia memegang sebagai Ajk Pemuda sebuah parti gerakan Islam.

Dalam umur yang mencecah 30 sekarang semua sahabat seperjuangannya telah berkahwin dan membina baitu muslim kebanyakannya dengan teman sesama seperjuangan juga.Banyak kali juga unit baitu muslim berusaha mencari jodoh untuk Suhaili tetapi semua ditolak.

"Maaf ana tak nak berkahwin lagi,diri ana belum cukup mantap untuk membina sebuah baitu muslim,individu muslim pun ana tak cukup sempurna lagi,"itulah antara alasan Suhaili bila diajukan persoalan tentang perkahwinan.Berapa kali juga naqibnya Saiful berusaha mencari gadis solehah untuk Suhaili tapi semua ditolak.Pelik Suhaili nak gadis bagaimana lagi.

10 tahun lepas...

Suhaili baru sahaja habis mengikuti program tarbiah,memang agak letih dan pulang sahaja dia terus tersadai di katil.baru dia teringat untuk bertanya khabar Saadah,serikandi yang dia 'cop awal-awal' melalui sistem baitu muslim.Dengan kata lain Suhaili telah berpunya kerana sudah taqdim dengan Saadah.Tapi taqdim tak bermaksud semuanya bebas dari segi perhubungan.

"Maafkan ana ustaz,ana dah fikir masak-masak dan ana mahu putuskan ikatan taqdim ana dengan ustaz,ana tak mahu terikat,ana tak layak untuk ustaz dan biarlah hati ini hanya milikNya je.."tiba sahaja hp Suhaili menerima mesej dari Saadah,serikandi muda muslimat.

Hampir gugur jantung Suhaili..bagaimana dia mahu menjawab soalan dari unit baitu muslim..dulu dia yang beria berjumpa dengan unit baitu muslim mahu taqdim..dia yakin Saadah pilihan tepat untuknya walaupun umur mereka baru 20 tahun..terlalu awak untuk bicata tentang rumah tangga..

"Mengapa ustazah buat keputusan ini..dulu ustazah juga yang menerima ana dan berjanji untuk bina baitu muslim dan kita telah berjanji bukan..ana memang menaruh harapan pada ustazah..ana betul tulus dengan ikatan ini.."Suhaili cuba memujuk

"Maafkan ana kerana dulu terlalu tergesa menerima ustaz untuk taqdim..tapi ana tak tenteram dengan taqdim ini..andai ada jodoh antara ana dengan ustaz tak perlu taqdim x pa..maafkan ana.salam,"Saadah mematikan perbincangan.

Suhaili sedar yang air matanya mengalir dengan keputusan Saadah itu..bukannya dia terlalu mendambakan cinta manusia tapi dia juga seperti manusia lain punya fitrah untuk mencinta dan dicintai..ingin teman yang boleh membantu perjuanganya seperti Saidina Ali yang mempunyai Fatimah sebagai pendamping..

"Ya Allah.sesungguhnya cintaku hanya padaMu dan Rasul tapi aku juga punya fitrah seperti manusia biasa rasa untuk mempunyai teman hidup..ikhlas aku benar menyayangi Saadah keranaMu Allah dan aku mahu bina baitu muslim yang diredhaiNya bersama dia,"menangis Suhaili berdoa..memang Suhaili benar ikhlas pada Saadah tapi tak bermakna kecintaannya pada perjuangan Islam pudar.Malah dia bertemu Saadah di medan perjuangan inilah..

Setelah berapa tahun Suhaili menerima satu mesej dari Saadah.."Dijemput semua sahabat seperjuangan ke walimah ana pada 25Mei ini..doakan ana bahagia bersama suami ana,"diteliti lagi mesej yang diterima.Setelah peristiwa putus ikatan taqdim dengan Saadah,Suhaili tak pernah menerma mesej dari Saadah lagi..malah dia perasan Saadah seboleh mungkin akan mengelak bekerja dengan dia walaupun mereka di perjuangan yang sama.Suhaili teringat dia pernah diberi taklifat untuk menjadi pengarah satu program tarbiah dan Saadah sebagai timbalan pengarah tapi Saadah telah menarik diri..Rupanya peristiwa dulu masih berbekas di hati mereka..

Kini Suhaili selesa dengan kehidupanya..segala perasaanya pada Saadah masih tak dapat dihapuskan tapi dia perlu akui Saadah bukan jodohnya..itulah sebab juga hingga kini Suhaili masih bujang..dia tahu salah jika dia masih menaruh harapan pada Saadah tapi hatinya payah untuk berubah..Suhaili betul setia pada cintanya..

"Eh Suhaili,jauh mengelamun!"tiba beliau disampuk oleh teman lamanya Aziz
"Eh anta ni..buat kejut ana je!"lantas mereka bersalaman.

Aziz merupakan lelaki yang kini menjadi pemilik hati pada Saadah..Azizl lelaki yang berjaya menyunting Saadah serikandi yang diidam Suhaili selama ini.

"Suhaili..ana sebenar ada sesuatu yang penting untuk beriahu anta..ana harap anta dapat terima"Aziz cuna mulakan bicara..nampak serius

"Apa dia..Eh mana Saadah.Tak kan hadir ke walimah seorang diri je?"Suhaili cuba bertanya

Tanpa banyak bicara Aziz menceritakan hal sebenar.."Untuk pengetahuan ana sebenar menghidap kanser hati yang serius,doktor mengesahkan yang ana cuma punya masa untuk hidup 2 bulan saja lagi..ana harap anta akan mengambil Saadah sebagai isteri..ini amanah ana..ana tau anta sebenar pernah menaruh hati padanya bukan..ana juga tahu sebenar Saadah bukannya cintakan pada ana..walaupun berkahwin tapi hatinya pada anta Suhaili..dia melayan ana selama ini pun atas dasar tanggungjawab sebagai seorang isteri sahaja.."

"Maafkan ana ya akhi..mengapa anta berkata begitu..Saadah seorang serikandi..wanita solehah..anta ni cuba bergurau dengan ana kan..anta tak sakit kan.."Suhaili mula rasakan air matanya jatuh'

"Tidak ana tak bergurau..ambillah Saadah..ana hidup tak lama..ni amanah ana..ana pernah terbaca diarinya..dia meluahkan segala perasaanya pada anta..dia sebenar sayang pada anta bukan ana..tapi ana bersyukur kerana sempat dikurniakan seorang isteri semulianya sebelum ana pergi"tiba-tiba Aziz tersungkur dari meja santapan makanan.Walimah itu menjadi kecoh seketika.Saadah terus meluru pada suaminya,Aziz.Aziz telah pergi selamanya..Saadah menjadi balu..

2 tahun kemudian

Hari ini merupakan hari bahagia pada Suhaili..dia telah menunaikan amanah dari arwah Aziz untuk menjaga Saadah..setelah Aziz pergi Suhaililah banyak mengurus dan membantu Saadah.Cukup berat pada Saadah..meskipun sebenar dia tak menyayangi Aziz tapi kehilangan seorang suami cukup perit bagi Saadah.Untuk mengisi kekosongan itu,Saadah menerima pinangan dari Suhaili malah dia juga mendapat wasiat dari Aziz untuk berkahwin dengan Suhaili.Tenyata suaminya menyedari yang dia tidak cintakan Aziz..bukan dia mahu menduakan suaminya tapi hakikatnya cinta dan kasihnya pada Suhaili.Disebabkan kasih pada Suhaililah dia meminta untuk putus ikatan taqdim mereka kerana dia menyedari Suhaili sedikit alpa pada Pencipta dan dia sedari dia telah menyebabkan Suhaili mempunyai masalah hati..Saadah tak mahu dia jadi fitnah pada Suhaili..seorang pejuang tidak sepatut tewas hanya kerana cintanya pada seorang serikandi..Saadah juga menerima pinangan Aziz semata untuk menjaga perasaan naqibahnya Kak Nah yang mempertemukan mereka..

"Wahai serikandiku,abang benar bersyukur dengan pertemuan ini..abang yakin selama ini bila kiya benar ikhlas cinta kita pada seseorang semata kerana Allah dia akan pertemukan kita..percayalah hati ini tak pernah berubah dan setia menunggumu selama ini.."Suhaili meluahkan semua isi hatinya di malam pertama mereka.."

"Maafkan dinda ya abang..ana terlalu ikut perasaan selama ini..percayalah perit sebenar untuk ana meminta kita putus 10 tahun lepas dulu tapi kerana tak mahu lihat abang hanyut dengan cinta manusia dan menjadi fitnah pada perjuangan ana tekad..abang..maffkan ana..bawalah ana ke syurga boleh..berjanjilah untuk sehidup semati dengan ana tapi minya kalau benar sayangkan ana sedalam mana pun cintailah Allah lebih dari segalanya.."

Keduanya menangis pada malam tersebut..ternyata Allah mempertemukan mereka juga..




#ingatlah cinta pada manusia memang fitrah tapi jangan dilupa cinta pada Allah paling agung..andai andai benar mencintai seseorang ikhlas kerana Allah tapi kalau dia bukan milikmu kamu kena terima..

Jawatan Kosong Untuk Semua

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A)
:
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.'

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam..

Lalu malaikat bertanya,
Malaikat: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Mayat:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?

Mayat:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Malaikat:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Benarkah Berkorban Untuk Cinta itu Tulus????

Salam buat semua sahabat pejuang agama Allah.Penulis sebenar sudah lama tak minat tengok televisyen sejak duduk asrama malah kalau cerita bersiri penulis memang malas sangat nak tengok.Tapi pelik di celah penulis cuba mengelak itu penulis jadi berminat dengan sebuah sinetron Indonesia bertajuk 'Aqso dan Madina'.Apa yang menarik sangat cerita ini sehingga menarik minat aku?Balik sahaja aku dari Kafa mesti rancangan itu aku tengok

Sedikit sinopsis sineton ini.Dlm sinetron ini menceritakan kisah si adik(Madina) yang sanggup berkorban perasaan cintanya kepada si Aqso demi kakanya(Safira) yang telah kesepian setelah kehilangan Pasha yang juga abang kpd si Aqso yang disangka mati kerana nahas udara.Aqso dan Madina dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang yang sangat mengharap redha kepada Allah serta tulus hatinya.Namun rasa cinta mereka berdua sering terhalang dan Madina terpaksa korbankan rasa cinta itu untuk kakaknya.Penulis tak pandai nak cerita lebih tapi semua boleh menonton di TV9 Isnin hingga Jumaat 5.30 petang.(promote lak..tak sangka layan juga penulis dengan cerita jiwang ni.hehe)

Bukan tentang cerita ini yang penulis ingin promosikan tetapi tentang erti sebuah pengorbanan.Kalau dilihat dari cerita ini Madina sanggup mengorbankan cintanya dengan hasrat untuk mendapat redha Allah dan Aqso juga berkorban rasa cintanya demi melihat balu abangnya bahagia.Hmm persoalan betulkah berkorban untuk cinta itu tulus.Sering dengar ungkapan 'Berkorban Demi Cinta'

Sahabat sekalian.Tidakkah kita sanggup berkorban rasa cinta kita kepada dunia demi redha allah semata.Tidakkah Allah mengkhabarkan tentang perniagaan yang paling baik di sisi Allah seperti maksud ayat di bawah
"Hai orang beriman mahukah aku tunjukkan kepadamu perniagaan yang dapat menjauhkanmu dari azab.Iatu beriman kepada Allah dan Rasul serta berjuang di jalannya dengan diri dan harta kamu..

Jika kita renung sebenarnya berkorban demi cinta itu bukan pengorbanan yang paling tulus tetapi pengorbanan paling tulus adalah mengorbankan diri dan harta untuk jalan Allah.Abdul Rahman bin Auf dan Usman Affan antara sahabat yang sanggup menginfakkan hartanya untuk Islam.Ramai lagi pengorbanan para sahabat bagi menegakkan kalimah Allah di bumi ini.Persoalan sanggupkah kita mengorbankan benda yang paling kita sayang?Sanggupkah kita menginfakkan harta untuk perjuangan Islam?Sanggupkah sahabat?

Sengaja penulis memetik kisah dari sinetron Indonesia ini sebab penulis tertarik dengan pengorbanan cinta Madina semata mahu mendapat redha Allah dan melihat kakaknya bahagia walaupun sebenar kisahnya ada sedikit tak kena dari segi islamiknya walaupun dipromosikan sebagai cerita Islamik.Macam kisah 'Ayat-ayat cinta" juga bila masuk wayang hilang Islamiknya.Bukan penulis mahu mempromosi cinta pada sahabat tetapi mesej pengorbanan untuk perjuangan islam yang ingin penulis lontarkan.

Sahabat cukup mudah penulis cakap tentang pengorbanan tetapi sebenar berat untuk kita korbankan sesuatu yang kita cukup sayang.Kita perlu korbankan perasaan serta nafsu untuk perjuangan ini.Nafsu malas,suka lagho dan keseronokan diri perlu dikorbankan untuk kemenangan Islam.Jangan dinilai pengorbanan itu pada harta semata tetapi pengorbanan untuk menyekat nafsu dan perasaan paling penting.Rasa malas atau putus asa untuk berjuang perlu 'dikorbankan'.

Sahabat cinta itu memang fitrah dan semua mahu mencinta dan dicintai tapi semua ini perlu kita 'korbankan' demi kemenangan Islam.Gantikan perkataan yang sering dimomokkan kepada kita 'Berkorban demi Cinta' kepada 'Berkorban demi Islam'!!!!!!


Tolonglah Fahami Nasib Guru Sekolah Agama Rakyat


Salam.setelah aku menjadi guru sementara kafa ni baru aku faham nasib sekolah kafa ni atau orang kampung panggil sekolah agama rakyat.kalo aku mahu gaji banyak RM700 or paling kurang RM500 boleh sangat aku minta kerja lain ni.Orang lain sementara cuti ni dorang kerja gaji punya paling kurang 500 tapi aku..aku cuma dibayar tak sampai 100 sebulan pun.tapi mengapa akau tetap memilih kerja ini.kalau ikut banyak lagi kerja seperti cashier pasaraya,assistant sales,cuci kereta dan banyak lagi yang aku boleh mohon.

Puncanya sebab aku mahu berbakti pada anak-anak kecil ini.mahu ajar mereka tentang al-quran,jawi serta perkara asas fardu ain.Biarla ciput pun aku dibayar tapi aku yakin ini merupakan amal soleh yang boleh aku buat.Aku tak kisah sama ada dibayar sedikit atau banyak malah aku boleh terima kalau tak dibayar pun.biarla bakti pada anak-nanak kecil ini lagi penting.Pahala?Itu urusan Allah sebab aku sangat takut sebab bila tak ikhlas buat kerja ini bukan boleh pahala...lagipun aku akui kadang datang godaan supaya aku kerja lain yang gaji lagi besar dan kadang rasa malas untuk mengajar anak-anak kecil ini..tapi bila aku lihat merekalah bakal memimpin negara aku perlu berbakti pada masyarakat biarpun aku cuma dibayar tak sampai 100 sebulan pun..aku tak peduli tentang itu..yang penting amal soleh lagi penting..

Itu aku yang hanya sebagai guru sementara.Sahabat silalah dalami kehidupan seorang guru agama 'KAFA' (kelas asas fardhu ain)... kalau org kampung biasa sebut cikgu sekolah rakyat...sekolah kafa aku mengajar ni boleh dikategori sebagai dhaif dan hanya mengharapkan bantuan ihsan orang kampung sahaja


Waktu bertugas : 2.30 - 5.30 ptg


Tanggungjawab : menjaga / mengawasi / mengajar 1 kelas seramai +- 30 - 40 orgpelajar


Hari bertugas : isnin - jumaat


gaji : rm288(utk tetap)ni utk sekolah aku mengajarla yg lain x pasti

macam aku sementara x sampai seratus pun(aku x dpt nilai sebenar sebab aku x pernah tanya soal bayaran pun dan awal lagi pengetua cakap kat akau gaji aku x sampai 100 pun)


elaun : tiada


insentif : tiada


epf / socso : tidak pasti


tarikh gaji bulanan : tidak tentu ( kadang2 sampai 5 bulan gaji x dapat)


itula serba sedikit tentang insan2 istimewa ini... aku bercakap bukan utk suka2... bukan apa,bila mengajar kafa ni baru aku tahu nasib sebenar sekolah agama rakyat ni... aku betul2 geram dgn senario yg insan2 ini lalui hari... kebajikan x terjaga, tp hasil nk tip top... lancau ape mcm tuh... aku bercakap keras kali ini, bukan ape kerana aku rasa aku di pihak yg benar.... kalo bole aku nk satu malaysia tahu... bahawa malaysia yg sedang dalam proses pemikiran islam hadhari nya(najib teruskan lagi ke Islam hadhari??)... tp cukup ambik mudah pasal sekolah agama rakyat...


islam hadhari konon... x payah la semua benda tu kalo basic pun x kukuh... berapa lama masa untuk pendidikan islam d sekolah2 d ajar... x lebih dr 3 jam seminggu... kemudian...??? bagi yg dh biasa, sekolah agama rakyat tempat utk menyambung pengajian agama ... walaupun apa yg d ajar mungkin sgt biasa bg org2 tertentu... tp apa yg aku nmpak kesan nya cukup besar... ramai yg x bole baca jawi, insyaallah bole lepas ke sekolh rakyat... mcm2 lagi la, kalo nk story kt sini pjg sgt... nk arap mak bapak kt umah, haram... jgn bohong la, kalau ade yg kate boleh mengajar anak2 nya sebaik cikgu2 sekolah agama rakyat ni...


tp apa yg insan2 istimewa ni dpt... ni ada seorang guru kafa tempat aku mengajar ni luah kat aku masa dia mengadu nasib mereka dan mahu minta bantuan dari pejabar agama.ini alasan pihak agama "kami x leh buat ape2, semua org atas nyer kuasa....", pegi mampusla ngan org atas... dia ape tau, dh duduk kt atas mn nk nmpk org kt bwh ni...


cuba bayangkn... tiap kali PTA (pegawai tadbir agama) dtg ke sekolah agama ni, mesti ade ustaz2 atau ustazah2 yg kene sembur... budk x leh baca jawi la, x reti baca quran la... mcm2 lg la... tp apa yg dia tau... semua benda nk grand , nk tip - top... tp kebajikan haram...pengetua sekolah kafa aku ajar ni i, dh 30 tahun jd ustaz sekolah rakyat...umur dia 60 lebih dah dah patut pencen dah pun apa yg dia dpt... aku bohong la kalau kata dia xdpt apa2...tapi aku tengok dia hanya pakai kereta buruk yg entah dari zaman merdeka lagi aku rasa... tp cuba bayangkn dah lebih 30 tahun mengajar, gaji tetap mcm tu lagi... semua kursus kene pergi, tp belanja sendiri tanggung... duit sekolah x cukup, duit poket sendiri kene keluar... sekolah bocor, banjir, semak samun, maintenance... sendiri tanggung... hah, mcm tu ke caranya???


please la kpd saper2 yg ade kuasa... tlg la ubah benda ni... ni bukan benda baru.. aku rasa dh makan masa 20 tahun... ni semua angkara org tua tamak kuasa (aku x nk sebut sape, tp paham2 je la)... dulu ok la jugak, tp lepas semua sekolah agama dia kata menentang kerajaan... lagi teruk jadi nya...


sebelum ni dulu kecoh pasal sekolah agama rakyat ni dulu..kata kerajaan nak ambik alih pulih tapi sekarang...kesian aku tengok Ustaz dan ustazah sekolah aku mengajar ni..ada sorg ust tu yg baru 1tahun mengajar nak tukar dah kerja lain yg boleh tampung kehidupan dia..jangan salahkan dia..nak harap gaji sekolah kafa mana cukup bagi makan isteri dan anak woii

barulah aku faham perasaan seorang guru agama rakyat(kafa)..dorg gigih mengajar budak-budak kenal Al-Quran dan jawi biarpun duit mereka dapat hanya ciput.Moga Allah berkati guru-guru sekolah agama rakyat ni.

Mewaspadai Fitnah Harta



Rosululloh SAW tidak lebih khawatir dengan ujian kenestapaan, kemiskinan, kekurangan dana. Tetapi ancaman Sukses Duniawi


Rasulullah saw. bersabda, “Aku tidak khawatir kalian miskin, tetapi aku khawatir (kalian mendapatkan) dunia (lalu) kalian bersaing dalam urusan dunia itu.” (HR. Ahmad)

Begitulah Rasulullah saw. memperingatkan umatnya. Beliau menyampaikan kekhawatirannya tentang nasib umatnya sepeninggal beliau. Ternyata beliau tidak lebih khawatir dengan ujian dalam bentuk kenestapaan, kemiskinan, kekurangan dana. Yang lebih beliau khawatirkan justru manakala umat Islam diuji dengan sukses duniawi. Memang, kita sering kali kurang sadar bahwa sesungguhnya kebahagian, keberuntungan, keberhasilan, dan segala kebaikan adalah ujian dari Allah swt.

Acapkali kita sadar sedang diuji manakala ujian yang datang berupa kenestapaan dan kepedihan. Padahal Allah swt. menegaskan, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” [QS. Al-Anbiya (21): 35]

Pejuang yang sukses bukanlah pejuang yang hanya bertahan dan istiqamah di saat mendapat terpaan badai dan hantaman ombak. Pejuang yang sukses adalah juga mampu istiqamah di saat mendapat tiupan angin sepoi-sepoi dan kucuran madu. Ada banyak perilaku buruk yang mungkin muncul saat datang ujian yang membahagiakan, bila para pejuang nihil atau kurang kesiapan mental (ma’nawiyyah) untuk menghadapinya. Di antara perilaku-perilaku yang menunjukkan ketidaktahanan mental itu adalah:

Pertama, merasa paling berhak memperoleh keuntungan materi karena merasa paling berjasa. Ujian ini pernah dialami oleh para sahabat yang mulia. ‘Ubadah, salah seorang sahabat Rasulullah saw., menceritakan bahwa surah Al-Anfal turun sebagai arahan kepada para sahabat terkait dengan harta rampasan perang. Saat ditanya tentang turunnya surah tersebut, ‘Ubadah menjelaskan, “Surah itu turun berkenaan dengan kami, saat kami berselisih paham tentang (pembagian) harta rampasan perang dan akhlak kami menjadi buruk. Maka Allah mencabutnya dari tangan kami dan menyerahkannya kepada Rasulullah saw. Lalu beliau membagi-bagikannya di kalangan kaum Muslimin secara merata.” (HR. Ahmad)

Lebih jelas tentang dinamika sebagian sahabat terkait dengan ghanimah itu dijelaskan dalam hadits lain, juga dari ‘Ubadah. Beliau mengatakan, “Kami keluar bersama Rasulullah saw. (menuju Badar) dan aku turut serta dalam itu. Kedua pasukan pun bertemu (bertempur) lalu Allah mengalahkan musuh. Sebagian kaum Muslimin mengejar musuh, mengalahkan dan membunuhi mereka. Sekelompok lain menuju tumpukan ghanimah menghimpun dan mengumpulkannya. Dan sebagian lain melindungi Rasulullah saw. dari serangan musuh. Ketika malam tiba dan sebagian orang bergabung dengan sebagian lain, orang yang mengumpulkan ghanimah mengatakan, ‘Kamilah yang mengumpulkan dan menampung ghanimah. Jadi, tidak ada orang yang berhak selain kami.’ Orang yang mengejar musuh mengatakan, ‘Kalian tidak lebih berhak dari kami karena kamilah yang mengejar musuh dan mengalahkannya.’ Dan orang yang melindungi Rasulullah saw. mengatakan, ‘Kami takut musuh menyerah Rasulullah saw. secara tiba-tiba. Makanya kami sibuk mengamankan beliau.’ Maka turunlah surah Al-Anfal.” (HR. Ahmad). Mereka akhirnya menyadari kesalahan mereka dan kembali kepada ketaatan kepada Rasulullah saw. Tentu saja kejadian itu sendiri memang untuk menjadi pelajaran bagi kaum Muslimin sesudahnya.

Kedua, muncul kecemburuan dari orang yang tidak memperoleh keuntungan material dan tidak mendapatkan ‘kue’ hasil perjuangan. Kemenangan bila sudah mewujud dalam bentuk materi memang berpotensi memunculkan rasa cemburu. Jika rasa cemburu tidak teratasi tidak mustahil berubah menjadi iri dengki. Dan jika sudah menjadi iri dengki tentu saja ini ‘lampu merah’ alias tanda bahaya bagi sebuah perjuangan. Ketika perjuangan belum mendapatkan fasilitas duniawi, ia tidak punya beban kecemburuan dan iri dengki. Karena memang tidak ada yang dapat diperebutkan. Akan tetapi ketika ada serpihan-serpihan dunia yang bisa diraba, dirasakan, dan dinikmati, setan akan hadir untuk membelokkan orientasi perjuangan.

Qiyadah (pimpinan) dakwah juga akan diuji kebijakan, konsistensi, dan kepiawaiannya dalam mengambil keputusan-keputusan yang beresiko menyebabkan seseorang atau sejumlah orang tidak kebagian serpihan dunia tadi. Dan di lain pihak, prajurit dakwah juga diuji dalam hal tsiqah (kepercayaan) kepada qiyadah yang telah mengambil keputusan dalam rangka maslahat yang besar namun tidak sepenuhnya dipahami oleh para prajurit. Peristiwa pembagian ghanimah Hunain telah memberi pelajaran penting untuk kita. Dengan pertimbangan kemaslahatan dakwah, Rasulullah saw. memprioritaskan para thulaqa (orang-orang yang baru masuk Islam dan dibebaskan dari pembalasan atas kesalahan mereka) dalam pembagian ghanimah. Sedangkan kaum Anshar tidak mendapatkan sedikit pun. Kecemburuan muncul karena kaum Anshar belum memahami maslahat dakwah yang dituju oleh Rasulullah saw. dengan cara seperti itu. Pada akhirnya mereka menerima dengan puas keputusan Rasulullah saw. setelah memahami berbagai konsiderannya.

Meskipun tentu saja pada akhirnya pengelolaan suasana seperti ini (kecemburuan) tidak dalam semua dapat melulu mengandalkan ke-tsiqah-an. Kerap kali kita berhadapan dengan kasus-kasus yang sarat muatan sisi-sisi manusiawi yang harus dijembatani dengan penyelesaian yang pragmatis. Ini juga punya landasannya dalam Al-Quran, “Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.” [QS. Al-Hasyr (59): 7]

Ketiga, terjadi pengkhianatan terhadap amanah dan prinsip-prinsip perjuangan. Tidak kurang-kurang contoh di alam kehidupan luas yang membuktikan bahwa godaan jabatan dan kekayaan memang sangat efektif membelokkan arah perjuangan. Kita kenal orang-orang yang semula berada dalam organisasi yang memiliki idealisme tinggi. Akan tetapi tidak ada yang tersisa dari idelaisme itu selain catatan sejarah yang mulai kusam. Pantas Allah swt. mengingatkan kita dengan sangat keras, “Dan ingatlah (hai para muhajirin), ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di bumi (Mekah), kamu takut orang-orang (Mekah) akan menculik kamu, maka Allah memberi kamu tempat menetap (Madinah) dan dijadikan-Nya kamu kuat dengan pertolonganNya dan diberi-Nya kamu rezki dari yang baik-baik agar kamu bersyukur. Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanya sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” [QS. Al-Anfaal (8): 26-28]

“Alur cerita” yang dapat kita tarik dari ketiga ayat di atas adalah: perjuangan Islam biasa bermula dari dukungan segelintir orang yang tidak lepas dari rasa takut akan intimidasi dan sambaran orang-orang yang merintanginya. Lalu Allah memberikan naungan atau perlindungan yang karenanya dakwah bisa dilakukan secara lebih leluasa dan terbuka. Ini membuahkan kemenangan dan dukungan yang lebih kuat terhadap perjuangan. Kondisi ini membuka banyak peluang rezeki. Bahkan begitu mudahnya. Namun Allah ingatkan bahwa rezeki hak kaum Muslimin hanyalah yang thayyibat. Namun yang thayyibat itu pun –apa lagi yang khabitsat, busuk atau haram– berpotensi menggoda pejuang untuk berkhianat, baik kepada Allah, Rasulullah saw., atau khianat terhadap amanah yang diembankan kepadanya. Karenanya diingatkan pula bahwa harta dan keturunan adalah batu ujian dan bukan pahala dari perjuangan.

Inikah Kabinet Rakyat?????

Tepat jam 8 malam tadi penulis menunggu di sofa empuk bagi mendengar berita dari stesen propaganda Umno TV3 berkenaan pembentukan kabinet baru.Walaupun televisyen menyiarkan secara langsung tetapi penulis tak berkesempatan menonton kerana menjalankan tugas sebagai guru sementara Kafa petang tadi.rasa meluat bila media propaganda Bn ini memuji kabinet baru Najib ini.'Kabinet Rakyat" dan macam lagi pujian dilambung untuk membodek Perdana Menteri ke-6 ini.Persoalan benarkah ini kabinet rakyat.Fakta berikut menjelaskan

1.Macam ada rasa sangsi atau kepercayaan yang tidak bulat oleh Najib terhadap orang nombor duanya. Meskipun menepati ramalan meletakkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, tidak ramai menyangka orang nombor dua itu akan diberikan tugas di Kementerian Pelajaran. Sudah lama kementerian itu tidak dipegang Timbalan Perdana Menteri.

Orang nombor dua selalunya diberikan peranan paling mencabar. Kementerian yang lebih dianggap kanan, strategik dan berkuasa ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.

Bukankah di situ duduknya Najib selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini? Bukankah di beberapa kementerian itu juga Abdullah selaku orang nombor dua diletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad?

Najib memilih sepupunya, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Setiausaha Politiknya, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai Kementerian Pertahanan. Apakah dua pemimpin ini sebenarnya yang lebih dipercayai Najib berbanding Muhyiddin?

2.Najib tidak dapat mengelak daripada melantik pemimpin yang sudah ditolak rakyat. Ia bagaikan mengulangi tabiat Abdullah yang sebelum ini dikritik dan dikecam pelbagai pihak.

Antara pemimpin tersebut ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato' Dr Awang Adek Hussein (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Apakah ini menggambarkan pengakuan bahawa dari lebih 100 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih ada, tidak ada yang mempunyai wibawa dan keupayaan untuk mengisi jawatan Kabinet, sehingga memaksa dilantik mereka yang bukan Ahli Parlimen?

3.Najib turut melantik pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti, sekaligus membelakangkan mereka yang dipersetujui ahli-ahli akar umbi parti mereka sendiri. Mereka ialah Dato' Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan) dan Dato' Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

4.Tindakan nekad Najib melantik Mukhriz ke dalam Kabinetnya mengundang tafsiran betapa beliau berhasrat membalas jasa Mahathir. Ataukah beliau sebenarnya tunduk kepada saranan dan nasihat bekas Perdana Menteri itu dalam mencaturkan Kabinetnya?

5. Ketiadaan nama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut mengundang pelbagai andaian. Selain sama taraf dengan naib presiden dalam parti, Khairy juga ada tiket selaku Ahli Parlimen Rembau.

Ketiadaan namanya dalam senarai Kabinet dikaitkan dengan penyiasatan semula Lembaga Disiplin Umno berkaitan amalan politik wang dalam pemilihan Umno baru-baru ini. Desas-desus bertiup kencang kononnya Khairy bakal berhadapan tindakan tegas partinya, termasuk kehilangan jawatan yang baru dimenanginya itu.

Walaubagaimanapun terdapat perkara positif juga dalam pembentukan kabinet najib ini

1.PengguguranTan sri Muhammad Taib.Tindakan ini dilihat bijak kerana jika Tan sri Muhammad terus berada dalam kabinet kemungkinan beliau akan terus mencabar muhyiddin dalam pemilihan akan datang yang memungkinkan berlaku perpecahan dalam Umno seperti krisis 1989.

Terdapat spekulasi bahawa Muhammad dan Ali Rustam mungkin akan berpakat untuk merebut jawatan Presiden dan timbalan Presiden untuk pemilihan akan datang.Muhammad telah disingkirkan Najib tetapi bagaimana dengan ali Rustam.Ali Rustam dilihat cukup popular di kalangan perwakilan semasa perhimpunan lepas hingga menggugat Muhyiddin ketika itu.Kedengaran juga Ali Rustam tidak mempunyai pemimpin pelapis untuk jawatan Ketua Menteri Melaka jadi sukar untuk Najib menyingkir Ali Rustam begitu sahaja.

Tidak mustahil Ali akan mencabar Muhyiddin bagi jawatan nombor 2 parti tersebut seperti berlaku pada Tengku Razaleigh yang mencabar Tan Sri Musa Hitam pada awal Mahathir menjadi Perdana Menteri.Terdapat spekulasi yang mengatakan Musa Hitam ketika itu ada mengutus surat kepada Mahathir untuk menyingkirkan Tengku Razaleigh dari barisan kabinet tetapi mahathir tidak menyingkirkan ahli parlimen Gua Musang itu.Jadi kita sama-sama lihat apa akan berlaku

2.Kelihatan Najib mahu membalas jasa Sabah yang menyelamatkan BN pada pilihanraya lepas.Parti kompenan dari Sabah mendapat tambahan satu menteri begitu juga dengan MCA dan Gerakan

Penulis percaya sahabat seperjuangan pasti mempunyai pandangan tersendiri berkenaan kabinet baru ini.Yang jelas terdapat bayangan Mahathir dalam pembentukan kabinet ini.Apa komen anda.Betulkah ini Kabinet Rakyat????????







Kupasan buku:Jalan Dakwah; Antara Keaslian dan Penyelewengan.

Salam.izinkan penulis mengupas sedikit berkenaan buku yang baru penulis baca tadi.

Bahawa serendah-rendah peringkat pelaksaan ukhwah itu ialah saling berlapang dada, dan kemuncaknya adalah Itsar. -Asy-Syahid Imam Hassan Al Banna.

Perkara pertama yang diutarakan oleh Mustapha Mahsyur dalam buku ini merupakan persoalan matlamat dan sasaran. Matlamat sebenar seseorang muslim itu ialah mengagungkan kalimah 'La ilaha illAllah' dengan berpegang kepada 4 prinsip asas seorang pejuang Islam iaitu Allah tuhan kami, Al-Qur'an pegangan kami, Jihad jalan kami, dan syahid cita-cita kami. Seorang muslim mukmin yang berjuang mestilah bersih hatinya dari penyakit-penyakit hati yang berupaya melemahkan semangat mereka. Kisah tukang-tukang sihir Firuan yang telah setia kepada Islam selepas mereka beriman membuktikan seorang mukmin perlu mempunyai akidah yang benar di samping keyakinan yang mantap dari ilmu yang benar.
Sasaran sebenar jalan dakwah ialah untuk membebaskan watan Ilsami dari sebrang bentuk penjajahan dan menegakkan daulah Islamiyyah . Daulah Islamiyyah adlah lengkap apabila hokum-hukum Islam telah dijalankan secara meyeluruh di sesebuah negara itu. Antara penyelewengan secara individu ialah merasakan cukup dengan pencapaian dakwah yang tidak seberapa dan secara amnya ialah apabila hukum-hukum Ialam itu hanya dilaksanakan pada satu-satunegeri sahaja.
Bab kedua telah menghuraikan masalah penglibatan dalam jemaah. Perkara pertama yang harus dijelaskan pada para duat ialah tentang kefahaman sepertimana yang telah digariskan dalam rukun baiah. Perkara kedua ialah tentang sikap bermudah-mudahan dengan mengurangkan tugas jemaah dan amal jamai'e. Terdapat banyak pertubuhan -pertubuhan Islam yang tidak bersatu terutamanya dari segi methodnya maka seseorang harus memlilih jemaah yang mempunyai prinsip-prinsip berikut iaitu adanya manhaj kerja untuk menegakkan daulah Islamiyyah, kefahaman matlamat, visi dan misi yang jelas.Antara bentuk penyelewengan yang lain ialah terdapatnya puak puak kecil di dalam jemaah. Selain itu, terdapat lebih banyak hubungan peribadi daripada hubungan jemaah juga boleh membantutkan kesatuan dalam berjemaah..Sengaja membangkitkan pertelagahan,membebaskan diri daripada baiah, tidak menunaikan rukun baiah, bangga dengan nama jemaah juga menrupakapenyelewengan yang harus ditangani supaya ia tidak berakar di dalam sesebuah kesatuan.
Seterusnya saya akan menyenaraikan secara point untuk menyesuaikan dengan teksnya yang berfakta dan ringkas supaya lebih mudah difahami.

Penyelewengan kefahaman.
· Menyalahi usul 20. Contoh yang berlaku pada tahanan-tahanan yang disiksa kerana terlalu tersiksa menyebabkan iman mereka tergugat sekaligus menyeleweng dari garis panduan jalan dakwah.
· Mengurangkan nilai sunnah nabawiyyah kerana ingin disesuaikan dengan zaman baru. Sebab untuk mengurangkannya adalah alasan semata-mata.
· Membenarkan masalah juz'iyy daripada masalah kulliyy.
· Berseparuh dalam pegangan agama. Sebagai contoh, seseorang yang hanya menitikberatkan soal soal ibadah tetapi tidak kepada tuntutan jihad.


Penyelewengan Gerak Kerja dan Jalannya.
Mengikut cara parti-parti berpolitik yang terseleweng niatnya.. Kata Mustafa Mahsyur, kita bukannya suara-suara dalam pilihanraya tetapi kia mahukan orang-oarang mahu berikan diri dan harta mereka pada jalan Allah.
Tidak mengutamakan unsur pendidikan.
Kecuaian di dalam penyatuan.
Kecuaian mematuhi masalah syarat berjemaah.
Tidak jelas kefahaman dalam jihad.
Mempunyai semangat kenegerian.
Terpengaruh dengan ideologi manusia yang tidak munasabah untuk berada di jalan dakwah.
Mendedahkan jemaah kepada kongkongan orang luar.
Penyertaan dalam pemerintahan yang tidak menjalankan undang-undang Islam.
Sikap setiakawan yang melanggar prinsip-prinsip jemaah.
Mengenepikan prinsip syura dan nasihat.
Banyak bertengkar dan sedikit bekerja.
Tiada garis panduan perjalanan.
Cenderung kepada masalah tepian.
Menarik diri dari orang Islam.

Antara Kepercayaan dan Keraguan
· Kepercayaan terhadap rukun baiah.
· Lebih baik mendapat fitnah manusia daripada mendapat azab Allah.

Di Sekitar Ujian dan Dugaan

Tidak berputus asa sebelum menghadapi ujian.
Tidak menyingkirkan orang yang tidak sanggup menahan siksaan.
Tidak menjadikan ujian sebagai harapan.
Tidak mengenepikan hikmah di sebalik ujian.
Ujian bukanlah hukuman untuk kesalahan.
Terlalu memikirkan ujian akan melemahkan semangat.
Ujian adalah sunnatullah.
Dalil-dalil:
-Peristiwa yang berlaku kepada Khabbab Al-A'rat
-Kisah Yasir
-Surah Al Ankabut: 2-3
-Surah Al-Baqarah:214
-Surah Ali Imran: 179
-Al-An'am:34

Apa guna jadi ahli gerakan??

Salam buat para pengunjung yg sudi melawat blog dari hamba yang hina ini.setelah penulis lebih banyak menyentuh tentang emosi diri penulis dalam tulisan serta mencuba mengarang sajak kali ini penulis cuba bawa tajuk yang sangat berat sebenarnya tapi berkait sedikit banyak pada penulis juga sebenarnya.Sudah tentu matlamat sebuah jemaah itu selain pengkaderan adalah berdakwah.Dakwah kita adalah menyeru manusia kepada pencipta yang Maha Agung bertepatan dengan maksud firman Allah ini:
"Katakan sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah kepada allah secara ikhlas dan diperintahkan menjad orang Muslim pertama"

Menyingkap sejarah tertubuhnya ikhwan Muslimin as-syahid imam Hassan Al-Banna telah menyebut bahawa dakwah mereka hanyalah islam bukannya ideologo-ideologi yang bercanggah dengan syariat Islam.Beliau telah memperkenalkan tuntutan utama dakwah ialah menegakkan Khilafah islamiyah.Penulis sering teringat setiap kali dalam liqo atau usrah sering dimomokkan 'Kita adalah manusia bertuah dapat bersama dalam jemaah" serta statement 'kita adalah mata-mata rantai pefrjuangan Rasulluah.bagi penulis bukan istimewa sangat menjadi ahli jemaah kalau still kurang thaqafah dan tarbiah dan paling penting perANAN AHLI UNTUK MENGGERAKKAN DAKWAH DI KAMPUS.

Kadang-kadang penulis rasakan kita lebih utamakan kuasa dari dakwah.Memang matlamat kita dengan memegang kuasa tersebut dakwah dapat disebarkan tapi janganlah dakwah itu hanya disebabkan post sebagai proksi sebagai contoh atau keduniaan semata.Mustafa Masyur ada menyebut dalam bukunya 'Jalan Dakwah antara Keaslian dan Kepalsuan' bahawa penyelewengan terbesar adalah penyelewengan matlamat itu sendiri.Kita lihat beliau mendahului penyelengan matlamat itu dulu berbanding penyelewengan-penyelewengan yang lain dan ini menunjukkah penyelewengan matlamat adalah paling besar antara banyak-banyak penyelewengan.Realtinya banyak antara kita yang matlamatnya menyertai jemaah lari dari matlamat sebenar.Matlamat utama kita adalah menuju mardhatillah.Malah jika anda berniat masuk jemaah untuk tujuan perbaiki diri pun ia lari dari matlamat sebenar.Jemaah bukan tempat untuk anda perbaiki diri dengan mengharapkan sesuatu manfaat dari jemaah sebaliknya kita yang patut memberi sesuatu pada jemaah.

Satu fenomena paling bahaya ialah futurnya kita dalam jalan dakwah setelah keluar dari alam kampus.Antara topik yang kita selalu bincangkan dalam usrah ialah 'Golongan tercicir dari Jalan Dakwah' tapi secara sedar sebenarnya ia terkena hidung sendiri sebenar.Penulis percaya sahabat semua sudah habis khatam baca buku ini yang ada dikarang khas untuk mengupas isu ini.Malah Tok Guru Haji Hadi tak menjamin beliau akan teryus istiqamah dalam jalan ini.Itu pemimpin tertinggi kita tapi kita ni yang cuma hebat di kampus ni tapi belum lagi turun pada masyarakat.

Memang dakwah pada masyarakat sangat sukar.Jangan bercakap tentang dakwah dengan masyarakat kiranya pada keluarga pun kita gagal.Bagi keluarga yang memang fikrah perjuangan tiada masalah, tetapi bagi penulis yang latar belakang keluarga memang dari parti Nasionalis yang lambangnya keris tu sangat sukar bagi penulis.Kadang kala penulis tak tahu apa nak buat pada kedua abang penulis.Kedua-dua tak habis-habis dengan awek masing-masing..yang seorang itu pula cukup liat untuk solat.Ah..ibarat membuka pekung di dada sahaja penulis ini.Memang jika diungkap sirah para nabi pun payah sebenar dakwah pada keluarga.Nabi Nuh sebagai contoh gagal berdakwah pada isteri dan anaknya sendiri sehingga mahu diajak naik bahtera pun ditolak pelawaan ketika peristiwa banjir besar.

Di sini penulis lihat masyarakat memerlukan kita.berapa ramai ahli jemaah yang betul dapat turun pada masyarakat?Kita duduk sibuk meningkatkan kuantiti ahli di setiap kampus tetapi hakikatnya ahli yang ada banyaknya adalah sampah yang gagal menyumbang pada jemaah apa lagi pada masyarakat.Mungkin kasar penyataan ini.Tetapi inilah penyelewengan kita dalam jalan dakwah ini kerana kita pentingkan kuantiti lebiih dari kualiti.Kita mahu dikenalai sebagai batch yang dapat meramaikan bilangan ahli atau sebagai batch ahli teramai tapi di mana kualiti yang kita dapat.adakah kualiti seperti Salahudiin Ayub yang hebat berpidato,atau Ustaz Idris Ahnad yang gemilang ketika zaman kampusnya atau yang paling dekat Ust Dzulkhairi yang pemikirannya sangat kreatis malah kadang-kadang kontroversi.Mana kualiti ahli kita?Mana????

Sahabat apa guna kita jadi ahli gerakan andai maksiat terus berleluasa?Apa guna jadi ahli gerakan yang di kampus sahaja hebat tetapi gagal dengan masyarakat?Apa guna jadi ahli gerakan andai futur di tengah jalan?Apa guna jadi ahli gerakan jika kita hanya pentingkan matlamat dunia jauh dari matlamat sebenar?Banyak persoalan yang ingin penulis lontarkan.Penulis sengaja melontar kritikan begini tetapi kritikan ini lebih dituju pada penulis sendiri kerana gagal dalam dakwah kepada keluarga penulis sendiri.Penulis sering terfikir 'Apa guna aku jadi ahli gerakan? ?????????

Kisah Cinta seorang pemuda dan wanita

Ketika pemuda itu hampir terjerumus,
Ke lembah yang hina,
Tiba-tiba datang seorang wanita bagaikan bidadari
Datang menyelamatkannya,
Baru dia sedar sebenarnya,
Dia mennyayangi wanita tersebut.

Tatkala itu,
Kerana sebuah cinta yang suci,
Pemuda itu terus mengikat wanita itu dengan satu ikatan
Tapi bukan ikatan perkahwinan lagi,
Hanya sekadar ikatan perjanjian untuk bersama mendirikan,
Sebuah baitu muslim yang diredhai Allah

Si pemuda begitu menyayangi si wanita,
Begitu juga si wanita,
Namun mereka terleka seketika,
Walaupun mereka secara realiti tidak pernah melampui batas,
Tetapi di alam maya mereka telah terlebih,
Seolah ikatan perjanjian itu menghalalkan segalanya.

Tapi alhamdulilah
Mereka sedar kesilapan mereka itu,
Lalu tidak timbul lagi perkara demikian,
Namun satu kesilapan besar si pemuda
Dia terlalu mendesak si wanita
Si wanita itu banyak memendam perasaan atas tindakannya
Bagi si pemuda wanita itu akan miliknya selamanya
Serta akan terus menyayanginya

Kerana ego si pemuda,
Kerana dia terlupa siapa pemilik kasih Sayang
Siapa yang menghadiahkan nikmat kasih sayang antara mereka berdua
Ditakdirkan Allah menarik nikmat kasih sayang itu
Dari hati si wanita

Si wanita terus tertekan
Terus berendam mata
Dia cuba menafikan apa yang berlaku padanya
Si pemuda terus mendesak
Akhirnya baru pemuda itu sedar
Nikmat kasih sayang dari wanita itu telah hilang
Atas kesilapan dan dosanya
Atas sikapnya selama ini

Si pemuda semakin derita
kerna dia menyayangi si wanita separuh nyawanya
kerna dia betul mahu si wanita menjadi permaisuri hidupnya
Kerna dia betul ikhlas menyayangi si wanita
Namun apa yang perlu dilakukannya lagi
Semua kerana kesilapannya sendiri

Dapatkah si pemuda mendapatkan nikmat yang hilang itu,
Bukankah mereka berdua sudah mengikat ikatan perjanjian
Bukankah mereka berdua benar menyayangi satu sama lain
Apakah si pemuda dapat teruskan hidupnya
Dapatkah si wanita juga meneruskan hidup
Tatkala ini semua berlaku

Doakanlah sekiranya mereka benar ikhlas bersama membina keluarga muslim
Sekiranya benar si pemuda itu benar ikhlas terhadap si wanita
InsyaAllah pasti ada jodoh antara mereka
Pasti akan dikembalikan nikmat kasih sayang kepada si wanita
Pasti mereka akan bersatu juga
Yang paling penting
Mereka perlu kembali
Kembali kepada pemilik kasih sayang

Ulasan

Sengaja penulis menulis sajak ini.Rasa nak mengarang sajak lak,hehe.Kita tidak tahu adakah kisah di atas hanya sekadar imaginasi penulis.Mungkin tapi mana tahu ia benar terjadi dalam hidup sebenar.Jika diteliti seolah kisah ini hanya berlaku pada cerita novel atau drama sahaja.Persoalan pernahkah kita bersyukur atas nikmat kasih sayang yang diberikan Allah.Jangan bila telah hilang nikmat itu barulah diri menderita seperti terjadi pada pemuda di atas

Analoginya begini,si A yang dulunya bergitu minat mengumpul setem seteklah berapa ketika akan hilang rasa suka tersebut.begitu juga si B yang semasa zaman cinta monyetnya begitu menyayangi seorang wanita tetapi setelah masa berlalu dan diri telah matang tiada lagi rasa suka tersebut.Persoalan adakah ukhwah Islamiah yang kita berlegar-legar menyebutnya akan jadi begutu juga.Pudar rasa kasih itu.Mana tahu orang yang kita sayang pada hari ini akan jadi orang yang dibenci kita pada hari esok

Doakanlah kasih kita kepada sahabat tidak jadi begitu.Begitu juga kasih kita pada keluarga kita serta kasih seorang suami terhadap isterinya.Ingatlah yang memiliki kasih sayang itu hanyalah Allah pencipta maha agung.Dalam kisah yang digambarkan penulis memang si pemuda begitu ikhlas menyayangi si wanita tetapi beliau terlalu angkuh dan lupa sapa pemilik nikmat kasih sayang itu.Akhirnya si pemuda itu sendiri yang menderita.sahabat sekalian..hargailah kasih sayang kita kepada orang sekeliling..Jangan bila mereka pergi meninggalkan kita baru kita sedar betapa kita perlukan kasih sayang mereka
p/s pasni penulis nak buat novel lak.hehe


Kerana sucinya anak-anak kecil ini dari dosa...


Salam buat sahabat yang sudi baca coretan dari hamba yang hina ini.Hari ni aku mampu tersenyum kenbali selepas melalui hari-hari muram.Sebelum ni aku banyak termenung dan bermuram tetapi hari ini aku boleh tersenyum dan ketawa.Kenapa????Kerana sucinya anak-anak kecil dari dosa...ia menyebabkan aku melupakan seketika masalah akademik ke,peribadi atau kesihatanku walaupun dalam dekat maghrib tadi ada sedikit terluka(terasa hati skit jgn tanyala!).Sungguh terpancar sedikit keceriaan padaku memandang wajah budak-budak yg suci dari dosa ini.

Untuk pengetahuan semua hari ni hari first aku mengajar Kafa.Ya aku memohon jadi guru kafa sementara untuk isi kebosanan ini.Walaupun sangat sedikit dibayar tapi aku memilih pekerjaan ini.Masa mula aku nervous gak sebab kena ngajar ni..budak sekolah rendah lak tu.aku bersama Bukhari tiba di sekolah kafa tu dalam jam 2.15 ptg.Oh masa tiba tu rupanya aku sampai awal sangat.Ustazah-ustazah lain pun x da lagi.Semua pengajar di situ golongan veteran belaka kecuali aku dengan Bukhari termasuk kak Mawarni(Kak nila yg tolong adjust aku dpt ngajar Kafa,senior aku kat Ihsan)

Pada mulanya aku dan Bukhari menunggu kedatangan guru besar atau panggilan biasa org di sekolah panggil Ayah Long.Sebab dia agak lewat dtg maka aku dan Bukhari pergi round-round tengok budak dulu.kemudian ada sorang ustzah minta masuk taaruf mengajar kat kelas darjah 5 dan 4.aku ambil darjah 5,Bukhari ambil darjah 4.Aku x tahu nak ajar apa jadi aku cuma taaruf dengan mereka semua dan bermain sedikit kuiz dan games.Bukan main suka dan galak budak-budak tu.Ia membuatkan aku tersenyum dan ketawa.Akhirnya aku dapat kembali tersenyum semula setelah berapa hari aku asyik termenung dan bermuram.Kerana apa??Kerana budak-budak ini suci dari dosa.Di situ aku lagi suka tengok telatah budak-budak kecil terutama yang darjah 1 dan pra sekolah ni.Nakal sungguh.Payah nak kawaltapi aku tersenyum melihat mereka.

Terima kasih anak-anak kecil.Ko membuatkan aku tersenyum kembali dan ceria.Aku kembali semangat untuk teruskan hidup.Kembali semangat untuk bersama menegakkan Islam itu semula.Kembali semangat untuk teruskan perjuangan suci ini.Terima kasih anak-anak kecil.Kamu semua suci dari dosa.Terhibur aku melihat kenakalanmu.Terima kasih kerana memberi semangat padaku semula.Aku kembali semangat.Masalah melandaku semua ku tolak tepi seketika.Ia membuatkan aku kembali senyuman.Aku kembali tersenyum