AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Menjelang Pemilihan – Apabila Husam Difitnah

Muktamar PAS lebih 2 minggu lagi dan sudah tentu yang menarik dan tertarik adalah pemilihan pucuk pimpinan PAS. Perkara yang tak pernah jadi isu akan jadi isu besar (politiklah katakan). Sebelum ini pena ini pernah merakamkan betapa Ulamak PAS tiba-tiba bersuara dan bernada seolah-olah kepimpinan ulamak yang menjadi nadi perjuangan PAS sudah terpinggir dan perlu pembelaan.

Ulamak PAS khususnya Dewan Ulamak PAS membisu dalam banyak isu tiba-tiba mengusulkan satu gagasan supaya Presiden dan Timbalan Presiden PAS adalah ulamak. Tetapi isu itu terhenti apabila TGNA menyatakan nak jadi ulamak tak perlu masuk pondok dengan sentiasa mengikuti pengajian dan mendampingi ulamak pun kita boleh jadi ulamak.

Tiada siapa yang mengikuti perkembangan ini dapat menafikan isu ini timbul apabila Haji Husam dicalonkan sebagai Timbalan Presiden walaupun Hj Muhamad Sabu juga turut dicalonkan tetapi tempiasnya hanya Haji Husam sahaja yang menerimanya. Yang lebih melucukan lagi Dato Haji Mustapha Ali yang pernah melawan ulamak untuk jawatan Timbalan Presiden pun lupa pada sejarah turut mengatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hanya sesuai untuk ulamak.

Ingatkan serangan pada Haji Husam dah berakhir apabila TGNA memberi pendapat tentang ulamak, sekali lagi Ketua Dewan Ulamak menyerang Haji Husam walaupun secara tidak langsung. Ustaz daud Iraqi berkata terdapat gejala rasuah seperti mengadakan jamuan dan membeli baju telah berlaku dalam PAS. Sekali lagi Ketua Dewan Ulamak memberi bahan berita yang cukup sensasi kepada media. Apa motif sebenarnya? Walaupun secara tidak jelas ditujukan kepada siapa tetapi isu ini telah lama dibawa oleh beberapa penulis blog dan pemimpin PAS. Ustaz Abu Bakar Chik (Dato) contohnya banyak bercakap bahawa Haji Husam banyak tabor duit kepada PAS kawasan untuk pastikan beliau terpilih. Dengar cerita Haji Husam mintak Dato’ ABC bersemuka dan memberikan bukti.

Begitu jugak bila dibangkitkan secara terbuka oleh Ust Daud Iraqi Haji Husam minta dibawa bukti jangan hanya pandai membuat tuduhan. Sekarang orang yang menuduh itu perlu membawa bukti. Haji Husam pernah dikatakan bermain dengan politik wang apabila beliau banyak menggunakan wang dalam pilihanraya kecil di Kelantan sedangkan wang itu digunakan untuk menggerakkan jentera bukan beli undi. Pilihanraya dimana-mana sekalipun memerlukan wang untuk jentera walaupun jentera sukarela tetapi makan minum perlu difikirkan.

Apa yang saya nak cerita sebenarnya apabila ada YB yang cemerlang macam Husam bukan setakat berkhidmat dalam kawasan diwakilinya atau negerinya sahaja bahkan merentasi sempadan tetapi berdepan dengan kononya memberi sogokan. Beliau dinista membelanjakan banyak wang untuk meningkatkan populariti dalam parti PAS walaupun tidak dinyatakan secara terus tetapi ramai yang mengatakan semuanya itu dituju kepada Datuk Paduka Husam Musa. Apabila Haji Husam minta Ustaz Daud Iraqi memberi bukti terhadap adanya tuduhan rasuah kepada segelintir orang PAS atas kapasiti beliau sebagai Naib Presiden PAS ada yang secara sinis menuduh Haji Husam melenting kerana terasa panas dengan tuduhan tersebut.

Sebenarnya susah jugak jadi orang yang bernama Husam, naik dalam barisan pimpinan secara mendadak atas kebolehanya sendiri bukan atas proksi mana-mana pihak. Haji Husam seorang yang bekerja kuat untuk PAS dan beliau akan berada dimana sahaja bila diperlukan. Beliau begitu peka dengan isu masyarakat. Saya sendiri pernah ikut beliau (secara kebetulan) masa dia turun ke Kedah atas urusan PAS di SRIDU, sebelum terbang balik ke KL beliau minta kami membawa beliau menziarahi keluarga Cikgu Cina yang jatuh dari tingkat atas akibat lantai kayu yang reput, pada masa itulah baru orang tahu bahawa SRJK© perlu dibantu. Haji Husam ziarah keluarga cikgu tersebut dan member sedikit sumbangan, katanya sumbangan dari kerajaan negeri Kelantan. Mana pemimpin PAS lain pada yang menziarahi keluarga mendiang?

Slogan memasyarakatkan PAS hanya seronok dibahaskan di markas atau hotel-hotel sahaja. Bila di lapangan terbang, pada masa itu kebetulan ramai pelajar nak ke Mesir, bila mereka Nampak Haji Husam masing-masing tak lepas peluang bersalam dengan Haji Husam tetapi sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan nak tunjuk pemurahnya pemimpin PAS, pelajar tersebut bukan bersalam dengan tangan kosong, Haji Husam selok poket bagi RM50 seorang katanya buat makan atas kapal terbang. Kalau orang UMNO ada pada masa tu mereka akan lihat betapa pemurahnya pemimpin PAS.

Kalau kita banyak berjalan dan mendengar, dikalangan pemimpin PAS, Haji Husamlah yang banyak memberi bantuan samada kepada sekolah agama mahupun PAS-PAS kawasan. Yang terbaru, Pondok Pak Ya (yang terpinggir dalam pemerintahan PAS di Kedah), apabila pihak pengurusan berjumpa Haji Husam, beliau tidak mengecewakan dan usahakan bantuan sehingga RM50,000.00. Malah Harakah sendiri apabila hendak mengadakan sisipan KHAS sempena PRU12 baru-baru ini tak cukup peruntukan, Sdr Lutfi sendiri turun jumpa Haji Husam dan Haji Husam tetap tidak mengecewakan pihak Harakah dengan memberi peruntukan.

Soalnya orang kata Haji Husam bolehlah dia pegang duit kerajaan tapi semasa PAS memerintah Terengganu yang kaya, apa pemimpin PAS Terengganu bagi sumbangan untuk PAS negeri lain? Cikgu Pa yang menjadi exco kanan dan dikatakan mempunyai kuasa pemutus melebihi kuasa MB pada masa itu, apa yang Cikgu Pa sumbang? Ada kawan dari PAS Tanjung Karang masa tu Dato’ Dr Hassan Ali orang kuat PAS Tanjung Karang tengah memprojekkan projek KOMPAS pergi jumpa Cikgu Pa di Pejabat Exco, kawan tersebut rasa macam peminta sedekah pulak dan tidak dilayan.

Soalnya sekarang, salahkan Haji Husam mencari dana bagi membantu perjuangan PAS? Salahkah Haji Husam membantu PAS kawasan yang hendak menjalankan aktiviti parti? Di sini kalau kita lihat orang lainlah duduk tempat Haji Husam sudah tentu kepentingan diri adalah agenda diutamakan. Berapa buah Bungalow yang telah haji Husam dirikan untuk dirinya, rumah asal yang didirikan pun tidak diperbesarkan, kereta pun pakai kereta rasmi Marcedes yang lama. Beliau dituduh memperkayakan kroninya di Kelantan, siapa?

Tetapi ramai yang memusuhi beliau di Kelantan kerana tidak mendapat balak. Bermusuh dengan Husam kerana balak. Kalaulah Husam nak bina pengaruh mengapa beliau perlu tolak permohonan balak oleh beberapa pemimpn PAS di Kelantan? Kalau dia nak bina pengaruh bagi sahaja balak tuh bukan milik dia pun tetapi disinilah amanah seorang pemimpin. Dia perlu pastikan hasil balak itu masuk ke kantung kerajaan dan akan digunakan untuk faedah rakyat.

Kadang kita hairan, kalau wakil rakyat yang gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing dan ada setengah tu jarang-jarang turun kawasan tetapi isu ini tidak diperkatakan malah ada wakil rakyat yang cukup kedekut. Balik kawasan jarang-jarang, tumpang kereta kawan dan balik kawasan tinggal kat rumah kawan. Musim cuti sekolah tak Nampak muka takut dijemput makan kenduri duit habis. Bila tumpang kereta orang, sampai dekat tol buat-buat tidur, berhenti stesen minyak pun buat tidur dan bila singgah makan sanggup tidur dalam kereta macamlah penat sangat jadi YB tetapi dah dasar kedekut. Tetapi YB macam ini tidak dipedulikan orang sebaliknya YB yang bertungkus lumus menaikkan bendera PAS ke seluruh Negara dihgeletek denagn isu rasuah pulak? Mana kewarasannya? Apakah khidmat dan tanggyungjawab itu rasuah? Jangan kita suka sangat bercakap sehingga kita tidakk sedar percakapan kita boleh mendatangkan fitnah pada jemaah? Ku buat salah, tak buat salah, jadi semua serba salah. – Kopi Janda

Ulasan GB
Cukuplah ayat-ayat Allah ini jadi sandaran:


Sesungguhnya mereka yang memfitnah orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api Yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). Al-Buruj : 10


Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat, sedang rancangan Yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang Yang merancangnya sendiri. Fathir :43


http://greenboc.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment