AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Kisah Cinta seorang pemuda dan wanita

Ketika pemuda itu hampir terjerumus,
Ke lembah yang hina,
Tiba-tiba datang seorang wanita bagaikan bidadari
Datang menyelamatkannya,
Baru dia sedar sebenarnya,
Dia mennyayangi wanita tersebut.

Tatkala itu,
Kerana sebuah cinta yang suci,
Pemuda itu terus mengikat wanita itu dengan satu ikatan
Tapi bukan ikatan perkahwinan lagi,
Hanya sekadar ikatan perjanjian untuk bersama mendirikan,
Sebuah baitu muslim yang diredhai Allah

Si pemuda begitu menyayangi si wanita,
Begitu juga si wanita,
Namun mereka terleka seketika,
Walaupun mereka secara realiti tidak pernah melampui batas,
Tetapi di alam maya mereka telah terlebih,
Seolah ikatan perjanjian itu menghalalkan segalanya.

Tapi alhamdulilah
Mereka sedar kesilapan mereka itu,
Lalu tidak timbul lagi perkara demikian,
Namun satu kesilapan besar si pemuda
Dia terlalu mendesak si wanita
Si wanita itu banyak memendam perasaan atas tindakannya
Bagi si pemuda wanita itu akan miliknya selamanya
Serta akan terus menyayanginya

Kerana ego si pemuda,
Kerana dia terlupa siapa pemilik kasih Sayang
Siapa yang menghadiahkan nikmat kasih sayang antara mereka berdua
Ditakdirkan Allah menarik nikmat kasih sayang itu
Dari hati si wanita

Si wanita terus tertekan
Terus berendam mata
Dia cuba menafikan apa yang berlaku padanya
Si pemuda terus mendesak
Akhirnya baru pemuda itu sedar
Nikmat kasih sayang dari wanita itu telah hilang
Atas kesilapan dan dosanya
Atas sikapnya selama ini

Si pemuda semakin derita
kerna dia menyayangi si wanita separuh nyawanya
kerna dia betul mahu si wanita menjadi permaisuri hidupnya
Kerna dia betul ikhlas menyayangi si wanita
Namun apa yang perlu dilakukannya lagi
Semua kerana kesilapannya sendiri

Dapatkah si pemuda mendapatkan nikmat yang hilang itu,
Bukankah mereka berdua sudah mengikat ikatan perjanjian
Bukankah mereka berdua benar menyayangi satu sama lain
Apakah si pemuda dapat teruskan hidupnya
Dapatkah si wanita juga meneruskan hidup
Tatkala ini semua berlaku

Doakanlah sekiranya mereka benar ikhlas bersama membina keluarga muslim
Sekiranya benar si pemuda itu benar ikhlas terhadap si wanita
InsyaAllah pasti ada jodoh antara mereka
Pasti akan dikembalikan nikmat kasih sayang kepada si wanita
Pasti mereka akan bersatu juga
Yang paling penting
Mereka perlu kembali
Kembali kepada pemilik kasih sayang

Ulasan

Sengaja penulis menulis sajak ini.Rasa nak mengarang sajak lak,hehe.Kita tidak tahu adakah kisah di atas hanya sekadar imaginasi penulis.Mungkin tapi mana tahu ia benar terjadi dalam hidup sebenar.Jika diteliti seolah kisah ini hanya berlaku pada cerita novel atau drama sahaja.Persoalan pernahkah kita bersyukur atas nikmat kasih sayang yang diberikan Allah.Jangan bila telah hilang nikmat itu barulah diri menderita seperti terjadi pada pemuda di atas

Analoginya begini,si A yang dulunya bergitu minat mengumpul setem seteklah berapa ketika akan hilang rasa suka tersebut.begitu juga si B yang semasa zaman cinta monyetnya begitu menyayangi seorang wanita tetapi setelah masa berlalu dan diri telah matang tiada lagi rasa suka tersebut.Persoalan adakah ukhwah Islamiah yang kita berlegar-legar menyebutnya akan jadi begutu juga.Pudar rasa kasih itu.Mana tahu orang yang kita sayang pada hari ini akan jadi orang yang dibenci kita pada hari esok

Doakanlah kasih kita kepada sahabat tidak jadi begitu.Begitu juga kasih kita pada keluarga kita serta kasih seorang suami terhadap isterinya.Ingatlah yang memiliki kasih sayang itu hanyalah Allah pencipta maha agung.Dalam kisah yang digambarkan penulis memang si pemuda begitu ikhlas menyayangi si wanita tetapi beliau terlalu angkuh dan lupa sapa pemilik nikmat kasih sayang itu.Akhirnya si pemuda itu sendiri yang menderita.sahabat sekalian..hargailah kasih sayang kita kepada orang sekeliling..Jangan bila mereka pergi meninggalkan kita baru kita sedar betapa kita perlukan kasih sayang mereka
p/s pasni penulis nak buat novel lak.hehe


0 comments:

Post a Comment