AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

UMNO:Bakal Berkubur?


Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan "order lama" yang tidak disenangi masyarakat, termasuk menyekat kebebasan rakyat, kata presidennya.

"Mereka mempercayai bahawa Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama - kepada
order lama, dengan menyekat kebebasan warga - dengan menghalang warga dari menyuarakan kritikan.

"Mereka berpandangan bahawa Umno itu boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu, dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Jika laluan lama itu yang dipilih, saya berpandangan bahawa kita telah memilih laluan yang salah; laluan yang membawa kita ke belakang.

"Saya bimbang laluan tersebut akan lebih mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno.

"Jika kita tidak melakukan perubahan berani, selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal, kita akan menyaksikan hari-hari berakhirnya parti Umno yang kita kasihi ini."

Ucapan dasar terakhirnya bertema "Masa Depan dan Survival Parti", kedengaran bernada cemas seperti juga beberapa pemimpin kanan parti, imbas kembali penglibatan lamanya dalam Umno dan ramuan untuk parti itu mengorak langkah kedepan.

Abdullah juga menyatakan dukungan terbuka kepada penggantinya Datuk Seri Najib Razak, selain mengucapkan terima kasih kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan memohon maaf atas kegagalan janji reformasinya.

"Saya percaya, saya menyerahkan tanggung jawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudikan bahtera negara.

"Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.

"Saya sendiri berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada presiden Umno yang baru, kepada perdana menteri Malaysia yang baru," katanya.

"Saya berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana melantik saya menganggotai jemaah menteri, melantik saya sebagai timbalan perdana menteri dan akhirnya memberikan laluan kepada saya menggantikan beliau sebagai perdana menteri."

ANALISIS

Sapalah aku ingin menganalisis ucapan dasar terakhir Pak Lah ini tetapi dapat dilihat betapa resahnya beliau terhadap masa depan Umno itu sendiri.Memang Umno meniti hari-hari terakhirnya.Ibarat pepatah 'Kubur Kata Mari Rumah Kata Pergi'.Walaupun aku berada dalam jemaah yang aku dukung sekarang tetapi hakikatnya keluargaku berasal dari parti Nasionalis ini.Tika sahabat seperjuangan beruntung kerana telah diterap fikrah perjuangan Islam lebih awal tetapi aku terlewat sedar erti perjuangan.Aku awal-awal mendapat didikan sekular di Tadika Kemas tatkala teman seperjuangan semua ke Pasti atau kelas Kafa.Namun dalam sibuk pejuangkan bangsa ayahku menghantar aku ke SMA Al-Ihsan setelah UPSR dengan harapan aku menjadi permata yang menyinar dalam keluarga.

Harapan keluarga padaku sangat tinggi kerana akulah satu-satu anak lelaki yang mengambil jurusan agama.Pada awalnya aku masih berfikrah Nasionalis atau bahasa mudah aku menyokong Umno.Fikrah aku sedikit banyak telah 'diclearkan' di Al-Ihsan dan 'clear' sepenuhnya di Darul Quran.Disitu aku didedahkan dengan jemaah.Ya aku menggabungkan diri dengan jemaah bukan atas dasar kepartian seperti kebanyakan orang tetapi atas dasar kefahaman yang aku terima.Bagaimana diriku yang asal dari keluarga Umno ini boleh masuk pula jemaah?Itulah betapa hebat Allah mengatur hidupku.

Tatkala keluarga yang berfikrah perjuangan islam mengelak menonton televisyen minggu ini kerana mungkin meluat mendengar ucapan retorik pemimpin-pemimpin Umno keluargaku sibuk mengikuti perkembangannya.Aku hairan bagaimana perwakilan Wanita boleh memilih Shahrizat yang ditolak rakyat dalam pilihanraya lalu dan menolah Rafidah yang menang pada pilihanraya Kuala Kangsar tatkala ramai pemimpin mereka tewa.Begitu juga pemilihan Khairy selaku Ketua Pemuda tatkala beliau didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin.Mujurlah bagi kerusi Timbalan Presiden dimenangi oleh Muhyiddin Yassin yang diakui rekod bersihnya dalam kerajaan berbanding Tan Sri Muhammad yang mempunyai rekod buruk selaku bekas Menteri Besar Selangor yang korup.Sapa yang tidak lupa Muhammad ditahan oleh pihak imigresen Australia kerana membawa wang yang begitu banyak masuk ke negara tersebut.Tentu timbul persoalan tentang tujuan beliau bawa begitu banyak wang tetapi itulah Umno cepat melupakan korupsi pimpinan mereka.

Nyata dari ucapan Pak Lah beliau begitu resah dengan nasib Umno.Umno yang ditolak rakyat perlu perubahan.Pelbagai lagi yang dicadang perwakilan untuk membersih parti yang sememang korup itu.Dipetik antara faktor umno ditolak menurut Pak Lah


bullet buttonsetelah selesa kerana lama berada di tampuk kuasa, sebahagian pemimpin Umno tidak seakrab dahulu dengan rakyat jelata yang selama hari ini menjadi akar kekuatan Umno.

bullet buttontumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar dalam keghairahan dan hasrat untuk mencapai status negara maju di peringkat global.

bullet buttonprogram-program politik Umno yang kurang berkesan mendampingi generasi muda, selain dari apa yang dilaksanakan oleh pelbagai institusi kerajaan.

bullet buttonperbalahan berpanjangan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan di dalam parti telah meruntuhkan semangat kekeluargaan di kalangan ahli.

bullet buttonsifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak – bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif

Ya memang tepat faktor penolakan rakyat terhadap Umno itu tetyapi beliau terlupa asas sebenar mengapa rakyat menolak mereka.Hakikatnya rakyat tidak mahu lagi Umno yang bersifat keduniaan semata.Bagi masyarakat Isklan yang semakin memahami erti Islam yang sebenar Umno bukanlah dapat membantu membawa rahmat pada mereka jauh sekali untuk mentadbir alam ini sebagai Khalifah di muka bumi.
"Dan dikatakan Allah kepada Malaikat 'Akan Ku ciptakan di bumi Seorang Khalifah"

Ya Umno tidak memahami konsep Khalifah ini.Lim Guan Eng yang Buddha itu pun mahu mengikut cara pentadbiran Umar Abd Aziz tetapi mereka terlalu sombong dengan kuasa mereka ada.Mereka tidak kembali pada Allah dan Rasul malah jauh dari Islam

"Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikan ia kepada Allah(Al-Quran) dan Rasul(sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian"

0 comments:

Post a Comment