AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Kerana sucinya anak-anak kecil ini dari dosa...


Salam buat sahabat yang sudi baca coretan dari hamba yang hina ini.Hari ni aku mampu tersenyum kenbali selepas melalui hari-hari muram.Sebelum ni aku banyak termenung dan bermuram tetapi hari ini aku boleh tersenyum dan ketawa.Kenapa????Kerana sucinya anak-anak kecil dari dosa...ia menyebabkan aku melupakan seketika masalah akademik ke,peribadi atau kesihatanku walaupun dalam dekat maghrib tadi ada sedikit terluka(terasa hati skit jgn tanyala!).Sungguh terpancar sedikit keceriaan padaku memandang wajah budak-budak yg suci dari dosa ini.

Untuk pengetahuan semua hari ni hari first aku mengajar Kafa.Ya aku memohon jadi guru kafa sementara untuk isi kebosanan ini.Walaupun sangat sedikit dibayar tapi aku memilih pekerjaan ini.Masa mula aku nervous gak sebab kena ngajar ni..budak sekolah rendah lak tu.aku bersama Bukhari tiba di sekolah kafa tu dalam jam 2.15 ptg.Oh masa tiba tu rupanya aku sampai awal sangat.Ustazah-ustazah lain pun x da lagi.Semua pengajar di situ golongan veteran belaka kecuali aku dengan Bukhari termasuk kak Mawarni(Kak nila yg tolong adjust aku dpt ngajar Kafa,senior aku kat Ihsan)

Pada mulanya aku dan Bukhari menunggu kedatangan guru besar atau panggilan biasa org di sekolah panggil Ayah Long.Sebab dia agak lewat dtg maka aku dan Bukhari pergi round-round tengok budak dulu.kemudian ada sorang ustzah minta masuk taaruf mengajar kat kelas darjah 5 dan 4.aku ambil darjah 5,Bukhari ambil darjah 4.Aku x tahu nak ajar apa jadi aku cuma taaruf dengan mereka semua dan bermain sedikit kuiz dan games.Bukan main suka dan galak budak-budak tu.Ia membuatkan aku tersenyum dan ketawa.Akhirnya aku dapat kembali tersenyum semula setelah berapa hari aku asyik termenung dan bermuram.Kerana apa??Kerana budak-budak ini suci dari dosa.Di situ aku lagi suka tengok telatah budak-budak kecil terutama yang darjah 1 dan pra sekolah ni.Nakal sungguh.Payah nak kawaltapi aku tersenyum melihat mereka.

Terima kasih anak-anak kecil.Ko membuatkan aku tersenyum kembali dan ceria.Aku kembali semangat untuk teruskan hidup.Kembali semangat untuk bersama menegakkan Islam itu semula.Kembali semangat untuk teruskan perjuangan suci ini.Terima kasih anak-anak kecil.Kamu semua suci dari dosa.Terhibur aku melihat kenakalanmu.Terima kasih kerana memberi semangat padaku semula.Aku kembali semangat.Masalah melandaku semua ku tolak tepi seketika.Ia membuatkan aku kembali senyuman.Aku kembali tersenyum

0 comments:

Post a Comment