AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Adakah semua dari kerajaan salah??

Salam buat sahabat seperjuangan dan saudara seakidahku yg berminat membaca tulisan ini.Mungkin post ini agak kontroversi seolah-olah penulis seorang yang pro kepada kerajaan Barisan Nasional di mana Umno sebagai penerajunya.Tidak penulis bukan pro kpd kerajaan walaupun penulis lahir dari keluarga parti Nasionalis tersebut.Hakikatnya penulis merasakan Pakatan Rakyat hanya menang dalam pilihan raya lepas atas sebab kelemahan BN bukan atas sebab kekuatan PR itu sendiri.

Sahabat seperjuangan sekalian,sering dalam ceramah politik yang dianjurkan oleh PR samada Keadilan,Pas atau DAP antara agenda yang mesti diungkit dan mahu menarik audiens ialah kita lebih banyak mengutuk BN.Ya memang BN diakui sebuah kerajaan korup tetapi bila kita menyebarkan keburukan orang itu walaupun ia benar ia dinamakan mengumpat,yang tidak benar dinamakan fitnah.Mungkin ada yang tidak pernah ikuti ceramah BN kerana rasa fobia dgn Bn dan taksub kepada PR tapi penulis banyak kali ikut ceramah mereka sebab ikut family dan apa penulis melihat mereka banyak bercakap pasal pembangunan negara,projek dan sebagainya yang menunjukkan mereka mahu memajukan negara.

Seperti kata Ustaz Nasaruddin Mat Isa dalam Muktamar Pemuda tadi Pas diakui rakyat sebagai parti yang bersih dari korupsi dan rasuah tetapi rakyat masih tidak percaya kemampuan Pas untuk mentadbir negara.Sebabnya kita memang lemah dalam aspek pentadbiran,kewangan dan pembangunan berbanding BN.Selagi mana kita hanya bergantung pada tarbiiah semata-mata ia akan menarik golongan yang mahu pada agama sedangkan yang jahil akan terus lari dengan Pas.Contoh yang ingin penulis bawakan ialah kejayaan parti app yang dipimpin Rechip Erdogan yang mencapai kemenangan.Parti App diakui parti gerakan islam Turki sedangkan di negara tersebut betapa ramai yang masih menganut fahaman sekular tetapi mengapa mereka boleh menang?Sebabnya mudah mereka bukan sahaja membawa Islam tetapi mereka menjanjikan pentadbiran yang lebih baik serta pembangunan kepada negara.Inilah kekurangan Pas yang perlu kita akui berbanding pihak lawan.Kita perlu hebat melawan Bn juga dalam bab pembangunan,ekonomi dan pentadbiran.

Satu masalah yang paling penulis tidak selesa kita dalam PR melihat semua tindak tanduk kerajaan sebagai negatif semata-mata.Dalam bahasa mudah semua kerajaan buat semua salah.Contoh semasa Najib mengumumkan pembebasan tahanan Isa kita membuat reaksi yang Najib cuma bersandiwara dan ada motif politik buat demikian.Begitu juga baru-baru ini apabila Muhyiddin bercadang mengurangkan subjek yang boleh diambil pelajar kpd 10 subjek kita memandang negatif juga sebagai cubaan menjahanamkan sekolah agama.Jadi apa yg betul?Takkan semua tindakan kerajaan salah?Memang dalam politik kita sebagai pembangkang perlu melihat sesuatu dari kerajaan sebagai sebagai negatif untuk menjadi isu kita tetapi kita jangan menganggap yang kita juga betul semua.Bukankah elok jika kita lebih banyak bercerita tentang visi kita membangunkan negara fizikal dan rohani berbanding mencari isu untuk modal pilihanraya?

Contoh yang ingin penulis petik dari sirah sendiri di mana kita lihat Rasulluah sangat husnuzan terhadap manuzsia termasuk orang kafir sendiri.Malah kita lihat Rasulluah dalam dakwahnya tidak pernah memburukkan pihak kafir atau menghina mereka.Ini contoh mudah kita boleh rujuk.Hakikatnya penulis tidah bersetuju dgn pendekatan setengah dari kita yang hanya pandai mengkritik keburukan pihak lawan dari menguatkan diri masing-masing dan penulis tidak gemar kita melihat semua dari kerajaan adalah salah..

Mungkin tulisan ini agak kontroversi tapi penulis menerima segala kritikan.Diakui memang penulis agak liberal dalam politik ini mungkin kerana latar belakang penulis dari family 'biru" tapi menerima tarbiah dari 'hijau.'Tapi harus diingat penulis bukan menyokong Umno dan Barisan Nasional tetapi penulis juga bukan terlalu taksub pada Pas dan PR

0 comments:

Post a Comment