AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Andai ini Ramadhan dan Syawal terakhir buatku

Salam kpd semua shbt sekalian.Hari ini sudah hari ke 28 umat Islam di Malaysia berpuasa.Dijangka puasa tahun ini 29 hari sajadan kita akan menyambut Syawal Ahad ini 20September.Di kala ini penulis termenung seketika.Rasanya Ramadhan kali ini kurang baik bagi penulis krn tidak dapat manfaatkan dengan sebaiknya.Tadarus yang tak habis,qiamulail yg terlepas,solat sunat yang sedikit membuatkan diri rasa tarbiah sangat kurang.

Di kala ini penulis teringat pada arwah Nabil.Walaupun sudah banyak blog yang menulis tentang arwah dan mengingatinya penulis tidak mahu mencatatkan artikel tentangnya.Malah di kalangan muslimat yang tidak pernah kenal arwah lebih dekat terasa kehilangannya.Apa yang penulis terkilan ketika arwah sakit penulis tidak sempat menziarahinya dan hanya sempat melihat kuburnya saja ketika hari pengebumiannya.Terkenang ketika di Pj bilik yang selalu penulis ziarah dan lepak adalah biliknya,mana tidak biliknya adalah bilik 'port' kami.Malah di bilik itu juga kami menyakat sahabat2 bila hari jadi tiba termasuk dirinya yang teruk kami kenakan juga.

Tatkala ini penulis merenung diri.Timbul persoalan andainya aku juga pergi adakah sahabat akan mengenangku?Adakah akan ada rombongan melawat rumahku dan membuat tahlil padaku?Adakah ada sahabat yg akan mengisahkan diriku dlm blognya?Penulis tidak mengharapkan itu kerana penulis tahu diri penulis bukannya thiqah dan baik pun.Orang yang matinya dalam husnul khatimah serta semasa hayatnya disukai ramai pasti akan dirindui pemergiannya seperti arwah Nabil.

Kepada sahabat sekalian maafkan daku atas kesilapan serta keterlanjuran kata dan badanku.Aku tahu diri ini banyak menyebabkan kalian sakit hati.Terkenang penulis ketika satu sesi khas kenali diri di satu program tarbiah yg penulis hadiri,ketika sesi itu ternyata banyak sungguh kelemahanku dan ramai x suka padaku.Jika shbt lain 'dibina' semula selepas habis 'dilumat' tapi penulis tidak 'dibina'dgn baik kerana kekurangan mass.Akibatnya penulis agak down dan akhirnya tumbang sebelum hari penghabisan.Namun penulis kuatkan diri juga 'membina' diriku semula.Hakikatnya diri penulis ini seorang yang luarnya nampak selamba tetapi dalam hati hanya Allah yang tahu.Penulis memang sukar berkongsi sesuatu dgn org lain termasuk shbt rapat sekalipun.

Kemudian aku melihat pada keluargaku pula.Dibandingkan dgn shbt seperjuangan lain yg berasal dari keluarga ditarbiah mereka sgt bertuah.Keluargaku bukanlah islamik mana malah bukan fikrah Islam pun.Tak perlula aku membuka pekung di dada.Di sini aku merenung bagaimana aku mahu menjawab di akhirat kelak di hadapan Allah krn aku gagal menyelamatkan keluargaku.Adakah bila aku mahu dimasukkan ke syurga kelak keluargaku menarik semuala ku masuk ke neraka?Di rumah aku cuna tonjolkan qudwah yg terbaik.Sedih bila mekihat sangibu yang fanatik pada ideologi kebangsaanya.Sedih melihat sang abang yang asyik dgn 'aweknya'.Sedih melihat sanga adik yg selalu dgn hpnya malah meletakkan gmbar lelaki di screen hp walaupun baru Form 2.Di mana tanggungjwbku?Aku gagal membawa familiku ke jalan diredhai.Aku x mampu pikiul beban ini berseorangan.

And then bila aku melihat masyarakat sekitarku lagi besar rupanya tanggungjwbku.Sebelum ini aku hanya mampu mengajar 3 bulan sbg guru Kafa itupun tiada apa yg aku sumbangkan.Ya Allah lagi besar tanggungjwbku.Melihat rakan sekolah rendahku yg dulu cukup baik kini yg lakinya jadi mat rempit dan kaki lepak manakala yg perempuannya pakaianya cukup mencolok dan senang ditunggang lelaki dongos ke mana saja.

Maafkan aku semua.Aku tahu kekuranganku.Andainya ini Ramadhan terakhirku jgnlah ada sapa menangisi pemergianku.Hakikatnya aku juga pernah mengalami zaman hitamku.Andai ini ramadhan terakhir buatku ampunlkan segala dosaku wahai ayah,ibu,adik beradik,sahabat serta semua yg mengenaliku.Doakanku dapat bertemu Ramadhan akan datang

1 comments:

Hakikat dan lumrah manusia merasa sedih dan lemah bila berdepan dengan ujian dan masalah hidup..jangan dikeluh apa yang kita hadapi dan perolehi..
Ujian hidup perit untuk ditanggung tapi ingatlah sentiasa bahawa janjiNya di sana takkan mampu untuk kita bayar dengan ujian sebesar mana pun yang kita hadapi..Ujian itu hadiah dan anugerah..ujian dan peluang..
hadiah buat yang sentiasa ingin dekat dengan Allah..anugerah kepada hamba yang beriman, yang Allah ingin tingkatkan darjat di sisiNya..Ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan dan ketaqwaan hambaNya padaNya..dan peluang untuk kita menambah pahala, menambah ilmu dan peluang untuk kita meraih redhaNya..
hadapilah dengan ilmu dan hikmah..
masalah ana juga hampir serupa..tapi hidup masih belum bernoktah..layar masih terus berjalan, roda masih mahu berputar, jadi teruskan hidup biarpun sukar..terus berjuang dengan kemampuan..bantuan Allah sentiasa bersama hambaNya..

salam mujahadah..

 

Post a Comment