AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Berkahwin Semasa Belajar. Adakah Salah?

from http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=8043383154281597760
Perkahwinan merupakan pelengkap fitrah seorang manusia yang seringkali mempunyai perasaan untuk memiliki dan dimiliki. Maka hanya dengan perkahwinan sahajalah perhubungan yang halal akan dapat dikecapi disamping ianya juga mampu membawa kehidupan manusia kearah kehidupan yang Mawaddah wa Rahmah.


Sejujurnya topik yang seringkali menjadi perbualan bersama-sama rakan-rakan juga kebanyakkannya akan bersangkut paut dengan perkahwinan. Pelbagai jawapan dan pandangan dilontarkan lebih-lebih lagi berkenaan perihal berkahwin semasa belajar ataupun berkahwin muda. Melalui sedikit pemerhatian di kalangan rakan-rakan mahasiswa dan juga mahasiswi, bolehlah disimpulkan bahawa ramai yang menyokong dan mempunyai cita-cita untuk berkahwin awal atau ketika masih belajar. Tetapi tidak kurang juga yang tidak bersetuju dan menentang perkahwinan semasa masih belajar. Masing-masing dengan pendapat yang tersendiri dan sudah pasti mereka mempunyai hujah untuk menyokong atau tidak menyokongnya. Malah di kalangan ibu bapa dan pensyarah juga terjadi pertikaian pendapat kerana ada sesetengah daripada mereka yang menyokong dan ada juga yang menentang perkahwinan semasa belajar ini.

Untuk mereka yang tidak bersetuju dengan perkahwinan semasa belajar ini kebiasaannya hujah yang mereka gunakan adalah takut tidak mampu menyara anak orang, takut mengganggu pembelajaran, ingin menikmati usia remaja yang hanya datang sekali dalam hidup, tidak mahu terikat dengan seseorang terlalu awal, tidak mahu membebankan diri dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dan tidak kurang juga yang menggunakan alasan untuk berjaya dalam kerjaya terlebih dahulu dan bermacam-macam lagi alasan yang diberikan.

Dan untuk mereka yang menyokong perkahwinan muda ini mereka kebiasaannya akan berhujah dengan hujah bahawa perkahwinan awal mampu mengelakkan maksiat yang semakin berleluasa pada masa kini lebih-lebih lagi dalam kalangan pemuda termasuk kalangan mahasiswa dan mahasiswi, mengikut sunnah Rasulullah saw yang menggalakkan pemuda supaya berkahwin apabila berkemampuan, dapat memenuhi naluri syahwat yang memuncak pada waktu remaja dengan jalan yang halal dan pelbagai hujah-hujah yang lain. Cuma mereka yang menyokong dari kalangan mahasiswa ada sesetengahnya terpaksa menurut pendapat ibu bapa mereka yang kelihatan begitu anti anaknya bernikah semasa belajar.


Godaan Pada Zaman Millenium

Perlu diketahui bahawa remaja termasuk juga siswa dan siswi pada zaman sekarang hidup dalam keadaan yang sangat terbuka dan terdedah dengan perkara-perkara yang mampu menaikkan nafsu syahwat mereka. Lihat sahaja di kaca-kaca televisyen yang sering memaparkan cerita-cerita dengan adegan-adegan juga iklan-iklan yang mampu merangsang naluri syahwat seseorang malah di dada-dada akhbar juga terpampang gambar-gambar wanita-wanita yang berpakaian tetapi seakan-akan berbogel yang mana mampu menaikkan nafsu sesiapa yang melihatnya. Itu tidak kira lagi dengan kemudahan internet yang tiada sempadan dan dengan mudah disalahgunakan hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka. Oleh itu tidak hairanlah jika kadar maksiat semakin meningkat setiap tahun terutama di dalam kes zina dan pembuangan bayi. Ini semua kebanyakkannya melibatkan para remaja tidak kira yang masih bersekolah ataupun yang berada di IPTA atau IPTS. Oleh itu, adakah penyelesaian yang terbaik adalah dengan menyediakan Rumah Harapan ataupun tempat khas untuk pembuangan bayi-bayi yang lahir tidak berbapa yang mana akan menggalakkan lagi penzinaan??



Sedangkan Allah swt berfirman :

“Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Isra’ : 32)

Alangkan mendekati zina juga telah dilarang oleh Allah swt apatah lagi jika berzina dan yang menggalakkan zina. Maka dosanya lagi besar.


Bukankah Allah swt telah menyediakan alternatif yang terbaik buat hambaNya dalam memenuhi kehendak fitrah manusia yang mempunyai nafsu kepada pasangan yang berlainan jantina dengan mereka iaitu dengan berkahwin.

“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu”
(An-Nisa : 3)

Oleh sebab itu, untuk mengelakkan daripada berlakunya maksiat yang berleluasa maka berkahwin pada usia yang muda adalah sesuatu yang amat digalakkan. Jika seorang pemuda atau pemudi itu berasa sudah tidak mampu untuk menahan gelora syahwat dan takut terjebak ke lembah dosa besar maka hukum bernikah pada masa sudah menjadi wajib. Ini kerana melalui perkahwinan sahajalah maka syahwat itu dapat disalurkan dengan cara yang halal di sisi syara’ malah ianya juga merupakan satu ibadah kepada Allah swt. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah saw di dalam satu hadis yang berbunyi:

“ Sesungguhnya pada persetubuhan kamu dengan isteri kamu itu sedekah” Maka ditanya oleh sahabat apakah pada persetubuhan yang memuaskan syahwat itu sedekah ? maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa apabila seseorang meletakkan zakarnya pada yang haram itu termasuk satu dosa ? Maka demikianlah jika diletakkan pada yang halal maka itu baginya pahala” (Hadis Sahih Riwayat Muslim).

Begitulah juga apabila remaja yang tidak mampu menahan gelora nafsunya lalu dia berkahwin maka dia bukan sahaja dapat memenuhi tuntutan fitrahnya malah ianya juga dikira sebagai suatu ibadah dan mendapat pahala kerana melakukan hubungan secara halal. Tetapi malangnya pada zaman kini perkahwinan yang melibatkan pelajar atau mahasiswa dan mahasiswi selalu dipandang serong oleh masyarakat tetapi maksiat-maksiat yang dilakukan oleh pasangan-pasangan yang tidak halal dilihat sebagai suatu yang biasa malah yang inilah yang digalakkan oleh ibu bapa masa kini hanya kerana tidak mahu melihat anaknya berkahwin semasa sedang belajar.


Nasihat Kepada Pemuda

Kebanyakkan daripada pemuda pada zaman sekarang lebih cenderung untuk mengikut gaya hidup barat daripada mengikut gaya hidup yang dianjurkan oleh Islam. Lihat sahaja situasi di sekeliling kita pada zaman ini, mereka lebih suka untuk memenuhi tuntutan fitrah mereka dengan bercouple daripada berkahwin. Malah bagi mereka menjadi suatu perkara yang ajaib jika ada dikalangan remaja yang tidak bercouple dan suatu yang amat pelik jika ada yang ingin berkahwin awal.

Wahai pemuda sekalian renungkanlah hadis di bawah ini kerana ianya merupakan salah satu daripada hadis Rasulullah saw yang menggalakkan pernikahan. Hadis itu berbunyi :

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadis Riwayat Muslim)


Inilah saranan Rasulullah saw kepada para pemuda. Lebih-lebih lagi pada zaman yang terlalu banyak cabaran dan dugaan ini maka salah satu daripada alternatif bagi pemuda untuk mengelakkan melakukan perbuatan terkutuk ialah melalui perkahwinan. Malah dengan jelas Rasulullah saw memberikan mesej melalui hadis di atas bahawa dengan perkahwinan, maka insyaAllah pandangan mata dan kemaluan akan semakin terjaga. Hal ini kerana apabila telah berkahwin maka mereka mempunyai cara yang halal untuk melepaskan nafsu syahwat mereka di samping perasaan cinta yang hadir selepas melalui akad nikah akan membuatkan dalam pandangan mata mereka hanya ada pasangan yang halal buat mereka lantas mampu menjaga pandangan mereka yang sebelum ini suka melihat wajah-wajah yang bukan mahram dan tidak halal buat mereka.

Ataupun mereka boleh berpuasa tetapi yakinkah mereka bahawa puasa mereka mampu menghalang mereka daripada menuruti tuntutan nafsu kerana puasa pada masa kini hanyalah untuk berlapar dan dahaga semata-mata sedangkan puasa yang disabdakan oleh Rasulullah saw yang mana mampu menjadi banteng daripada melakukan maksiat ialah puasa yang sebenar-benar puasa iaitu bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi menjaga setiap anggota badan zahir dan batin daripada melakukan maksiat.

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud :

“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Oleh itu, pernikahan merupakan salah satu daripada kesempurnaan agama. Maka apa salahnya jika ianya dilaksanakan seawal yang mungkin apabila sudah mampu dari segi zahir dan juga batin. Firman Allah swt :

“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan”
(Al-Maidah : 48)

Dan jika difikirkan secara lebih mendalam, sebenarnya perkahwinan semasa belajar akan menyebabkan seorang pelajar mampu lebih fokus di dalam kelas atau kuliah. Hal ini kerana mereka tidak dibayangi oleh perkara-perkara lain yang sering menggaggu tumpuan mereka ketika sesi pembelajaran sedang berjalan. Sebabnya pada masa usia remaja peningkatan hormon untuk tumbesaran dihasilkan dengan banyak menyebabkan naluri syahwat serta nafsu ketika ini sangat mudah dirangsang dan terangsang. Jadi dengan adanya pasangan yang halal buat mereka maka mereka mampu melepaskan naluri syahwat mereka secara halal bersama pasangan mereka. Kesannya, mereka mampu hadir ke kelas dengan fitrah yang dapat dipenuhi lantas menyebabkan tumpuan mereka di dalam kelas menjadi semakin tajam tanpa sebarang gangguan.

Selain itu mereka juga akan sedar bahawa mereka mempunyai tanggunggjawab yang besar terhadap keluarga mereka lantas memupuk skil kepimpinan dan menyebabkan mereka mempunyai visi yang jelas untuk masa hadapan mereka. Kerana pada masa ini, selepas berkahwin mereka bukan sahaja perlu berfikir untuk diri mereka sendiri malah mereka perlu untuk berfikir buat pasangan mereka dan juga buat anak-anak yang bakal mereka miliki.


Macam Mana Nak Tanggung Keluarga?


Ingatlah bahawa rezeki itu berada di tangan Allah swt. Dan Allah mampu meluaskan rezekiNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah swt berfirman di dalam al-Quran :

“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang diantara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnianNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), Maha Mengetahui.” (Surah An-Nur : 32)

Selain itu Rasulullah saw juga bersabda :

“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “
(Hadis Riwayat Imam Ad Dhalani)

Abu Bakar As Siddiq juga pernah berkata :

“ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Oleh itu atas alasan apa lagi pernikahan semasa belajar tidak digalakkan???


Pesanan Buat Ibu Bapa

Rasulullah saw bersabda yang berbunyi :

“ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (Hadis Hasan riwayat Tirmidzi)


Oleh kerana itu, jika telah datang seorang pemuda yang datang untuk melamar anak gadis kalian, jika diyakini akan agamanya maka nikahkanlah dia supaya tidak akan timbul fitnah yang lebih besar kepada anak gadis kalian. Dan untuk mengelakkan anak gadis kalian melakukan sesuatu yang di masa hadapan akan mencemarkan maruah keluarga kalian oleh kerana kalian telah menyekatnya daripada menunaikan tuntutan fitrahnya secara halal. Ingatlah bahawa maruah keluarga lebih banyak terletak pada anak perempuan. Dan dosanya akan ditanggung oleh kalian. Rasulullah saw bersabda :

“Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12 tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadis Riwayat Baihaqi)


Macam Mana Kalau Wanita Ingin Berkahwin Tapi Tiada Orang Yang Datang Melamar?

“Saya dah sedia untuk berkahwin tapi rasanya takde orang yang nak,” kata seorang rakan siswi kepada saya.

Lalu saya menjawab : “Jika ada yang berkenan di hati maka cubalah luahkan perasaan awak kepadanya melalui orang tengah ataupun pergi bertanya sendiri kepadanya, manalah tahu mungkin juga dia ada perasaan kepada awak. Lepas itu ajaklah dia untuk mengikat tali hubungan antara kalian berdua dengan ikatan yang sah iaitu melalui perkahwinan. Itulah yang sebaiknya.”

“Bukankah itu umpama perigi mencari timba. Sepatutnya timbalah yang mencari perigi, bukannya perigi yang mencari timba. So, sepatutnya orang lelakilah yang patut datang melamar seorang perempuan bukan seorang perempuan yang pergi melamar seorang lelaki,” balasnya dengan nada yang agak keras lalu terus berlalu pergi.


Ya, di kalangan wanita kita pada zaman sekarang istilah “perigi mencari timba” ini amat taboo dalam kehidupan mereka malah ianya juga merupakan salah satu dari bentuk keegoan mereka yang berpandangan sepatutnya lelakilah yang tergila-gilakan mereka dan bukan mereka yang tergila-gilakan lelaki. Pandangan seperti ini seakan-akan ingin menyatakan bahawa mereka (kaum wanita) mampu hidup tanpa kehadiran lelaki dan hanya kaum adam sahaja yang memerlukan diri mereka sedangkan mereka tidak. Dan hal seperti ini jugalah yang terkadang sampai membuatkan mereka menjadi andartu dan akhirnya menyalahkan takdir Allah swt. Apakah benar seorang wanita tidak boleh melamar seorang lelaki???

Sebenarnya menurut Islam tiada salahnya seorang wanita melamar seorang lelaki. Malah ianya juga terdapat di dalam sirah Rasulullah saw yang mahsyur bahawa wanita pertama yang memeluk agama Islam yakni Siti Khadijah telah memulakan lamaran kepada Rasulullah saw dengan menawarkan dirinya untuk dijadikan isteri kepada Rasulullah saw melalui perantaraan orang tengah.

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada Rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra : “Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Malah ianya bukanlah suatu keaiban atau pun menjadi sesuatu yang memalukan jika seorang wanita melamar seorang lelaki malah hal ini merupakan suatu sunnah. Malah ianya akan membawa kebaikkan kepada wanita yang takut dirinya melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt lalu dia menawarkan dirinya kepada seseorang lelaki untuk diikat dengan ikatan yang sah bagi mengelakkan dirinya terjebak dengan maksiat. Apakah ini sesuatu yang patut dimalukan? Bolehnya wanita melamar lelaki berdalilkan kisah yang disampaikan dari Anas ra yang berkata :

telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah saw dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi saw dan menawar dirinya demi kebaikan. (Hadis Sahih Riwayat Imam Al-Bukhari, Nasaie dan Ibnu Majah)

Oleh kerana itu, buangkanlah pemikiran jahiliyyah yang telah merasuki pemikiran seorang wanita pada zaman kini yang terlalu takut dikatakan “perigi mencari timba” sedangkan istilah itu tidak ada di dalam Islam dan istilah ini juga tiada di dalam diari hidup seorang insan yang ingin mencari kebaikkan dan mencapai kebahagiaan. Usahlah diikutkan kata orang ramai yang sering melaung-laungkan ungkapan ini kerana ianya tidak lain hanyalah pemikiran jahiliyyah yang dirasuk oleh keegoaan yang melampau.

“Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”
(Al-An’am : 116).


Apakah Faedahnya Berkahwin???


Seterusnya sama-sama kita melihat faedah “Az-zawaj” secara ringkas seperti yang disebutkan oleh para ulama di antaranya As Syeikh Muhammad Ali Assobuni dalam kitabnya Az-zawaj al-Islami Al-Mubakkir (ms 38), Perkahwinan Awal secara Islami, antaranya:

1) Mengekalkan keturunan.

2) Memelihara diri dari godaan syaitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Aku tidak tinggalkan suatu fitnah yang paling mudharat kepada kaum lelaki selain dari fitnah perempuan”. (Hadis Sahih Riwayat Imam Al-Bukhari)

Kata setengah ulama’ syaitan berkata kepada perempuan: Kamu adalah setengah daripada tenteraku, kamu adalah anak panahku yang tidak pernah salah sasarannya.

3) Mendapat ketenangan dan kerehatan seorang suami apabila berada di samping isteri yang baik serta toma’ninah dalam kehidupan berumahtangga.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Aku khabarkan kepada kamu apakah perkara paling baik yang dimiliki oleh seorang itu? Iaitu isteri yang solehah apabila ia melihat kepadanya menyenangkan hatinya, apabila disuruh membuat sesuatu pekerjaan dipatuhinya dan apabila ia keluar dari rumah ia memelihara dirinya.” (Hadis Riwayat Al-Hakim, dinilai “Dhaif” dalam Dhaif al-Jami’)

4) Melapangkan diri dari kerja-kerja rumah yang memberi peluang kepadanya untuk menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih besar, berjihad, berdakwah dan lain-lainnya.

5) Mujahadatun-Nafs serta melatih diri dengan tanggungjawab terhadap rumahtangga, isteri dan anak-anak. Bersabar menanggung kesusahan dan berusaha untuk membentuk dan mendidik mereka ke jalan yang betul.

Sayyidina Umar Al Khattab ra berkata, maksudnya: “Tidak ada perkara yang dapat menyekat seseorang itu dari berkahwin kecuali ia tidak berkemampuan (zahir dan batin) atau ia seorang yang Fajir (orang yang suka melepaskan nafsu ke tempat-tempat yang haram).”

Kesimpulannya perkahwinan dalam Islam adalah suatu ibadat dan Qurbah, seorang mukmin akan diberi pahala dan ganjaran oleh Allah apabila mengikhlaskan niat perkahwinannya dengan tujuan untuk memelihara diri dari perkara yang haram, bukan semata-mata untuk melepaskan nafsu syahwat semata-mata.

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadis Riwayat At-Thabrani)


Akhirul kalam,

Tiada salahnya berkahwin semasa masih belajar atau berkahwin muda. Malah jika hal seperti ini digalakkan insyaAllah kejadian-kejadian maksiat yang melibatkan para remaja juga siswa siswi dapat dikurangkan. Hal ini kerana perkahwinan adalah wasilah untuk menyelamatkan diri daripada terlibat dengan maksiat yang seringkali dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. SMS, chatting, telefon dan dating boleh dilakukan secara halal dan di dalam keredhaan Allah malah merupakan ibadah apabila setelah berkahwin daripada melakukannya dalam keadaan maksiat dan berdosa di luar ikatan yang sah. Apakah kita masih tidak nampak akan hakikat ini?

Cuma sebagai pelajar, sebelum berkahwin kajilah terlebih dahulu akan keadaan dan zuruf yang sesuai supaya ianya tidak membawa kepada fitnah selepas berkahwin. Ambil kira semua aspek dan faktor dan carilah alternatif yang terbaik supaya perkahwinan yang dijalankan itu dalam keadaan yang benar-benar tidak membebankan kita sebagai seorang pelajar.

Sungguh perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi kepada para pemuda serta pelajar yang masih kurang pengalaman serta pengetahuan. Tetapi ingatlah bahawa Allah swt sentiasa memberikan jalan keluar dari kesusahan kepada hambaNya yang bertakwa kepadaNya. Firman Allah swt :

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya.” (Surah Thalaq : 2-3)


Akhirnya sentiasalah kita berdoa dengan doa yang di ajar oleh Allah :

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما.

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Furqan : 74)

Dan doa yang di ajar oleh Abdullah Bin Mas ‘ud ra kepada para syabab :

أللهم أرزقني امراة إذا نظرتُ إليها سرَّتني، وإذا أمرتُها طاعتني،
وإذاغِبت عنها حفظت غيبي في نفسها ومالي.

Maksudnya : “Wahai Tuhan, rezekilah kepadaku isteri yang apabila aku memandang kepadanya akan menggembirakanku, apabila aku menyuruhnya (melakukan sesuatu) dia akan taat kepadaku, apabila aku tidak ada dia akan menjaga kehormatan dirinya dan hartaku”.

InsyaAllah, moga-moga dengan ini kita mampu untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia bersama-sama pasangan yang telah dijodohkan oleh Allah swt kepada kita di dunia dan insyaAllah akan bersama-sama di akhirat kelak.

Moga-moga dengan penulisan ini dapat memberi manfaat kepada para remaja dan siswa juga siswi yang mungkin bercita-cita untuk berkahwin ketika masih belajar dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dan juga menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara maksiat yang menjadi mainan anak muda zaman kini. Hanya dengan perkahwinan sahajalah hubungan yang terbina itu menjadi halal. Jadi kepada pasangan-pasangan remaja diluar sana, bila lagi kalian ingin mengikat hubungan kalian dengan ikatan yang sah? Apakah tiada rasa bersalah kalian membawa anak dara orang keluar tanpa ada ikatan yang menghalalkannya? Sama-sama kita renungkan…



Allahu’alam.

Perkukuhkan Iman, Perbanyakkan Ibadah dan Perbaiki Akhlak.
Usrah Tunjang Kekuatan Tarbiyyah,
Tarbiyyah Tunjang Kekuatan Jemaah.

Puisi Buatmu..

Makna namamu cukup indah,
Petunjuk buat yang hilang arah,
Indah akhlakmu seindah bunga merah,
Seindah peribadi akhlak Fatimah

Sebelumku mengenali indah peribadi,
Aku lelaki yang tiada budi,
Namun kau menjadi asbab utk aku kendiri,
Berusaha untuk jadi lelaki sejati.

Hatiku telah tekad,
Jiwaku sudah nekad,
Memilihmu utk diakad,
Tanpa dibatasi had.

Kejernihan wajahmu merantai jiwa,
Keperibadianmu indah menggugat rasa,
Kesolehanmu memukau diri menjadi terpesona,
Kau indah segalanya di mata.

Catatan Rindu Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

BERSIH 2.0:Rundingan VS Demonstrasi

Sultan Mizan merangkap 1st Man Of Malaysia sudah bertitiah. Sultan mahu kedua-dua pihak mahu sama ada kerajaan Barisan Nasional dan BERSIH menyelesaikan isu pilihan raya di meja rundingan. Walaupun ada pihak bongkak dan sombong menutup pintu rundingan, titah Yang DiPertuan Agong memberi sinar harapan kepada semua rakyat jelata.

Ketua Koordinator dan President PAS hari ini bersetuju 100% saranan YDPA. Kita masih menunggu adakah pihak kerajaan mahu menyahut seruan ini.Pada asalnya Bersih 2.0 bukan mahu “berperang” dengan BN. Malah target sebenar adalah SPR yang sangat sepatutnya menjadi badan berkecuali seolah berlagak seperti cawangan BN.

Batal Demonstrasi

Dalam statement Ambiga di Malaysiakini, beliau akan membatalkan perhimpunan sekiranya itu kehendak Sultan dan akan selesaikan dimeja rundingan.Sekiranya kedua-dua pihak mahu duduk semeja, apa keperluan untuk berdemonstarsi lagi??

Quraisy telah menahan Uthman agak lama juga, kerana mereka hendak bermesyuarat sesama mereka untuk membuat keputusan yang muktamad, untuk mereka berikan kepada Uthman sebagai jawapan kepada perutusan yang akan dibawa oleh Uthman kepada Rasulullah, oleh itu maka tersebar luas berita yang mengatakan Uthman telah dibunuh oleh pihak Quraisy, sehingga Rasulullah sendiri telah menegaskan dengan katanya:


"Kita tidak akan beredar dari sini hinggalah kita memerangi mereka".


Untuk itu Baginda meminta para sahabatnya berikrar dengan satu bai'ah (sumpah setia), berduyun-duyun mereka ke hadapan Rasulullah memberi bai'ah untuk tidak akan bergerak dan berundur, berbai'ah secara jamaie untuk mati bersama.


Diceritakan orang-orang yang mula meletakkan tangannya ialah Abu Sinan al-Usdi, kemudian Salamah bin al-Akwa' untuk mati bersama, tiga kali di permulaan di pertengahan dan penyudah, malah Rasulullah memegang tangannya sendiri dengan berkata:


"Tangan ini mewakili Uthman".


Setelah selesai bai'ah, Uthman pun datang, maka beliau pun turut berbai'ah, tiada seorang pun yang melarikan diri kecuali seorang munafiq sahaja yang bernama Jad bin Qais. Upacara bai'ah ini Rasulullah langsungkan di bawah sepohon kayu, Umar memegang tangan Rasulullah manakala Ma'qal bin Yasar memegang ranting pokok berkenaan bagi pihak Rasulullah, inilah bai'ah al-Ridwan yang diturunkan padanya ayat al-Quran yang bermaksud:



"Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berbai'ah kepada engkau di bawah sepohon pokok".
(al-fath: 18)



Pihak Quraisy mengetahui situasi yang cemas itu, sehubungan dengan itu, mereka segera menghantar Suhail bin Amru untuk menerima perjanjian berkenaan, melalui perjanjian pihak Quraisy menyatakan supaya Rasulullah dan para sahabatnya harus pulang ke Madinah tanpa peribadatan Umrah pada tahun ini, supaya tidak menjadi buah mulut bangsa Arab, bahawa mereka memasuki Makkah secara kekerasan.


Maka Suhail bin Amru pun datang menemui Rasulullah: Apabila Rasul melihat Suhail, Baginda pun menyebut:


"Allah mempermudahkan urusan kamu".


Quraisy bermaksud untuk berdamai, kerana itu diutusnya orang ini. Suhail tiba dan bercakap dengan panjang lebar, mereka berdua bersetuju dengan asas-asas perdamaian (Raheeq Maktum)



Rakyat Merungut?

Mesti ada dikalangan masyarakat yang sudah menyerahkan jiwa dan raga untuk BERSIH 2.0 akan merungut dan marah dengan keputusan jika demonstarsi di batalkan. Paling kurang mereka akan bermasam muka dan benci dengan hati. Perkara ini pernah berlaku sewaktu sewaktu perjanjian hudaibiyyah

Selepas Rasulullah selesai soal perjanjian perdamaian, Baginda pun menyeru kepada sidang muslimin dengan sabdanya:

"Ayuh sekarang kamu boleh bersembelih".

Demi Allah tak seorang pun bertindak, hingga terpaksa Baginda menyeru tiga kali, namun masih tiada siapa pun yang menyahut. Dengan keadaan berduka Rasulullah bangun dan masuk ke dalam khemah, menemui isterinya Ummu Salamah. Baginda menceritakan kepadanya, hal kaum muslimin yang tidak memberi respon kepada seruannya.

Maka jawab Ummu Salamah:

"Apakah tuan hamba mahu mereka semua lakukan itu?" Ayuh Rasulullah, sembelihkan qurban itu tanpa menyebut apa-apa suruhan pun, kemudian jemput tukang cukur mencukur rambut tuan hamba". (Raheeq Maktum)


Sahabat Rasulullah s.a.w yang patuh dengan segala arahan tiba-tiba berdiam diri bila Rasulullah s.a.w menyeru untuk bertahalul dan membayar dam.Sedangkan sahabat yang diredhai Allah didunia lagi agak kecewa dengan keputusan nabi. Akhirnya selepas Rasulullah s.a.w sendiri mencukur rambut dan menyembelih unta, sahabat-sahabat tersedar dari lamunan dan mengikut segala arahan baginda nabiu s.a.w

Musuh akan memungkiri janji?

Mungkin ada yang berandaian sekiranya rundingan berjaya, adakah BN dan SPR akan mengotakan janji? Itu persoalan masa depan yang belum pasti akan berlaku. Persoalan sekarang adakah kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding?

Jika setuju jalankan rundingan dan cari alternative lain untuk mengantikan demonstrasi di jalan seperti ceramah mega di stadium melawati dan lain-lain agenda yang di rasakan sesuai untuk menghargai sokongan tidak belah bagi rakyat kepada BERSIH 2.0.Kemenangan bukan terletak pada kekuatan jasad manusia bahkan kekuatan sebenar datang dari hati yang bulat kepada Allah s.w.t

Mereka yang memungkiri janji pasti akan mendapat kekalahan didunia dan kehinaan diakhirat seperti yang berlaku kepada kaum musyrikin Quraisy. Rakyat sekarang menilai kedua-dua pihak.Jika BN masih berdiam diri sehingga 9 Julai, kita tak teragak-agak untuk turun dijalanan.

Kita tunggu dan lihat, siapa dikalangan kita yang akan membuat keputusan yang BERSIH dihati masyarakat dan disisi Rabbul Jalil.

p/s: sekiranya rundingan dapat dilaksanakan, maka BERSIH mendapat kemenangan yang PERTAMA..!!
Dan apa sahaja keputusan dari TG President dan parti, saya akan patuh.

Cinta menuju Baitul Dakwah

in

* artikel

Share7
salam http://tanyalah-ustazah.blogspot.com Posted by Nisa' News Network

Buat semua Nisa', dengarlah rintihan salah seorang insan yang bernama lelaki ini... (klik sini untuk artikel asal di blognya)

Akhi/ Ukhti Fillah …

Entry ini adalah tulisan ana dan cetusan pengalaman ana didalam dakwah dalam mencari isteri yang sekufu dalam meneruskan agenda yang tiada noktah didalam kerja kerja dakwah dan jadikanlah sebagai guide line untuk mencari pasangan hidup sekiranya kita cintakan kesenambungan dakwah. Segala kekurangan dan kesilapan dapat dimaafkan agar dapat di beri komen yang membina untuk kepentingan kita bersama. Insyaalah.

* Teruskan menghayatinya …
*
* ~Orang yang cintakan dakwah mesti menuju kepada baitul dakwah untuk kesenambungan dakwah. Kalau tidak jangan kita sebut pasal dakwah.
*

* ~ Adalah jumud dan dangkal fikrah dan tasawwur seorang ikhwah dan akhawat yang telah ditarbiyah yang ingin mendirikan rumahtangga dakwah hanya melaksanakan taaruf dari sudut peribadi sahaja, seperti mengetahui nama pekerjaan, umur, keluarga dan sebagainya dan tanpa menggunakan sessi terpenting ini untuk mendalami hati dan cita cita masing masing kepada matlamat perjuangan dan bagaimana si ikhwah nak bina binaan rumahtangga dakwah yang sebenarnya dan dari sinilah si akhawat akan dapat tahu sejauh mana fikrah bakal suaminya supaya dia tidak menyesal dikemudian hari kerana tidak terlaksanannya cita cita besar yang ada dalam diri akhawat sendiri. kerana inilah yang akan mengeratkan dan membungakan cinta didalam rumahtangga yang akan dibina! Sekalipun ikhwah dan akahwat itu berada dalam tarbiyah dan jamaah tidak semestinya dia matang dalam pemilihannya tanpa kita berterus terang dan telus didalam dasar perjuangan.
*

* Antum tahu bahawa dakwah adalah kewajipan. Masuliyah setiap yang bernyawa yang bergelar muslim mukmin. Bukan perkara main main dan pinggiran. Ia nya adalah taklif rabbani. Tuntutan Ketuhanan. Tuntutan Allah yang akan dipersoalkan. Berat. Dan kita tiada pilihan. Bagi para duat yang tersedar, mereka tahu bahawa ini adalah sibghah. Celupan. Sibghah dari sibghah Allah.
*
* Kita bertanggungjawab sepenuhnya. Oleh itu dakwah tidak terhenti disusuk tubuh kita sahaja kerana tanggungjawab ini adalah bertali arus yang bermula dari kita hingga ke dalam pembentukan Bait’ul Dakwah. Dan inilah yang sukar kerana sepasang suami isteri mestilah saling mewarnakan kehidupan mereka dengan sibghah ini. Oleh itu pembinaan dan pemilihan muslim/muslimah berqualiti harus menjadi prioriti dalam membina generasi pewaris.
*
* Kita yang cintakan deen ini tidak boleh memandang ringan atau memandang sepi perkara ini kerana tersilap pemilihan akan merugikan dan melambatkan deen ini menuju langit. Pemuda pemudi harus mempunyai mind set ini supaya bersedia membentuk diri masing masing menjadi rijal dan srikandi yang qowi supaya nanti antara kita tidak tercari cari dan teraba raba dalam kesamaran mencari jodoh masing masing mengambil masa yang lama untuk pembentukan ini.
*
* Bersedialah berIntima’ ( Ikat diri ) dengan Jamaah kerana Islam kian hari kian bertambah sukar. Tanpa jamaah kita tidak boleh berbuat sesuatu kerja dakwah dengan sempurna. Bersedialah untuk ditarbiyah. Untuk didik aqidah, hati, ibadah dan berkerja secara team work atau beramal jamaai berusahalah untuk tarbiyah dzatiyah tanpa bergantung pada arahan mas’ul atau naqib serta jamaah. Jamaah hanyalah sebagai pushing power tapi tanpa Dzatiyah dari diri sendiri, memang sukar untuk melonjak prestasi kita sebenarnya kearah berjuang dijalan Allah dan pastinya kita tidak dapat merubah diri dan dimenfaatkan jamaah dan terkadang mutarabi begini akan menjadi beban dan fitnah kepada jamaah!
*
* Berbalik kepada pembinaan baitul dakwah, Ini sesuatu yang harus diberi perhatian. Terkadang seorang duat pun tidak dapat membezakan antara baitul dakwah dan baitul muslim. Baitul muslim adalah membina keluarga muslim namun baitul dakwah lebih jauh fikhnya. Ia itu untuk membina generasi pewaris. Pewaris Dakwah. Pewaris kerja nabi.
*
* Didalam pembinaan baitul dakwah ini memerlukan chemistry, memerlukan kekufuan serta memerlukan kedua pasangan terlibat dengan jamaah dan dakwah serta tarbiyah kerana dalam pembinaan ini kita memerlukan fikrah yang jelas, cita cita yang tinggi dan pengorbanan yang berterusan terhadap kerja kerja dakwah.Tanpa sifat sifat asas ini sukar untuk mengujudkan baitul dakwah serta untuk melahirkan generasi pewaris.
* Sebagai seorang da’i, ana cuma nak sentuh masaalah pemilihan bakal isteri. Sabda nabi
* Dunia ini adalah perhiasan dan sebai baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu
* ~Muslim
* Setakat itukah wanita solehah itu? Atau wanita sebeginikah yang ingin melahirkan generasi pewaris ? Hadis nabi ini maha benar tapi pada pandangan ana, isteri seorang da’i atau pejuang deen ini, bukan setakat itu saja dan pastinya ada syarat2 lain lagi.
* Mungkin dari pengalaman pergaulan ana, ana lihat hanya satu ini yang perlu kita pastikan. Bagi da’i yang ingin berkahwin harus menitik beratkan perkara ini dalam diri seorang wanita dan wanita daiyah yang ingin kan da’i juga harus melihat sifat ini supaya pembentukan keluarga dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna.
* Wanita pilihan mesti mencintai Akhirat
* Kerana wanita amat suka kebendaaan, keselesaan kemanjaan dan kecintaan yang berlebihan sehingga ini akan menyalahi fitrah dalam realiti dakwah dan ini telah berlaku dalam kehidupan Rasullullah sendiri apabila dakwah sampai kekemuncaknya! Isteri2 Rasul suatu ketika mengkritik terhadap kehidupan kesusahan mereka disamping Rasullulah sehingga Rasul memberi pilihan kepada mereka samaada redha didalam susah atau bersedia menerima talaq! Firman Allah:~
* Wahai Nabi, katakan kepada Isteri2mu , jika sekiranya kamu mahu kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah, supaya aku berikan kepada kamu pemberiah mut’ah dan aku lepaskan kamu dengan cara sebaik baiknya. Dan jika sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan Rasulnya serta negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang besar bagi orang orang yang berbuat baik antara kamu
* ~ Al Ahzab 28~29
* Realitinya perempuan yang dikuasai oleh tabiat lemah, inginkan kebesaran dan cintakan kebendaan tidak mungkin dapat berjuang melainkan apabila ia membebaskan dirinya dari sifat sifat tersebut dan menyintai akhirat. Kerana apa? kerana cintakan akhirat merupakan syarat kepada seorang isteri da’i untuk memikul beban dakwah kerana tanpa cintakan akhirat seorang isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada jiwa suaminya terhadap dunia dan akan mencenderungkan suaminya mencintai dunia dengan pengaruh kehidupannya.
*
* Wajibnya pengarahan mencintai akhirat kepada wanita yang dijalan dakwah adalah disebabkan sifat semulajadi mereka yang selalu mahukan keistimewaan dan jika tidak diarahkan akhirat pastinya menggangu usaha dakwah.
* Kita lihat bagaimana al Quran memberi kejutan kepada istri2 nabi apabila mereka demand ttg hidup mereka
* Boleh jadi jika nabi menceraikan kamu, tuhanmu akan mengantikan baginya isteri isteri yang lebih baik dari kamu ~ yang menurut perintah, ikhlas, taat, bertaubat, beribadat dan berpuasa ~ janda atau anak dara
* ~ Tahrim 5
* mengantikan baginya isteri isteri yang lebih baik dari kamu ~ ayat ini telah merubah sifat sifat cintakan keistimewaan semua isteri nabi kepada amal soleh kerana takut Allah gantikan mereka dengan wanita lain untuk nabi dan mereka tidak mahu ada wanita lain lagi yang lebih baik dari mereka.
*
* Satu yang perlu diberi perhatian bagi para daiyah yang cintakan dakwah dan ingin menjadi isteri seorang duat adalah, jelas niatnya. Daiyah itu sewajarnya menjadikan perkahwinan dengan seorang da’i yang dicintainya dengan niat memasukan dirinya dengan realiti dakwah bukan memasukkan dirinya didalam kehidupan dai itu. Dengan ertikata menjadikan Dakwah sebagai matlamat dan bakal suaminya adalah hanya teman dan alat menuju matlamat.
*
* Jika inilah yang kita semua fahami duhai ikhwah/ akhawat, insyallah pastinya kita dapat mengujudkan sebanyak banyaknya baitul dakwah yang menjadi penerusan kepadan perjuangan ini.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..
Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah lelakiyang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ibu kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus wanita yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”
Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?
**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal isteriku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..
sumber : blog sifu evisoraya terima kasih atas perkongsian ini dan setelah diolah sedikit isinya:)

Usrah Raya, Pilihan Raya, Jalan Raya

Saiyidina Umar al-Khattab selaku ketua daulah umat Islam berjaya mendapatkan Palestin. Begitu juga dengan Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Lembaran sejarah menunjukkan Palestin berjaya dibebaskan dengan adanya ‘kuasa pemerintahan negara Islam’. Maka tahulah kita mengapa Israel pengecut sedang bertambah kecut hari ini dengan situasi di negara jirannya, Mesir.

Israel sudah sekian lama membikin kira-kira. Mereka tahu, seandainya Mesir dipulangkan kepada rakyat, Ikhwanul Muslimin akan berperanan besar. Hal ini membawa maksud dalam beberapa tahun nanti Mesir akan jadi sebuah negara Islam. Yang dimaksudkan dengan ‘negara Islam’ di sini ialah sebuah negara yang DIPERINTAH OLEH ORANG ISLAM dan SISTEM PEMERINTAHANNYA juga sistem Islam. Itu sekurang-kurangnya.

Mesir sebuah negara yang kuat. Kata sebahagian orang tua-tua pada suatu zaman, “Kalau hendak pergi berperang, bawalah tentera Mesir, pasti akan mencapai kemenangan”. Tentera sukarelawan Ikhwanul Muslimin pernah menyerbu ke Palestin dan berjaya mengundurkan tentera Israel. Ketika itu ada tentera Ikhwanul Muslimin sudah nampak pun bumbung Masjidil Aqsa. Di saat-saat Israel setenat itu, tiba-tiba kesemua sukarelawan dan tentera diarahkan pulang oleh Mesir. Pemerintah Mesir sendiri yang memberikan oksigen kepada Isarel yang sedang nyawa-nyawa ikan. Permainan ini tidaklah kita bahaskan panjang lebar di sini kerana pasti akan jemulah anak cucu mendengar akan dia.

Disangkakan pulang ke Mesir akan disambut sebagai wira, ataupun setidak-tidaknya dibenarkan hidup seperti biasa. Malangnya ramai tentera sukarelawan ini ditangkap dan disumbat ke dalam penjara. Yang dibunuh dan yang ghaib pun ada.

Dengan wujudnya sebuah negara Islam (sebagaimana yang disebutkan di atas tadi), peluang untuk membebaskan Palestin sangat cerah. Hal inilah yang dibimbangi oleh Israel pengecut. Dengan tentera sukarelawan yang terdiri daripada orang kampung, kerani, guru dan lain-lain pun mereka hampir tumbang, apakan lagi jika yang datang itu nanti tentera Mesir di bawah pemerintahan Islam.

Ikhwanul Muslimin sudah lama belajar. Banyak pengalaman yang mereka lalui. Melalui USRAH RAYA (sel-sel usrah ‘underground’ sejak zaman Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna) mereka hanya mampu menggegar Mesir. Mereka tambah lagi melalui PILIHAN RAYA, mereka mula dapat sedikit kuasa melalui kemenangan calon-calon tajaan mereka. Itu belum cukup. Mereka tambah lagi dengan yang terbaru iaitu melalui JALAN RAYA. Setakat ini (5 Februari 2011) nampak kesannya begitu hebat.

Kita faham bahawa demokrasi tajaan Barat. Demokrasi menjadi salah satu senjata Barat untuk mengekang kebangkitan Islam. Kita faham ini semua, sebab itu kita tidak beriman dengan demokrasi. Namun kita melibatkan diri kerana ada peluang-peluang tertentu yang boleh kita ambil ke arah membangkitkan semula Islam. Demokrasi dan pilihanraya ialah salah satu cara, bukan satu-satunya cara. Namun kita tak akan sia-siakan salah satu cara ini begitu sahaja. Kita usaha sekadar yang termampu.

Contohilah Ikhwanul Muslimin. Dari USRAH RAYA, mereka tambah dengan PILIHAN RAYA. Dari PILIHANRAYA, mereka tambah lagi dengan JALAN RAYA. Selepas itu barulah kita ke JAGAD RAYA. Mana-mana perjuangan pun pasti ada yang perlu dikorbankan. Itu fitrah perjuangan.

Tapi... perjuangan puluhan tahun Ikhwanul Muslimin ini bermula dengan sistem tarbiyyah yang mantap melalui USRAH RAYA mereka. Jangan sesekali kita yang tidak cukup tarbiyyah ini terus ke tahap ketiga iaitu JALAN RAYA (walaupun sesekali perlu juga turun ke jalanraya)! Nanti hancur semua, dan usaha untuk membina apa yang kita ada hari ini akan memakan masa puluhan tahun pula. Banyak perkara bermula dengan FAHAM. Faham pula terhasil daripada tarbiyyah. Tarbiyyah pula hendaklah tarbiyyah yang seimbang. WaAllahua’lam.

pengumuman rasmi dari PCM (Perubatan Cawangan Mansurah)

Salam

(Update Egypt GMT+2 11.38 am, Malaysia GMT+6 5.37 pm, United Kingdom 9.37 am)

1) Update keadaan keseluruhan di Mansurah
-Seramai 32 orang pelajar Malaysia Mansurah terkandas di Airport Cairo.
-Perintah berkurung dilanjutkan dari pukul 1ptg sampai 8 pagi keesokannya
-Connection (SMS, Internet putus) tapi direct call in and out masih boleh
- Barang2 mostly dah naik harga
-Keselamatan keseluruhan banyak bergantung pada keprihatinan masyarakat Arab setempat untuk jaga daripada banduan dan lain2
-Aktiviti persatuan dan universiti dibekukan

2) Tindakan PCM
-Keadaan di Mansurah insyaAllah selamat dan terkawal
-PCM dah rangka sistem keselamatan untuk setiap kawasan (ada ikhwah jaga setiap kawasan, akhawat memang xkeluar langsung kecuali ada hal penting, dan berteman musyrif)
-Rompakan @ harassment kepada pelajar Malaysia Mansurah setakat dilaporkan masih tiada
-Semua pelajar dalam keadaan berjaga-jaga
-Sekarang dalam rangka update bilangan terkini pelajar malaysia yang ada kat Mansurah

3)Harapan dan doa
-Semua pelajar di Mesir terutamanya Mansurah mengharapkan doa dari kalian semua. Untuk elak maklumat2 yang xsahih, boleh terus call Pengerusi PCM Ahmad Azizi Md Jusoh +20110706817 atau Pengarah JAKSI Muhammad Imran Jaamat +2011 1015951

InsyaAllah, kita doa2kan semuanya selamat. Hanya Allah yang boleh bantu kita,so minta pertolongan banyak2 dari Dia. Jkkk

Nik NurFariha Mohamed Zalami
Timbalan Setiausaha PCM 10/11
Sekarang di Aldgate East, London
+447871108399