AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Adakah UMNO munafik?!

Dipetik dari http://www.facebook.com/note.php?note_id=125759523783&ref=nf

Adakah UMNO munafiq?
Sesetengah blogawan yang menulis dan memuatkan artikel islamik di dalam blog mereka tidak mengulas atau menyentuh soal politik, sebaliknya lebih tertumpu kepada masalah sosial, tazkirah dan renungan. Ya kita tidak nafikan bahawa kita perlukan tarbiah, mujahadah dan nasihat bagi makanan rohani kita. Perkara ini jelas sekali dalam ajaran Islam di mana kita dapat melihat tiga paksi utama dalam ilmu Islam di samping beberapa ilmu alat yang lain;

1. Aqidah

2. Syariah

3. Akhlak (tasawwuf)

Ilmu-ilmu alat;

-qawa'id arabiah
-mantiq
-usulul-fiqh
-balaghah
-ulum Al-Quran
-ulum Al-Hadis (mustolah hadis) dll.

Walaubagaimanapun kita perlu tahu bahawa Islam ini syumul, ia merangkumi segenap aspek kehidupan. Dari sistem pertandasan (adab dalam tandas) sehinggalah kepada sistem pemerintahan, semuanya ada dan lengkap. Tiada satu pun yang tertinggal. Tapi mungkin ada yang bertanya;

"Di mana letaknya politik dalam sistem Islam? Yang aku tau hanyalah semayang, posa, zakat, haji dan kenuri pa sikit. Pas tu ada la sket2 psal semelih dan akikah. Mana politiknya? Ustaz-ustaz x sebut psal politik pon...."

Agak lucu ayat sebegini, hendak dikatakan sebagai jahil, mungkin tiada yang memberitahunya. Jadi saya mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan bahawa Islam itu syumul (lengkap). Di mana letaknya politik dalam Islam? Ia terletak dalam Syariah. Solat, puasa, zakat dan haji itu hanyalah sebahagian dari syariat Islam, banyak lagi yang perlu kita tahu, banyak lagi yang kita perlu belajar. Yang ustaz-ustaz itu pula, mungkin jenis takut kena "GAM". Yang tak layak jadi ustaz. Seorang ustaz perlu berani menyatakan kebenaran tidak kira di mana, bila dan dengan siapa.






Secara umumnya syariah terbahagi kepada dua, IBADAH dan MU'AMALAH. Mu'amalah pula terbahagi kepada dua iaitu 'am dan khas. Setiap itu pula terbahagi kepada empat, hal yang berkaitan keluarga dan nikah kahwin termasuk dalam khas di bawah tajuk ahwalusy-syakhsiyyah, manakala politik pula masuk dalam bahagian 'am di mana di dalamnya terkandung pula undang-undang berkaitan pemerintahan sesebuah negara, hubungan sesama negara dan perlembagaan negara. Untuk rujukan lanjut sila semak kitab Al-Madkhal ilasy-Syariatil-Islamiah oleh Dr, Abdul Karim Zaidan.

Tapi saya pelik! Bagaimana seorang yang sudah bertaraf mufti boleh berkata seolah-olah agama dan politik itu berbeza? sedangkan kitab yang saya nyatakan di atas adalah kitab asas dalam fiqh, sepatutnya seorang mufti sudah tahu perkara ini.



"Kita lupakan soal politik, kita balik kepada agama kita, balik kepada Tuhan kerana Islam menyuruh kita bersatu kerana kita bersaudara sesama Islam, haram memutuskan silaturahim. Kembalilah kepada ajaran Islam jangan terlalu banyak politiking."


Bagaimana kita hendak kembali kepada agama dan dalam pada masa yang sama kita melupakan politik sedangkan politik itu adalah sebahagian daripada Islam?????

Adakah kita perlu menerima sebahagian ajaran Islam dan menolak baki yang selebihnya???

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat."

[Al-Baqarah, 2:85]

Adakah kita akan termasuk dalam golongan yang Allah sebutkan ini??? Sama-sama kita fikirkan...

Walaubagaimanapun, setiap pemilik blog pasti ada alasan yang tersendiri kenapa mereka tidak mengulas berkaitan politik. Mungkin bagi mereka yang masih menuntut dan mendapat biasiswa takut bisiswanya ditarik. Ini semua bergantung kepada keadaan, realiti dan waqi' setiap blogawan. Apa-apapun, kita perlu tahu bahawa Islam itu Syumul.... Tidak jumud dan sempit....

Tapi masih ada beberapa persoalan. Di mana topik munafiknya? Bagaimana dengan perpaduan sesama Islam? Bukankah ia wajib sepertimana yang mufti itu sebutkan?




Saya rasa soalan ini agak mencabar untuk dijawab. Walaubagaimanapun, saya tidak akan menyatakan sebarang kenyataan secara rasmi, sebaliknya saya hanya akan memberikan beberapa perkara atau point untuk sama-sama kita fikirkan. Mengenai sifat-sifat orang munafiq, rasanya tidak perlu saya sebutkan di sini kerana ramai yang sudah tahu, sudah banyak disebut di dalam Al-Quran serta Hadis, definisi bagi perkataan munafiq pun sudah cukup untuk memberikan kefahaman mengenai sifat-sifat munafiq. Orang yang mengaku Islam tetapi membencinya, orang yang berpura-pura beragama Islam. Tentu kita sudah dapat memikirkan bagaimanakah sifat mereka yang becikan Islam.

1. Kalau sekadar bersembahyang, Abdullah bin Ubai (ketua munafiq) pun bersembahyang juga. Bukan setakat sembahyang, berjemaah di belakang nabi lagi.

2. UMNO mampu membuatkan orang mati syahid apabila ada yang mempertahankan ajaran Islam dalam peristiwa Memali. Memang tidak dapat dimaafkan. Pernah saya terbaca di akbar mengenai penemuan mayat yang tidak hancur di kawasan Memali, walaubagaimanapun pengulas gambar itu menyatakan supaya penemuan itu tidak dikaitkan dengan peristiwa Memali. Wallahu'alam.

3. Tahukah anda kenapa PAS ditubuhkan? Sebenarnya pelopor-pelopor PAS pada asalnya adalah ulama-ulama dalam UMNO. Tetapi kenapa mereka keluar dan tinggalkan UMNO kemudian menubuhkan parti lain? Ini disebabkan ada pemimpin UMNO yang enggan menerima nasihat supaya meninggalkan perkara-perkara yang betentangan dengan hukum syara' iaitu loteri. Banyak lagi sebab lain yang membuatkan ulama tidak menyertai UMNO di samping dasar perlembagaan parti yang memperjuangkan dasar kebangsaan atau nasionalisme serta sekularisme.

4. Hudud? Apakah hudud? Apa hukumnya? Hudud merupakan sistem perundangan Islam yang diturunkan secara qat'i oleh Allah. Kenapa ditolak? Kenapa ada yang sanggup mengatakan bahawa sekiranya ia dilaksanakan akan berlaku huru-hara? Sanggup pula mengisytiharkan darurat sekiranya ia dilaksanakan di Kelantan?



5. Agama suku, politik suku. Ini ajaran siapa? Dari mana datangnya? Datang dari barat, inilah yang dinamakan sekularisme. Hasil pertembungan pihak istana (pemerintah) dan gereja (pendeta). Lalu dikatakan, serahkan politik pada sang raja, serahkan urusan agama pada sang pendeta. Islam untuk majlis kenduri sahaja? di masjid? puasa? korban? kematian? Yang sebenarnya Islam itu dari kita dilahirkan sampai mati, semuanya perlu dirujuk kepada Islam.

6. Bagaimana pula dengan penghinaan terhadap ulama dan sunnah Nabi?

7. Banyak lagi sebenarnya, kalau nak dijadikan buku, entah berapa juta jilid jadinya. Fikirkan hakikat semua ini....

Bukankah perpaduan sesama Islam wajib?

Ya, perpaduan sesama Islam memang wajib, terlalu banyak dalil dalam Al-Quran yang menyatakan perkara ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, tapi adakah perpaduan antara Islam dengan munafiq wajib?


واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمة الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا وكنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذلك يبين الله لكم آياته لعلكم تهتدون

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."

[Ali-'Imran : 103]

Mari kita lihat bagaimana otak kita berfikir. (silogisme)

Premis 1 : Perpaduan sesama Islam = wajib
Premis 2 : PAS dan UMNO = Islam
Kesimpulan : Perpaduan sesama PAS dan UMNO = wajib

Wah! Begitu rupanya. Benarkah kesimpulan itu? Bagaimana hendak mengkaji kebenaran silogisme di atas? Mudah saja, kita perlu pastikan kesemua premis di atas benar. Jika kedua-dua premis di atas benar, maka kesimpulnnya juga adalah benar.

Premis 1. Ya, premis ini benar.

Premis 2. Ini yang mengelirukan ramai pihak. Bagaimana kita hendak menilai sama ada PAS atau UMNO itu Islam? Baiklah, PAS dan UMNO adalah parti, kita tidak merujuk kepada mana-mana individu yang menyokongnya. Kenapa? Cuba kita ambil contoh, ada seorang muslim ini, akhlahnya sangat buruk. Dia dikenali sebagai orang jahat. Adakah Islam juga jahat kerana orang itu??? Begitu juga dengan parti, kita menilai dengan melihat dasar, perlembagaan dan halatuju parti.





Ini berkaitan PAS, perlembagaan dan dasarnya adalah jelas untuk Islam dan yang paling penting ialah pelaksanaan dan halatuju serta usaha mereka untuk ke arah mana.




Ini pula berkaitan UMNO, Jelas di sini bahawa asas dan tujuan UMNO ialah dasar kebangsaan, dasar melayu, ataupun dengan istilah yang lebih tepat ialah nasionalisme. Keahliannya adalah untuk melayu semata-mata. Ada juga disebut tentang agama di situ. Tapi, lihatlah bagaimana halatuju serta ke mana arah haluan UMNO. Adakah wujud pemimpin UMNO yang menyatakan "Kita akan menubuhkan negara Islam", "Kita akan laksanakan sistem Islam". Ada?

Walaupun dalam pemerintahan UMNO ada dilaksanakan beberapa sistem Islam, itu tidak cukup. Kita tidak boleh mengambil atau memilih ajaran Islam yang kita suka sahaja, yang kita rasa tidak sesuai atau ketinggalan zaman kita tinggalkan. Islam mesti 100%.

يا أيها الذين آمنوا ادخلوا في السلم كآفة ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

[Al-Baqarah : 208]

Al-Quran tidak boleh ditolak walaupun satu titik. Lagipun, PAS pernah ditipu oleh UMNO dan ditendang keluar pada suatu masa dahulu. Ini bukanlah atas dasar dendam, tetapi atas dasar berhati-hati. Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali sepertimana kita tidak hidup di dunia ini dua kali. Mati hidup semula???

Jadi apakah status premis ke-2? Premis ini tidak benar kerana UMNO tidak menerima Islam sepenuhnya. Sebaliknya mereka menolak sebahagian ajaran Islam. Sekiranya bergabung juga, maka ia adalah atas dasar kemelayuan, dasar kebangsaan dan dasar naionalisme. Bagaimana pula dengan kesimpulan silogisme di atas? Sudah tentulah ia tidak benar.

Tapi sekiranya UMNO menukar dasarnya kepada Islam dan berusaha ke arah itu, maka benarlah silogisme di atas dan wajiblah perpaduan itu berlaku. Bahkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri pernah menyatakan bahawa sekiranya UMNO menukar dasarnya kepada Islam maka malam itu juga PAS bubar, kerana apa yang kita mahu ialah Islam, bukan kuasa. Tetapi keadaan dan realiti masa kini membuatkan kita perlu kepada kuasa untuk melaksanakan Islam sepertimana nabi sendiri perlukan kuasa pemerintahan untuk melaksanakan Islam di Madinah.

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

"Sekiranya sesuatu yang wajib tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan adanya perkara itu, maka wajiblah perkara itu."

[Kaedah usulul-fiqh]

p/s: Idea kerajaan perpaduan memang baik, tapi keadaan UMNO yang membuatkan ia jadi tidak sesuai.

Isu tambahan

Berkaitan TGNA menyamakan UMNO dengan komunis. Kenapa ada yang mempertikai? Bukankah itu hanya kiasan atau seperti perumpamaan dalam Bahasa Melayu? Dalam perumapamaan melayu ada " tinggi seperti galah". Maka ada waktunya apabila seorang yang tinggi datang, kita berkata, "Galah tu dah mai dah". Ini sebagai menunjukkan kiasan kepada sifat persamaan yang ada pada kedua-duanya.

A : Galah = panjang
B : Orang tinggi = panjang
C : Orang tinggi = galah

Ada yang nak pertikai?

A : Komunis = tidak terima Islam
B : UMNO = tidak terima Islam
C : UMNO = komunis

Kenapa ada yang pertikai?

Benda yang sama, soalan berbeza.

Islam mesti diterima secara 100% seperti yang saya nyatakan di atas.

Sahutlah cabaran berdebat!

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment