Thursday, July 2, 2009

Al-Fatihah buat Nabil Marwan

Salam semua shbt dan pengunjung.Sahabat kita nabil marwan telah kembali ke rahmatullah mlm jumaat 2hb Julai.Moga rohnya dirahmati dan dicucuri rahmat.Buat nabil shbtmu minta maaf atas segala kesilapan atau keterlanjuranku.

Nabil,
Seorang sahabat yg sgt baik
Orgnya cukup alim
Malah sentiasa menjaga akhlak dan ibadahnya
Berbudi pekerti mulia dan sentiasa merendah diri.

Nabil,
Sungguh ramai shbt akan merindui pemergianmu
Pemergianmu kehilangan besar pada kami,
Pemergian besar pada Islam,
Kau sungguh gigih bekerja untuk Islam,
Demi menegakkan Islam di malaysia,
khasnya di Uia Pj

Masih aku teringat,
kali pertama berkenalan dgnmu,
Kau sungguh alim,
Rajin bangun malam menghambakan diri padaNya,
Tanda hitam di dahimu sebagai tanda,
Betapa kuatmu beribadah.

Masih ku ingat,
Aku pernah buat salah padamu,
Ketika itu aku bekerja dgnmu sebagai pembantumu untuk menjaga surau mahalah,
Kau memintaku untuk pasang Al-Quran di surau mahalah pada subuh hari,
Tapi sungguh aku terkejut,
kau sendiri dtg membangunkanku di pagi hari,
Sungguh malu aku padamu

Bekerja bersamamu demi islam sungguh membahagiakan,
Kau seorang yg sangat baik dan ceria,
Sentiasa dengan lawakmu utk menceriakan kami,
Tapi..
Kini kau telah pergi selamanya..
Kami akan sentiasa merinduimu
Nabil...

MOGA ROH NABIL mARWAN DICUCURI RAHMATNYA.SAMA2 LAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH PADANYA

3 comments:

woodstacker said...

perginya seorang lagi mutiara dalam perjuangan menegakkan agama Allah. Al-Fatihah

DaruL said...

smg rohnya di kalangan org soleh2.. dan smg kita diakhiri dgn husnuk khotimah jg.. cemburunya...

Aesyahumaira said...

al-fatihah... kehilangan yang tiada galang gantinya..

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template