AKU CUMA HAMBA HINA LAGI BANYAK DOSA.TIDAK LAYAK BERGELAR PENCINTA_TARBIAH

Sesungguhnya sebaik-baik tarbiah adalah tarbiah Allah.

Jundi Dakwah Hanya Tahu Kritik XPandai Bagi Solution

Salam kepada semua sahabat sekalian.Penulis sebenar tertarik dgn dua orang sahabiah yg sering menulis di blog pasal cinta sejati iaitu cintakan Allah.Penulis juga sebenar baru menghabiskan sebuah buku dari Saifulislam 'Bercinta sampai ke syurga' atau 'Aku Terima Nikahnya 2'. Bila disoal tentang cinta ni penulis sebenar no komen sgt sebab penulis sebagai manusia jahil pernah melalui zaman gelap dulu semasa di sekolah.Realitinya penulis di sekolah pernah terjebak dengan cinta sebelum kahwin ni atau istilahnya 'couple'.Malas buka pekung di dada ni sgt..

Hakikatnya penulis sering melihat yg jundi-jundi dakwah ni terlalu pandang negatif pada golongan ini.Sering dikritik malah dicemuh golongan ini.Untuk penulis sendiri yg pernah melalui detik hitam dalam hidup ini ana fahami apa perasaan golongan demikian.Ibarat pepatah yg ana reka sendiri 'Kalau tak pernah rasa mana tahu perasaannya".Penulis teringat semasa di sebuah pusat tahfiz dulu sekumpulan golongan yg mengaku jundi Allah ni buat sesi muhasabah..yg banyak ditekan dlm muhasabah tu tntg couple ni..tapi penulis cukup kesal dengan sahabat yg hanya banyak mengatakan 'ini salah itu salah,x boleh buat gini' tapi tak pernah bagi solution.dalam muhasabah tu ana tertunggu mana sahabat yg nak bagi solution tetapi hampeh semua hanya tahu ckp 'ini dosa,haram tu je'.

Ana melihat jundi dakwah ni hanya tahu ckp 'engkau buat ini salah itu salah'..tu je dorg tahu.agaknya kalau mereka diuji bagaimana agaknya.Penulis cakap begini sebab penulis sendiri pernah diuji dengan 'ujian perasaan ini'.Agaknya kalo jundi dakwah ini diuji baru mereka tahu hakikatnya bukan pandai mengatakan 'itu haram itu salah je'..mereka lupa firman Allah yg bermahsud
'Adakah Kamu Mengira kamu Org Beriman Sedangkan Kamu Belum diuji'.Ayat famous ni di kalangan jundi dakwah.

Bab tutup aurat pun satu sama juga..ada di kalangan shbt yg semangat dia lebih tegur bukan main direct..penulis pernah dgr dialog dari sorg jundi dakwah pada mad'unya..dialog dia bunyi macam ni.."ko ni tak tahu hukum ke,aurat lelaki kan lutut sampai pusat yg ko pakai short pasal,x takut api neraka"..wah bukan main straight dan pedas ayat jundi ni bg pada mad'unya.

Balik bab cinta tadi ada setengah jundi ni ingat jodoh tu just wait and see.Dorg ckp 'Jodoh tu Tgn Allah,biarlah dia tentukan".Ni satu hal gak..mereka ni fikir semua benda tu Allah bagi so x payah usaha..konsep usaha takda..ni terlebih iman sgt rasa ni..ingatlah shbt setiap benda tu mesti kena usaha..kalo kalian fikir gitu so kalo exam x yah studylah just tawakal je..agak-agak berjaya x?Penulis petik skit dari buku saifulislam ni.. dia ada kritik golongan-golongan jundi dakwah nilah sebab x berusaha utk cari jodoh just serah gitu je..Abu Saif menceritakan yg dia berusaha berjumpa dgn org tgh minta carikan seorg calon isteri utknya lalu dgn izin allah maka bertemulah beliau dgn Ummu Saif.Teorinya begini kalo kita nak cari duit kena cara yg betul..seorg pencuri kita kena sedarkan yg cara dia dpt duit dgn mencuri tu salah(kira curi tu kias dia mcm couple) dan perlu guna cara betul utk dapatkan duit dgn cari kerja halal(guna org tengah atau dlm setengah jemaah ada unit baitu muslim)..so faham x konsep dia..yg ni lebih ana tuju pada ikhwahla..tapi ada juga pndpt nak isteri solehah diri kena jd soleh dulu..tapi jgn lak jd soleh sebab hal tu lak..satu lagi Abu Saif petik tntg doa yg selalu kita mohon tu 'kurniakan kami isteri dan anak-anak sebagai penyejuk mata dan kami sbg imamnya..'

Dlm doa tu pun ada sebut tntg kita yg jadi imamnya.ibarat dlm solat jemaah imam adalah yg paling faqih serta baik bacaannya..begitu juga dlm hal memimpin keluarga..nak tahu lebih lanjut bacalah buku Aku Terima Nikahnya ni..ingat jugalah firman Allah yg bermaksud 'Perempuan baik itu untuk Lelaki yg baik dan Laki yg baik tu Untuk Perempaun Yg Baik'..tp ingat jgn jd soleh sebab nak isteri solehah lak..niat tu x betul tu..balik pada kisah asbab nuzul hadis famous amal dgn niat tu yg dilafazkan Rasulluah sebab ada shbt berhijrah krn prmpn..

Nak tambah skit lg..dalam sirah Saidina Ali pernah menyatakan pada Fatimah yg cintanya pada Allah dan Rasul tetap no 1 walaupun Fatimah isterinya tetapi Ali menangis juga bila mengetahui yg Fatimah pernah disunting byk kali oleh shbt lain..napa gitu sebab ali juga ada fitrah seperti manusia lain juga ingin mencintai dan dicintai,,kisah lain gak tentang kisah cinta Zulaikha pada Yusuf..yg kita dengar tentang Zulaikha pikat goda yusuf je kan tapi ada sambungan lagi sebenar..Dikisahkan yg Allah perkenankan doa Zulaikha maka Zulaikha diberi nikmat muda semula dan dinikahkan dgn Yusuf..Zulaikha telah menjadi seorg gadis yg sgt cantik dan Yusuf berapa kali mahu Zulaikha melayannya sampai terjadi kisah Yusuf pula yg menarik baju Zulaikha..tapi Zulaikha kini telah dlm hatinya dalam hatinya kini penuh dgn cinta pada Allah..

Moralnya penulis nak ckp pada jundi dakwah sekalian kita ni jgn pandai kritik shj..bglah solution..jgn pandai ckp 'itu haram ini x boleh je..'secara mudah nak tegur kena berhikmahla..ada shbt ckp kita kena direct tegur baru berkesan tp nak tanyalah nabi dulu tegur shbt cukup halus kan..byk kisah lg tntg betapa hikmah dakwah nabi..yg kita ni semangat lebih sgt..dan satu lagi point ingatlah kita belum diuji lg..kalo suatu hari cthnya ntum ditakdirkan jatuh hati pada sesorg gana..penulis cuma beri cth je buat jundi2 yg ana tengok kdg agak straight sgt konon mereka ni paling hebat..maaf kalo bahasa penulis macam kasar dan payah faham skit..penulis percaya mesti ada shbt yg x setuju dgn tulisan ana ni..maaf byk..kritikan ni sebenar dituju lebih pada ana yg lemah lg hina ni

5 comments:

sebenarnya..ana rasa..dari kasi solution, lg baik kalau solution itu dilaksanakan.. kalau mampu...



oh, mudahnya utk berkata2 sesenang menaip keyboard, tp praktikalnya di mana, muhasabah2.

 

sebenar kritikan lebih ana tuju pada kita yg byk ckp itu dosa itu haram

 

bismillah..

keinginan itu fitrah.

antara lawan atau kawal, mana lebih bijak?

tepuk dada, tanya iman.

 

Rasa cinta ni fitrah..makanya sudah tentu semua manusia pun ada..bahkan bg semua nilah ujian,mengawal fitrah dari berlebih2an dan x mengikut tatacara Islam...jgn kata yg tiada mslh dgn couple ini msh belum diuji..bahkan merekalah yang patut dicontohi..
Utamakan cinta Ilahi dari cinta manusia..
Wallahu A'lam...sesungguhnya hidup ini adalah medan ujian, maka beruntunglah mereka yang mendapat kasih Ilahi..

 

Post a Comment