AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Dilema mengisi Masa Cuti

Salam.Sekadar perkongsian dari insan yg kerdil yg dipenuhi dosa dan noda melalui blog ini.Sungguh diri ini terlalu hina ingin mencatat tulisan berkenaan tarbiah atau dakwah sedangkan diri ini hati penuh dgn titik-titik hitam maksiat yang dilakukan.Diharapkan kehadiran blog ini mampu membuka mata,melapangkan fikiran serta mengisi rohani yang kosong ini.Sungguh tarbiah diriku ini sangat kurang dengan pelbagai dosa yang terpalit tetapi atas nama kesedaran untuk berubah dan untuk melihat Islam itu di tempat sepatutnya ku nukilkan juga blog ini khas buat keluargaku terutamanya dan sahabatku sekalian.

Ketika ini aku masih duduk termenung di rumah menantikan surat tawaran masuk ke Uia Kuantan.Entah dapat atau tidak Kuliyyah Pharmacy tak tahulah memandangkan pointer yang aku capai sangat mendukacitakan bagi pelajar yang mengambil Kursus Pharmacy itu sendiri.Di kala duduk di rumah aku lebih banyak menghabiskan masa dengan computer dan Televisyen.Sungguh membuang masa aku dengan perkakas moden ini.Pagi-pagi biasanya aku akan tidur selepas Solat Subuh(Jangan ditiru perbuatan ini) walaupun ibuku sering berleter kepadaku.Ibu mana yang suka melihat anaknya yang sentiasa tidur selepas Subuh bukan.Untuk mengelakkan tidur biasanya aku mengaji sekejap dan selepas itu aku akan membaca komik.Dua bahan bacaan yang sangat kontra.

Pagi-pagi selepas selesai khidmat diri akula yang dipertanggungjawab untuk membasuh kain(guna mesin basuh je pun) dan menjemurnya malah tugas memasak juga disuruh oleh ibuku juga.Memang pelik tugas-tugas yang sepatutnya dibuat oleh perempuan seperti menyapu dan menjemur pakaian semuanya dilakukan olehku.Dalam keadaan yang sangat boring ini aku mencari beberapa pekerjaan yang sesuai.Hasrat hati nak jadi cikgu sementara.Tetapi aku keseorangan mencari kerja ini,Naazir mahu talaqi di pondok,Bukhari pun sama tapi dia kata nak kerja tengok dulu sementara As'ad ada shortsem.Terpaksalah aku menebalkan muka bertanya kerja kosong dengan berapa sahabat muslimat yang tinggal di Kuantan ini.Jatuh thiqah aku haha..

Pada minggu pertama aku berjalan di tiga shopping kompleks utama di kuantan.Tumpuan aku di East Coast Mall sebab ia baru dibuka dan di situ aku cuba meminta kerja di Parkson.Setelah mengisi borang aku dipanggil interview.Malangnya sampai hari ini tiada panggilan dari Parkson(x dapatla tu).Di ECM ni banyak juga kerja kosong banyaknya sebagai Sales Assistant tetapi aku tak berminat sebab Cina belaka.Malas aku kerja bawah telunjuk orang Cina.

Di Berjaya Megamall tidak banyak kerja kosong yang ditawarkan.Aku terjumpa satu jawatan kosong di kedai pakaian.Mula rasa tak mahu memohon sebab kedai tu menjual pakaian muslimah jadi x kan nak lelaki kan jadi aku cuma mengambil no tel dan bertanya melalui tel sahaja.Memang benar kedai tersebut mahukan perempuan sahaja.Malu besar aku haha..Aku mencadangkan kerja kosong tersebut pada sorang sahabiah ini tapi semacam dia tidak berminat kerja di situ

Di Kuantan Parade lagila tidak banyak kerja kosong.Dalam letih window shopping tu adala sebuah gerai yang menjual barang2 dan sticker bola memerlukan seorang pekerja.Mulanya keberatan untuk aku mengisi nama untuk memohon kerja di siti sebab ada seorang perempuan yang ku kira sebaya denganku jaga.Untuk pengetahuan bukan sehari aku berjalan di tiga shopping kompleks ini tapi dalam 3 hari.Selain itu aku juga melayari www.mudah.my untuk mencari kerja melalui internet.Hasilnya aku ke air Putih untuk memohon jawatan pembantu juruukur.Tetapi yang menarik perhatian aku ada iklan yang memerlukan pelakon dan ujibakat akan diadakan 4 April nanti.Eh aku nak jadi pelakon biar betul.Berangan lak aku

Rupanya dalam sibuk aku berjalan di bandar Kuantan mencari kerja di tempat aku sendiri Balok ada kerja kosong.Antaranya kerja di kedai cuci kereta,pembantu restoran dan farmasi.Mulanya aku mahu memohon jawatan di farmasi tu tapi alamak nak perempuan juga.Aduh asyik nak perempuan je.Laki x boleh ke.Dalam aku memikirkan kerja apa nak kerja ni datang pula tawaran dari kak Amy untuk mengajar kafa.Gajinya cuma dalm 2oo je tapi oklah.Ngajar dari 2.30-5.30 je.Ha akhirnya aku berjaya juga mendapatkan pekerjaan.

Pengajaran di sini sedang aku sibuk cari kerja di bandar rupanya di balok ni ada kerja kosong.Macam pepatah kuman seberang laut nampak gajah depan mata tak nampak(eh sesuai ke peatah ni dengan situai aku).InsyaAllah kalau tiada halangan aku akan mengajar di kafa.Aku sedang menunggu jawapan dari Kak Amyy ni boleh ke x tapi peluangnya 80 peratus.Lepas ni budak-budak panggil aku ustazla.haha

Buat sahabat sekalian yang bercuti atau bakal cuti isilah masa dengan seeloknya.Nak pergi pondok ke,ambil lesen ke atau kerja ke terpulangla asal bermanfaat.Mungkin ramai tertanya mengapa aku tidak ke pondok je seperti cuti sebelum ini.Sebenarnya aku mahu menimba pengalaman bekerja ini.Mak ku pun cakap elok aku belajar tentang hakikat betapa susah sebenar mencari duit.Selama ini aku hanya tahu menghabiskan duit mereka sahaja tetapi aku tidak sedar bukan mudah mencari sesuap nasi.Pengalaman aku memohon kerja di banyak tempat ini menjadi satu tarbiah yang sangat berguna padaku.Baru ku tahu erti sebuah kehidupan.Aku cintakan tarbiah.YA AKU PENCINTA TARBIAH!!!!!

1 comments:

Assalamualaikum.Saya nak tanye,farmasi 2 farmasi kt mane eh sbb saya pn duk balok n looking 4 job. Lepasan SPM.Kalo adew keje kosong can u pleaz inform to me. Tq

 

Post a Comment