AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Inikah Kabinet Rakyat?????

Tepat jam 8 malam tadi penulis menunggu di sofa empuk bagi mendengar berita dari stesen propaganda Umno TV3 berkenaan pembentukan kabinet baru.Walaupun televisyen menyiarkan secara langsung tetapi penulis tak berkesempatan menonton kerana menjalankan tugas sebagai guru sementara Kafa petang tadi.rasa meluat bila media propaganda Bn ini memuji kabinet baru Najib ini.'Kabinet Rakyat" dan macam lagi pujian dilambung untuk membodek Perdana Menteri ke-6 ini.Persoalan benarkah ini kabinet rakyat.Fakta berikut menjelaskan

1.Macam ada rasa sangsi atau kepercayaan yang tidak bulat oleh Najib terhadap orang nombor duanya. Meskipun menepati ramalan meletakkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, tidak ramai menyangka orang nombor dua itu akan diberikan tugas di Kementerian Pelajaran. Sudah lama kementerian itu tidak dipegang Timbalan Perdana Menteri.

Orang nombor dua selalunya diberikan peranan paling mencabar. Kementerian yang lebih dianggap kanan, strategik dan berkuasa ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.

Bukankah di situ duduknya Najib selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini? Bukankah di beberapa kementerian itu juga Abdullah selaku orang nombor dua diletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad?

Najib memilih sepupunya, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Setiausaha Politiknya, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai Kementerian Pertahanan. Apakah dua pemimpin ini sebenarnya yang lebih dipercayai Najib berbanding Muhyiddin?

2.Najib tidak dapat mengelak daripada melantik pemimpin yang sudah ditolak rakyat. Ia bagaikan mengulangi tabiat Abdullah yang sebelum ini dikritik dan dikecam pelbagai pihak.

Antara pemimpin tersebut ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato' Dr Awang Adek Hussein (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Apakah ini menggambarkan pengakuan bahawa dari lebih 100 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih ada, tidak ada yang mempunyai wibawa dan keupayaan untuk mengisi jawatan Kabinet, sehingga memaksa dilantik mereka yang bukan Ahli Parlimen?

3.Najib turut melantik pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti, sekaligus membelakangkan mereka yang dipersetujui ahli-ahli akar umbi parti mereka sendiri. Mereka ialah Dato' Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan) dan Dato' Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

4.Tindakan nekad Najib melantik Mukhriz ke dalam Kabinetnya mengundang tafsiran betapa beliau berhasrat membalas jasa Mahathir. Ataukah beliau sebenarnya tunduk kepada saranan dan nasihat bekas Perdana Menteri itu dalam mencaturkan Kabinetnya?

5. Ketiadaan nama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut mengundang pelbagai andaian. Selain sama taraf dengan naib presiden dalam parti, Khairy juga ada tiket selaku Ahli Parlimen Rembau.

Ketiadaan namanya dalam senarai Kabinet dikaitkan dengan penyiasatan semula Lembaga Disiplin Umno berkaitan amalan politik wang dalam pemilihan Umno baru-baru ini. Desas-desus bertiup kencang kononnya Khairy bakal berhadapan tindakan tegas partinya, termasuk kehilangan jawatan yang baru dimenanginya itu.

Walaubagaimanapun terdapat perkara positif juga dalam pembentukan kabinet najib ini

1.PengguguranTan sri Muhammad Taib.Tindakan ini dilihat bijak kerana jika Tan sri Muhammad terus berada dalam kabinet kemungkinan beliau akan terus mencabar muhyiddin dalam pemilihan akan datang yang memungkinkan berlaku perpecahan dalam Umno seperti krisis 1989.

Terdapat spekulasi bahawa Muhammad dan Ali Rustam mungkin akan berpakat untuk merebut jawatan Presiden dan timbalan Presiden untuk pemilihan akan datang.Muhammad telah disingkirkan Najib tetapi bagaimana dengan ali Rustam.Ali Rustam dilihat cukup popular di kalangan perwakilan semasa perhimpunan lepas hingga menggugat Muhyiddin ketika itu.Kedengaran juga Ali Rustam tidak mempunyai pemimpin pelapis untuk jawatan Ketua Menteri Melaka jadi sukar untuk Najib menyingkir Ali Rustam begitu sahaja.

Tidak mustahil Ali akan mencabar Muhyiddin bagi jawatan nombor 2 parti tersebut seperti berlaku pada Tengku Razaleigh yang mencabar Tan Sri Musa Hitam pada awal Mahathir menjadi Perdana Menteri.Terdapat spekulasi yang mengatakan Musa Hitam ketika itu ada mengutus surat kepada Mahathir untuk menyingkirkan Tengku Razaleigh dari barisan kabinet tetapi mahathir tidak menyingkirkan ahli parlimen Gua Musang itu.Jadi kita sama-sama lihat apa akan berlaku

2.Kelihatan Najib mahu membalas jasa Sabah yang menyelamatkan BN pada pilihanraya lepas.Parti kompenan dari Sabah mendapat tambahan satu menteri begitu juga dengan MCA dan Gerakan

Penulis percaya sahabat seperjuangan pasti mempunyai pandangan tersendiri berkenaan kabinet baru ini.Yang jelas terdapat bayangan Mahathir dalam pembentukan kabinet ini.Apa komen anda.Betulkah ini Kabinet Rakyat????????







0 comments:

Post a Comment