AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Kenyataan Bodoh Orang Sekular

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpin pembangkang supaya tidak menggadaikan agama semata-mata mahu menang pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan mencampuradukkan politik dan agama bagi mencapai tujuan itu merupakan satu perbuatan yang berbahaya.

"Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama... bahaya," katanya ketika berucap semasa melawat Pusat Peti Undi Kampung Samagagah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka yang menyokong UMNO tidak akan ke syurga

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya itu dengan alasa UMNO memisahkan Islam dengan iman.

Katanya, sesiapa sahaja yang mengasingkan iman daripada Islam seperti yang diamalkan parti yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara itu tidak akan diterima Allah.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dipercayai ada kaitan dengan kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir ketika ini yang menyaksikan persaingan sengit antara Pas dan Barisan Nasional (BN).

Dipetik dari utusan

Ulasan

Memang dasar orang sekular bila mengatakan agama dan politik x boleh campur.Inilah masalah ideologi Umno kerana bagi mereka agama hal lain politik hal lain.Tidakkah mereka tahu bahawa Islam itu syumul dan merangkumi semua aspek kehidupan samada sosial,ekonomi,ibadat,muamalat dan sebagainya.Ingatlah maksud firman allah

'Sesungguhnya ad-din di sisi allah adalah Islam"Maksud ad-din disini bukan bermaksud ibadat semata-mata tapi adalah cara hidup iaitu tidak memisahkan kehidupan dgn agama.Sesungguhnya kenyataan Muhyiddin tidak lain kerana kejahilan dan idealisme Umno yang merasakan agama dan politik itu berbeza.

Contoh lain kita boleh kemukakan adalah bagaimana Rasulluah sendiri.Rasulluah bukan sahaja menjadi Imam kepada umat Islam malah beliaulah Ketua Negara,Perancang Ekonomi dan juga Ketua angkatan Perang.

Mengenai persoalan yang ahli Umno tak masuk syurga nampaknya media arus perdana cukup licik memainkan isu ini.Penulis memberi satu contoh mudah.Persoalannya apa Islam yang dibawa oleh Umno?Mereka membawa fahaman nasionalisme dan sekularisme di mana kehidupan dunia tidak boleh dicampur aduk dengan agama.Inikah Islam yang dapat membawa ke syurga.Semestinya Islam yang dapat membawa ke syurga ialah Islam yang syumul dan kita tidak memisahkan kehidupan dunia dgn agama dan akhirat.Malangnya kita lihat Umno telah meletakkan Islam hanya pada tempat tertentu seperti dalam majlis tilawah,masjid atau surau semata.

Satu lagi kita boleh lihat bagaimana isteri-isteri pemimpin mereka.Mereka secara terang tidak menutup aurat.Adakah orang yang melanggar perintah Allah dapat membawa pengikutnya ke syurga.Penulis ada satu cerita yang berlaku di kampus Uia untuk dikongsi bersama.Dresscode Uia menetapkan bahawa perempuan mesti menutup kepala dan pada satu majlis yang dihadiri Dato'Azalina Osman(ketika beliau Menteri Belia Sukan)apabila diberitahu tentang dresscode Uia secara sinis beliau menjawab
"Apa kalau i tak pakai tudung ustaz-ustza kat sini akan naik nafsu ke tengok i"

Satu lagi statement bodoh dari orang yang jahil dan berfahaman sekular.Pembaca boleh fikir sendiri kenapa golongan ulama dan pondok kebanyakan mereka menyokong Pas dan tidak pada Umno,malah anda boleh melihat sendiri sejarah tertubuhnya Pas adalah kerana ulama-ulama dalam Umno tidak berpuas hati dgn Umno ketika itu menangani isu judi pada ketika itu lalu mereka keluar dan menubuhkan satu gerakan yang berpandukan hieraki dan yang membawa ajaran bahawa Islam itu syumul bukan tempelan semata.

0 comments:

Post a Comment