AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Benarkah Berkorban Untuk Cinta itu Tulus????

Salam buat semua sahabat pejuang agama Allah.Penulis sebenar sudah lama tak minat tengok televisyen sejak duduk asrama malah kalau cerita bersiri penulis memang malas sangat nak tengok.Tapi pelik di celah penulis cuba mengelak itu penulis jadi berminat dengan sebuah sinetron Indonesia bertajuk 'Aqso dan Madina'.Apa yang menarik sangat cerita ini sehingga menarik minat aku?Balik sahaja aku dari Kafa mesti rancangan itu aku tengok

Sedikit sinopsis sineton ini.Dlm sinetron ini menceritakan kisah si adik(Madina) yang sanggup berkorban perasaan cintanya kepada si Aqso demi kakanya(Safira) yang telah kesepian setelah kehilangan Pasha yang juga abang kpd si Aqso yang disangka mati kerana nahas udara.Aqso dan Madina dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang yang sangat mengharap redha kepada Allah serta tulus hatinya.Namun rasa cinta mereka berdua sering terhalang dan Madina terpaksa korbankan rasa cinta itu untuk kakaknya.Penulis tak pandai nak cerita lebih tapi semua boleh menonton di TV9 Isnin hingga Jumaat 5.30 petang.(promote lak..tak sangka layan juga penulis dengan cerita jiwang ni.hehe)

Bukan tentang cerita ini yang penulis ingin promosikan tetapi tentang erti sebuah pengorbanan.Kalau dilihat dari cerita ini Madina sanggup mengorbankan cintanya dengan hasrat untuk mendapat redha Allah dan Aqso juga berkorban rasa cintanya demi melihat balu abangnya bahagia.Hmm persoalan betulkah berkorban untuk cinta itu tulus.Sering dengar ungkapan 'Berkorban Demi Cinta'

Sahabat sekalian.Tidakkah kita sanggup berkorban rasa cinta kita kepada dunia demi redha allah semata.Tidakkah Allah mengkhabarkan tentang perniagaan yang paling baik di sisi Allah seperti maksud ayat di bawah
"Hai orang beriman mahukah aku tunjukkan kepadamu perniagaan yang dapat menjauhkanmu dari azab.Iatu beriman kepada Allah dan Rasul serta berjuang di jalannya dengan diri dan harta kamu..

Jika kita renung sebenarnya berkorban demi cinta itu bukan pengorbanan yang paling tulus tetapi pengorbanan paling tulus adalah mengorbankan diri dan harta untuk jalan Allah.Abdul Rahman bin Auf dan Usman Affan antara sahabat yang sanggup menginfakkan hartanya untuk Islam.Ramai lagi pengorbanan para sahabat bagi menegakkan kalimah Allah di bumi ini.Persoalan sanggupkah kita mengorbankan benda yang paling kita sayang?Sanggupkah kita menginfakkan harta untuk perjuangan Islam?Sanggupkah sahabat?

Sengaja penulis memetik kisah dari sinetron Indonesia ini sebab penulis tertarik dengan pengorbanan cinta Madina semata mahu mendapat redha Allah dan melihat kakaknya bahagia walaupun sebenar kisahnya ada sedikit tak kena dari segi islamiknya walaupun dipromosikan sebagai cerita Islamik.Macam kisah 'Ayat-ayat cinta" juga bila masuk wayang hilang Islamiknya.Bukan penulis mahu mempromosi cinta pada sahabat tetapi mesej pengorbanan untuk perjuangan islam yang ingin penulis lontarkan.

Sahabat cukup mudah penulis cakap tentang pengorbanan tetapi sebenar berat untuk kita korbankan sesuatu yang kita cukup sayang.Kita perlu korbankan perasaan serta nafsu untuk perjuangan ini.Nafsu malas,suka lagho dan keseronokan diri perlu dikorbankan untuk kemenangan Islam.Jangan dinilai pengorbanan itu pada harta semata tetapi pengorbanan untuk menyekat nafsu dan perasaan paling penting.Rasa malas atau putus asa untuk berjuang perlu 'dikorbankan'.

Sahabat cinta itu memang fitrah dan semua mahu mencinta dan dicintai tapi semua ini perlu kita 'korbankan' demi kemenangan Islam.Gantikan perkataan yang sering dimomokkan kepada kita 'Berkorban demi Cinta' kepada 'Berkorban demi Islam'!!!!!!


1 comments:

bismillah..

sedikit lontaran minda pra-matang ana yg jahil.

cinta tu terlalu subjektif untuk di tafsir. cinta boleh saja jd cinta Allah, cinta rasul juga cinta deen cuma tdk di highlightkn. "berkorban demi cinta" juga di kira satu pengorbanan yg besar. semua ini permainan bahasa.

dlm skop cinta makhluk, kisah cinta para sahabat/sahabiah sgtlah indah nk di jadikn teladan. lihatlah bgaimana ali mnyatakan pd isteri kesayangannya, fatimah bhw nabi saw tetap lebih dia cintai berbanding fatimah sendiri. walhal, saidina ali lah org yg paling mnderita pabila mngetahui para sahabat termasuklah saidina umar al-khattab juga saidina abu bakr sendiri, silih berganti melamar gadis idamannya dulu. keutamaannya demi cinta Allah dan rasul, lalu dia di hadiahi juga cinta makhluk. subhanAllah..

do correct me if i'm wrong. walahualam..

~salam juang~

 

Post a Comment