AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Apa guna jadi ahli gerakan??

Salam buat para pengunjung yg sudi melawat blog dari hamba yang hina ini.setelah penulis lebih banyak menyentuh tentang emosi diri penulis dalam tulisan serta mencuba mengarang sajak kali ini penulis cuba bawa tajuk yang sangat berat sebenarnya tapi berkait sedikit banyak pada penulis juga sebenarnya.Sudah tentu matlamat sebuah jemaah itu selain pengkaderan adalah berdakwah.Dakwah kita adalah menyeru manusia kepada pencipta yang Maha Agung bertepatan dengan maksud firman Allah ini:
"Katakan sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah kepada allah secara ikhlas dan diperintahkan menjad orang Muslim pertama"

Menyingkap sejarah tertubuhnya ikhwan Muslimin as-syahid imam Hassan Al-Banna telah menyebut bahawa dakwah mereka hanyalah islam bukannya ideologo-ideologi yang bercanggah dengan syariat Islam.Beliau telah memperkenalkan tuntutan utama dakwah ialah menegakkan Khilafah islamiyah.Penulis sering teringat setiap kali dalam liqo atau usrah sering dimomokkan 'Kita adalah manusia bertuah dapat bersama dalam jemaah" serta statement 'kita adalah mata-mata rantai pefrjuangan Rasulluah.bagi penulis bukan istimewa sangat menjadi ahli jemaah kalau still kurang thaqafah dan tarbiah dan paling penting perANAN AHLI UNTUK MENGGERAKKAN DAKWAH DI KAMPUS.

Kadang-kadang penulis rasakan kita lebih utamakan kuasa dari dakwah.Memang matlamat kita dengan memegang kuasa tersebut dakwah dapat disebarkan tapi janganlah dakwah itu hanya disebabkan post sebagai proksi sebagai contoh atau keduniaan semata.Mustafa Masyur ada menyebut dalam bukunya 'Jalan Dakwah antara Keaslian dan Kepalsuan' bahawa penyelewengan terbesar adalah penyelewengan matlamat itu sendiri.Kita lihat beliau mendahului penyelengan matlamat itu dulu berbanding penyelewengan-penyelewengan yang lain dan ini menunjukkah penyelewengan matlamat adalah paling besar antara banyak-banyak penyelewengan.Realtinya banyak antara kita yang matlamatnya menyertai jemaah lari dari matlamat sebenar.Matlamat utama kita adalah menuju mardhatillah.Malah jika anda berniat masuk jemaah untuk tujuan perbaiki diri pun ia lari dari matlamat sebenar.Jemaah bukan tempat untuk anda perbaiki diri dengan mengharapkan sesuatu manfaat dari jemaah sebaliknya kita yang patut memberi sesuatu pada jemaah.

Satu fenomena paling bahaya ialah futurnya kita dalam jalan dakwah setelah keluar dari alam kampus.Antara topik yang kita selalu bincangkan dalam usrah ialah 'Golongan tercicir dari Jalan Dakwah' tapi secara sedar sebenarnya ia terkena hidung sendiri sebenar.Penulis percaya sahabat semua sudah habis khatam baca buku ini yang ada dikarang khas untuk mengupas isu ini.Malah Tok Guru Haji Hadi tak menjamin beliau akan teryus istiqamah dalam jalan ini.Itu pemimpin tertinggi kita tapi kita ni yang cuma hebat di kampus ni tapi belum lagi turun pada masyarakat.

Memang dakwah pada masyarakat sangat sukar.Jangan bercakap tentang dakwah dengan masyarakat kiranya pada keluarga pun kita gagal.Bagi keluarga yang memang fikrah perjuangan tiada masalah, tetapi bagi penulis yang latar belakang keluarga memang dari parti Nasionalis yang lambangnya keris tu sangat sukar bagi penulis.Kadang kala penulis tak tahu apa nak buat pada kedua abang penulis.Kedua-dua tak habis-habis dengan awek masing-masing..yang seorang itu pula cukup liat untuk solat.Ah..ibarat membuka pekung di dada sahaja penulis ini.Memang jika diungkap sirah para nabi pun payah sebenar dakwah pada keluarga.Nabi Nuh sebagai contoh gagal berdakwah pada isteri dan anaknya sendiri sehingga mahu diajak naik bahtera pun ditolak pelawaan ketika peristiwa banjir besar.

Di sini penulis lihat masyarakat memerlukan kita.berapa ramai ahli jemaah yang betul dapat turun pada masyarakat?Kita duduk sibuk meningkatkan kuantiti ahli di setiap kampus tetapi hakikatnya ahli yang ada banyaknya adalah sampah yang gagal menyumbang pada jemaah apa lagi pada masyarakat.Mungkin kasar penyataan ini.Tetapi inilah penyelewengan kita dalam jalan dakwah ini kerana kita pentingkan kuantiti lebiih dari kualiti.Kita mahu dikenalai sebagai batch yang dapat meramaikan bilangan ahli atau sebagai batch ahli teramai tapi di mana kualiti yang kita dapat.adakah kualiti seperti Salahudiin Ayub yang hebat berpidato,atau Ustaz Idris Ahnad yang gemilang ketika zaman kampusnya atau yang paling dekat Ust Dzulkhairi yang pemikirannya sangat kreatis malah kadang-kadang kontroversi.Mana kualiti ahli kita?Mana????

Sahabat apa guna kita jadi ahli gerakan andai maksiat terus berleluasa?Apa guna jadi ahli gerakan yang di kampus sahaja hebat tetapi gagal dengan masyarakat?Apa guna jadi ahli gerakan andai futur di tengah jalan?Apa guna jadi ahli gerakan jika kita hanya pentingkan matlamat dunia jauh dari matlamat sebenar?Banyak persoalan yang ingin penulis lontarkan.Penulis sengaja melontar kritikan begini tetapi kritikan ini lebih dituju pada penulis sendiri kerana gagal dalam dakwah kepada keluarga penulis sendiri.Penulis sering terfikir 'Apa guna aku jadi ahli gerakan? ?????????

3 comments:

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahiim

saya sangat tertarik dengan apa yg dikatakan penulis. Matlamat..Matlamat..Matlamat

pendapat saya yg serba dhaif ini...apa faktor kesilapan kita?

Untuk mencapai matlamat kita memerlukan WASILAH , namun seringkali kita kabur apabila tenggelam dlm keperoksian tersebut,nilai2 hilang dan akhirnya kita lupa matlamat sebenar

Kadang2 semangat yang datang sungguh membara
hampir dibakar segala yang ada
tumpuan di depan awalnya jelas

namun, menghilang pabila masa kian berlalu
hala tuju menjadi dua
kabur ditipu nafsu di jiwa

saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah KEIHKLASAN. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keihlasan ada pada kita, maka harapan dan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik, pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yan kita perjuangkan. Kita SUCIKAN tujuan kita kepada itu.Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu ada pada kita. KEIKHLASAN YANG TIDAK ADA BELAH BAGINYA LAGI. Keihklasan ynag tidak mengira yang lain selain dari apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita.Kejayaan orang dahulu pada diri kita, SEMUANYA pada KEIHKHLASAN. Amat perlu keihlasan ini, kita tanam , kita pupuk pada diri kita- Allayarham Prof. Zulkifli Mohammad.

Apa guna aku jadi ahli gerakan..Kerana berjamaah itu satu tuntutan..masalhnya sekarang kita tidak menunaikan apa yang sepatutnya dilakukan oleh para ahli jemaah...

KITA..KITA..KITA..tidak menunaikannya..bukan GERAKAN tidak menunaikannya pada kita...

WAHAI KITA .. apa lagi yang kau tunggu..masih leka baca KOMIK, masih malas menambah pengetahuan, masih tak mahu bertutur perkara-perkara ilmu dan tinggalkan perbualan lagho..masih TERPAKU dengan MOVIE2..masih dan berbagai2 masih yang masih tidak mampu kita tinggalkan...

kalau begitulah KITA.. jangan ditanya APA GUNA AKU JADI AHLI GERAKAN..

Wallahua'lam

 

Bismillah.

semoga dijauhkan dari sebarang sifat2 mazmumah yakni ujub riak sombong dan suuzzon.

terpanggil utk memberi komen, entri yg turut memberi 'hit' kt diri ana.

dan bg ana, amt ssh utk m'islahkan keluarga. tp, ada ilmu yg ana pnah dengar, dakwah yg paling berkesan dgn menunjukkan qudwah/cth yg baik... action speaks louder than words. stop talking,start doing. kdg2 jadi kebahak bak kata us mior(tggjawab/kerja banyak, tp habuk tak dak). surah assaf ayt 2 sgt3 mengingtkan nafs ini spy cepat2 menyedari.. lg2 khas untuk mereka yg pernah berbaiah utk menegakkan Islam.. oh. antr tahu, mahu, mampu. mahu itu soal hati, dan mampu itu soal kekuatan diri. sama2 kita muhasabah.

 

Post a Comment