AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Tolonglah Fahami Nasib Guru Sekolah Agama Rakyat


Salam.setelah aku menjadi guru sementara kafa ni baru aku faham nasib sekolah kafa ni atau orang kampung panggil sekolah agama rakyat.kalo aku mahu gaji banyak RM700 or paling kurang RM500 boleh sangat aku minta kerja lain ni.Orang lain sementara cuti ni dorang kerja gaji punya paling kurang 500 tapi aku..aku cuma dibayar tak sampai 100 sebulan pun.tapi mengapa akau tetap memilih kerja ini.kalau ikut banyak lagi kerja seperti cashier pasaraya,assistant sales,cuci kereta dan banyak lagi yang aku boleh mohon.

Puncanya sebab aku mahu berbakti pada anak-anak kecil ini.mahu ajar mereka tentang al-quran,jawi serta perkara asas fardu ain.Biarla ciput pun aku dibayar tapi aku yakin ini merupakan amal soleh yang boleh aku buat.Aku tak kisah sama ada dibayar sedikit atau banyak malah aku boleh terima kalau tak dibayar pun.biarla bakti pada anak-nanak kecil ini lagi penting.Pahala?Itu urusan Allah sebab aku sangat takut sebab bila tak ikhlas buat kerja ini bukan boleh pahala...lagipun aku akui kadang datang godaan supaya aku kerja lain yang gaji lagi besar dan kadang rasa malas untuk mengajar anak-anak kecil ini..tapi bila aku lihat merekalah bakal memimpin negara aku perlu berbakti pada masyarakat biarpun aku cuma dibayar tak sampai 100 sebulan pun..aku tak peduli tentang itu..yang penting amal soleh lagi penting..

Itu aku yang hanya sebagai guru sementara.Sahabat silalah dalami kehidupan seorang guru agama 'KAFA' (kelas asas fardhu ain)... kalau org kampung biasa sebut cikgu sekolah rakyat...sekolah kafa aku mengajar ni boleh dikategori sebagai dhaif dan hanya mengharapkan bantuan ihsan orang kampung sahaja


Waktu bertugas : 2.30 - 5.30 ptg


Tanggungjawab : menjaga / mengawasi / mengajar 1 kelas seramai +- 30 - 40 orgpelajar


Hari bertugas : isnin - jumaat


gaji : rm288(utk tetap)ni utk sekolah aku mengajarla yg lain x pasti

macam aku sementara x sampai seratus pun(aku x dpt nilai sebenar sebab aku x pernah tanya soal bayaran pun dan awal lagi pengetua cakap kat akau gaji aku x sampai 100 pun)


elaun : tiada


insentif : tiada


epf / socso : tidak pasti


tarikh gaji bulanan : tidak tentu ( kadang2 sampai 5 bulan gaji x dapat)


itula serba sedikit tentang insan2 istimewa ini... aku bercakap bukan utk suka2... bukan apa,bila mengajar kafa ni baru aku tahu nasib sebenar sekolah agama rakyat ni... aku betul2 geram dgn senario yg insan2 ini lalui hari... kebajikan x terjaga, tp hasil nk tip top... lancau ape mcm tuh... aku bercakap keras kali ini, bukan ape kerana aku rasa aku di pihak yg benar.... kalo bole aku nk satu malaysia tahu... bahawa malaysia yg sedang dalam proses pemikiran islam hadhari nya(najib teruskan lagi ke Islam hadhari??)... tp cukup ambik mudah pasal sekolah agama rakyat...


islam hadhari konon... x payah la semua benda tu kalo basic pun x kukuh... berapa lama masa untuk pendidikan islam d sekolah2 d ajar... x lebih dr 3 jam seminggu... kemudian...??? bagi yg dh biasa, sekolah agama rakyat tempat utk menyambung pengajian agama ... walaupun apa yg d ajar mungkin sgt biasa bg org2 tertentu... tp apa yg aku nmpak kesan nya cukup besar... ramai yg x bole baca jawi, insyaallah bole lepas ke sekolh rakyat... mcm2 lagi la, kalo nk story kt sini pjg sgt... nk arap mak bapak kt umah, haram... jgn bohong la, kalau ade yg kate boleh mengajar anak2 nya sebaik cikgu2 sekolah agama rakyat ni...


tp apa yg insan2 istimewa ni dpt... ni ada seorang guru kafa tempat aku mengajar ni luah kat aku masa dia mengadu nasib mereka dan mahu minta bantuan dari pejabar agama.ini alasan pihak agama "kami x leh buat ape2, semua org atas nyer kuasa....", pegi mampusla ngan org atas... dia ape tau, dh duduk kt atas mn nk nmpk org kt bwh ni...


cuba bayangkn... tiap kali PTA (pegawai tadbir agama) dtg ke sekolah agama ni, mesti ade ustaz2 atau ustazah2 yg kene sembur... budk x leh baca jawi la, x reti baca quran la... mcm2 lg la... tp apa yg dia tau... semua benda nk grand , nk tip - top... tp kebajikan haram...pengetua sekolah kafa aku ajar ni i, dh 30 tahun jd ustaz sekolah rakyat...umur dia 60 lebih dah dah patut pencen dah pun apa yg dia dpt... aku bohong la kalau kata dia xdpt apa2...tapi aku tengok dia hanya pakai kereta buruk yg entah dari zaman merdeka lagi aku rasa... tp cuba bayangkn dah lebih 30 tahun mengajar, gaji tetap mcm tu lagi... semua kursus kene pergi, tp belanja sendiri tanggung... duit sekolah x cukup, duit poket sendiri kene keluar... sekolah bocor, banjir, semak samun, maintenance... sendiri tanggung... hah, mcm tu ke caranya???


please la kpd saper2 yg ade kuasa... tlg la ubah benda ni... ni bukan benda baru.. aku rasa dh makan masa 20 tahun... ni semua angkara org tua tamak kuasa (aku x nk sebut sape, tp paham2 je la)... dulu ok la jugak, tp lepas semua sekolah agama dia kata menentang kerajaan... lagi teruk jadi nya...


sebelum ni dulu kecoh pasal sekolah agama rakyat ni dulu..kata kerajaan nak ambik alih pulih tapi sekarang...kesian aku tengok Ustaz dan ustazah sekolah aku mengajar ni..ada sorg ust tu yg baru 1tahun mengajar nak tukar dah kerja lain yg boleh tampung kehidupan dia..jangan salahkan dia..nak harap gaji sekolah kafa mana cukup bagi makan isteri dan anak woii

barulah aku faham perasaan seorang guru agama rakyat(kafa)..dorg gigih mengajar budak-budak kenal Al-Quran dan jawi biarpun duit mereka dapat hanya ciput.Moga Allah berkati guru-guru sekolah agama rakyat ni.

2 comments:

hmm.
inilah akibat tidak menghargai insan yang sepatutnya.

Arties-artis dibayar berpuluh-puluh kali ganda berbanding guru-guru.

*sigh*

 

Firstly,

Aku ucapkan tahniah sebab kau terlebih dahulu sudah turun padang dari aku. Sabarlah, janganlah ajar budak2 tuh kerana duit. Cukup ikhlaskan niat kau tuh. Ikhlas kau lebih berharga nilainya dari upah kau tuh.


2ndly, beristiqamahlah dalam beribadah dan qanaahlah dengan apa yang kau ada.

~Manusia akan sedar bila musibah itu terkena pada diri mereka sendiri~

p/s- ko editla lagu ini. Aku xminat lah buka lagu melalak. Sudahlah xboleh pause. Kasi pause pun dah cukup.

 

Post a Comment